Saturday, June 23, 2012

Only in Terengganu

Alhamdulillah..Tugasan School Based Experience Siri III telah menjadi batu loncatan untuk aku meninjau kehebatan ciptaan Allah di sebelah pantai timur.


Terima kasih banyak kepada sahabat aku yg disayangi Saiful Ridhuan & keluarga, Saifuddin Adnan, Izram Hakim dan rakan-rakan lain yang telah melayan kehadiran aku & Syahir Rosmi bergelandangan selama seminggu di negeri penyu menangis ini.

Lihatlah apa yang ingin aku kongsikan~ 
Gambar mungkin tak cantik tapi signifikan, 'Only in Terengganu!'

1. Pintu Gerbang Selamat Datang ke Terengganu
Gateway to Terengganu. Confirm xkn jumpa di mana2 tempat lain di seluruh dunia :)


2. Pantai yang paling cantik di Semenanjung
Aku sangat suka tengok pantai. & pantai yg paling best di Malaysia aku rasa adalah di negeri ini, sangat putih, cantik, panjang dan boleh tengok matahari terbit.

3. Tazkirah 24 jam
Boleh nampak dari jauh, di bandar K.Terengganu. Inilah usaha untuk menonjolkan syiar Islam. Nampak macam  biasa ja tapi memang gred A. Senang nak ingat kat Allah bila duk di bandar KT ni. Bila lupa ada iklan yang tolong ingatkan!!
Pemandangan malam


4. Makam Tok Ku Paloh
Kami juga menziarahi makam Tok Ku Paloh. Ulama' hebat, min waliullah. Carilah biografi psl ulama' ni untuk anda kenal dia. Menziarahi makam/kubur ni salah satu aktiviti luar yang sangat digalakkan oleh ulama' tambah2 makam orang yang dimuliakan Allah. Boleh jadikan kita orang yg paling bijak, mengingatkan kita kepada mati.


5. Binaan yang memalukan!
Stadium Gong Badak. Kenal x??
Taraaa..... Mungkin bila sebut Stadium Runtuh lagi ramai orang kenal.  Runtuh pd 2009 sampai sekarang  terbiar begitu shj. Setelah kerugian berjuta-juta ringgit akibat runtuhan tersebut, laporan terkini barang2 dalam tu pula dicuri juga dlm nilai jutaan ringgit. Tiada sebarang tindakan!! Pengurusan yg sangat TERUK. Aku sangat gembira baru2 ini anak-anak muda Terengganu berhimpun di dataran stadium runtuh tersebut bersama Sasterawan Negara A. Samad Said berpuisi menyatakan kekecewaan mereka terhadap perkara tersebut.
Nampaknya penyu menangis lagi =.=~

6. Keropok lekor
The original one can only get in here... Tiap2 hari makan. Laziz jiddan :)

7. Signboard tulisan Jawi
Ini satu lagi syiar Islam yg nampak remeh tapi sangat berkesan menyuburkan jiwa keislaman kpd masyarakat. Semua papan tanda  disertai dengan tulisan Jawi.  Negeri lain memang belum nampak kecuali Kota Darul Naim. Kedah baru nak mula sikit2...

Kedai bangsa cina tak terkecuali.


8. Makam ulama' II
Tentu sekali anda tidak akan menjumpai alamat ini di tempat lain. Apa istimewanya?
Bergambar bersama penunjuk jalan. Kanak-kanak ini mengayuh basikalnya lebih kurang 1 km semata-mata menunjukkan kami lokasi perkuburan ini setelah melihat abang-abang yang bertanya masih menggaru-garu kepala apabila dia memberitahu arah jalan. Semoga Allah memberkahi engkau dik, mengalirkan semangat ulama' yg tertanam di kampungmu ini ke dalam dirimu ameen...
Inilah makam Tok Pulau Manis/ Syeikh Abdul Malik. Juga seorang lagi ulama'  & ahli tasawwuf yang hebat. Google search dan kenalilah beliau. Tak kenal maka tak cinta. Tak kenal maka tak'aruf
Ini adalah makam isterinya, anak seorang pembesar negeri. Kalau zaman sekarang, anak piem dicarinya menantu dari Kazakhstan yg datang entah dari mana2. 

9. Hobi berbasikal/fixie
Trend berbasikal fixie sedang meningkat popular sekarang di Malaysia & banyak-banyak negeri yg mendahului adalah Terengganu aku rasa. Sangat2 banyak...
Mungkin Terengganu paling cepat naik sebab ade 'The Pocket Rocket Man' Azizulhasni Awang & Anwar Manan. Dua atlet berbasikal negara kita yg bertaraf 'dunia'.

p/s:  ini adalah kedai di persimpangan jalan, kalau kona kiri adalah Kg. Raja rumah Akh Asyraf Hasbi, tapi kami tak sempat ziarah akibat kekangan masa. In Sya Allah di lain waktu...hehe sori. 

10. Ustaz Azhar Idrus (home)
The Phenomenon!
Alhamdulillah, sempat mengikuti kuliah Ustaz Azhar Idrus yg menjadi fenomena anak muda sekarang. Pencetus cinta Ilahi. Memang ribuan yang menghadiri kuliah beliau.

**********


Ganu memang nelang
ambe ase dok padang gi sminggu
bru pusing band0 KeTi je
Mamang, dungung, rusila rumah tok guru, pulau2, k.berang blum jejok gi
in sya Allah nnti kite derak lagi
oh ya, besut 1 agi...dkt dengan sek2 demo ekpom tu yg x perasan..hehe
peteh ganu.. sep2 kiter blaker

Sunday, May 6, 2012

"Dah telefon ibu hari ni? Ya akhi, cepatlah..."

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah & Penyayang
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
و أمّا بنعمة ربّك فحدّث
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah Engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya. (Ad-Dhuha: Ayat 11)

###
Beberapa hari lepas mengikuti diskusi buku "Menyulam Cinta Menuju Gerbang Pernikahan" bersama penulis buku tersebut, Syeikh Rohimuddin An-Nawawi Al-Bentani.

Tinggalkan sebentar bab nikah yang sangat menarik itu. Kali ini saya berminat untuk berkongsi apabila Sidi Syeikh mengupas mengenai cinta kepada orang tua. Pantas saja Sidi Syeikh mengungkap hadith Nabi s.a.w.

"Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak dipergauli dengan baik? Baginda menjawab: "Ibumu". Ia bertanya; kemudian siapa? Baginda menjawab: "Ibumu", ia bertanya lagi; kemudian siapa? Baginda menjawab: "Ibumu", ia kembali bertanya; Kemudian siapa? Baginda menjawab: "Ayahmu"

*******

Pagi sekitar pukul 7.30 a.m. Selepas kereta ayah hilang dari pandangan nak pergi sekolah, aku kembali menghempas badan ke atas sofa lembut di ruang tamu.

"Naim, nak balik ipg pukul berapa? Pi mandi cepat, mak nak tengok dapur". Oh, malasnya nak bergerak. Aku mencapai Harakah di atas meja, membelek-belek surat khabar siasah tersebut mencari-cari artikel yang belum dibaca. 

Tak lama kemudian, mak datang bawak roti telur dengan Pamoga (ubat @ makanan tambahan ayah punya) "Mai makan roti ni, Pamoga tu minum jugak, baca selawat dulu. Hang ni kena kuat sikit.." Mak bagi nasihat. "Erm, tu la.." Aku tak tau nak jawab apa..

Lepas aku tolong mak kemas-kemas rumah, mak pi dapur. Basuh baju dan memasak gayanya. Aku meneruskan membaca Harakah. Tak lama mak panggil, "Naim2, mai sini lekas, mai dengaq ni".

Ow, siaran radio ikim cerita pasal hari kiamat yang semakin dekat. Mak bercerita dan aku pun berkongsi apa yang aku dengar masa ceramah 'Doomsday 2012' di ipg tempoh hari. Kami berbual lagi memecah daerah sepi di ruang dapur.

"Mak nak goreng nasi, lepas ni kita makan. Lepas tu Naim bersiap, jangan lewat sangat balik mak risau hujan pulak nanti. Majlis qasidah kat Kepala Batas tu nak pi pukul berapa? Kalau sampai awal nanti sempat rehat2 dulu kat bilik". Mak menyusun tentatif aku... "Pi mandi cepat, lepas tu boleh mak urutkan badan Naim". (aku mengalami kesakitan belakang sejak sekolah menengah). "Em, ok ok..." Aku membalas pendek.

Mak sambung  buat kerja di dapur, aku kembali ke ruang tamu.. beratnya hati nak balik. Memikirkan masalah & kerja yang bertimbun di kampus... 

Jam dah pukul sepuluh lebih.. Lepas mandi dan makan mak panggil nak urutkan badan.
"Mak, rasa tak semangat la nak balik" Aku mengadu sambil mak sapukan minyak kat belakang. 

"Laa awat pulak? Ni mesti ada apa-apa ni" 
"Kerja banyak kat ipg..." Aku bercerita masalah-masalah yang dihadapi. Sebetulnya dalam 3 4 minggu ni aku mengalami kemurungan, mungkin kerana beberapa perkara.

Sebelum ni aku ada sorang kawan, dia sangat dekat dengan aku. Mak dan ayah pun kenal. Tapi semenjak aku berkenalan dengan dia sampai sekarang, aku tak dapat nak bawa dia bersama aku.

Awal-awal dulu pernah jugak join usrah sekali, jumpa di surau solat jemaah sama-sama dll. Lepas tu takde dah. Walaupun masih rapat macam dulu tapi dah jarang berjumpa untuk aktiviti 'mencari Tuhan' bersama-sama. 

Kadang-kadang bila buat aktiviti untuk persatuan islam di kampus, rasa terkilan sebab tak dapat nak ajak dia walaupun kitorang rapat. Tak tahu macam mana nak buat. Aku tahu dia ada rasa kekosongan hidup tapi aku tak reti nak ajak dia mengisi ruang tersebut bersama aku.

"Isy, hang tak boleh Naim, hang kena tolong dia." Mak memberikan pandangan.
"Memang nak, tapi tak pandai laa, rasa macam kekok."
"Kesian kat dia, mungkin dia malu kut. Cuba la ajak dia, tak susah pun..kurang-kurang satu perkataan ja. Cakap 'jom', dah la."
"Haaa...itu yang Naim tak pandai tu, rasa berat la"

Mak kemudian bercerita tentang arwah Fatimah Az-Zahra, kelemahan aku itu rupa-rupanya adalah kekuatan arwah adik aku.

Beberapa lama setelah arwah meninggal, seorang perempuan tidak dikenali datang bertanya khabar adik aku kerana sudah lama tidak bersua muka. Rupa-rupanya beliau tidak tahu arwah sudah meninggal dunia. Remaja tersebut sebenarnya sangat rapat dengan arwah Fatimah Az-Zahra setelah pertemuan pertama kali mereka di dalam sebuah bas.

Dia bercerita bagaimana Fatimah selalu bercerita kepadanya perkara-perkara kebaikan. Dia masih ingat ayat yang arwah cakap, "adik ni cantik, tapi kalau pakai tudung labuh lagi cantik". Kalau tak silap itu ayat pada pertemuan pertama mereka. Semenjak perkenalan tersebut, remaja tersebut terus menguatkan azam untuk mengubah gaya hidupnya kepada yang lebih baik. 

Ah, itulah yang aku tak ada! Aku tak berdaya mempromosi keindahan Islam walaupun mad'u dah ada depan mata. Dia seperti meminta-minta untuk dibantu tapi aku pulak buat tak nampak.

Ada juga seorang budak perempuan dalam lingkungan belasan tahun, dulu selalu datang rumah masa arwah adik ada sebab adik aku tu suka main badminton dan bersembang dengan dia. Tak lama lepas tu, dia datang  dengan imej bertudung dan mencari arwah. Tak pasti arwah sempat tengok dia pakai tudung atau tak...

Mak cuba memberi semangat kepadaku dengan mengambil inspirasi drpd arwah adik. Sekali sekala mulutnya kelihatan terkumat-kamit membaca sesuatu sambil menyapukan minyak ke kepala dan badan aku.

"Mak ada sorang kawan, ustazah KAFA jugak la". Mak menyambung cerita, "dia ni selain drpd mengajar ada buat bisnes, satu hari tu masa perjumpaan guru-guru bersembang-sembang la dengan ustazah-ustazah lain. Cerita pasal masalah anak-anak, tarbiah dalam rumah tangga, sampai la ke isu-isu besar peringkat nasional, cerita perjuangan siasah syar'iyyah dsb".

Akhirnya, ustazah bisnes tadi melahirkan perasaannya... "Aku ni, syukur alhamdulillah laa Allah bagi kawan-kawan macam hangpa. Kalau duduk dengan rakan-rakan bisnes tu lain, aku rasa kosong ja hidup aku ni walaupun nampak sibuk. Bila duduk sekali dengan hangpa, tumpang berfikir dan buat kerja sedikit untuk Islam rasa terisi kekosongan. Rasa bererti hidup ni".

"Tengok Naim, orang sebenarnya menunggu-nunggu kita. Tak payah rasa segan ka, apa ka. Bukan nak cakap kita ni betul sangat tapi nak sampaikan risalah Islam ni kena macam tula. Kawan hang tu nanti, hari kiamat dia mai cari hang, mana Naim awat hang tak ajak aku sekian-sekian. Pi main hang ajak aku buat benda baik hang buat sorang-sorang.Jangan sampai kita dituduh menyembunyikan Islam"

Mak memberi perangsang lagi. Dia turut mengakui, kalau dia sekadar jadi suri rumah waktu pagi, petang pi mengajar. Esok ulang benda yang sama, tak jadi apa-apa. Kurang bererti. Bila duduk dalam jemaah Islam dan buat kerja-kerja jemaah itulah yang banyak memberikan erti dan hakikat sebenar kehidupan. Pengorbanan, mengurus masa, ujian sabar dan banyak33 lagi.

Hakikat kehidupan ini, itulah. Allah sudah menceritakan dalam Al-Quran, antaranya Surah Al-Anfal ayat 24.

24. Wahai orang-orang Yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila ia menyeru kamu kepada perkara-perkara Yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah Bahawa Sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu Dengan (pekerjaan) hatinya, dan Sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan. (Al-Anfaal:Ayat 24)


 Justru, sepatutnya kita mengajak mereka yang masih kosong dalam erti kehidupan itu untuk sama-sama kita isi, apatah lagi kawan rapat kita. Itulah antara butiran-butiran hikmah yang mak kongsikan dengan aku pagi tu.

"Hmm...dah Naim, cepat pi bersiap. Mak bungkuskan hang nasi ni. Nanti tengahari sampai bilik tentu lapar, boleh la makan. Dalam ni ada kek dengan buah jambu jugak".

Sebelum balik mak jahitkan pakaian pulak, yang dah tertanggal butangnya. Alahai bonda... "Ok2 mak, dah pukul 12 lebih ni, semalam bajet nak gerak pukul 10 x jadi dah.

Akhirnya sebelum balik salam, cium dan peluk mak. Siap gosok-gosok kepala aku lagi, rasa macam baru 12 tahun walaupun dah 21 sebenarnya.

"Ok mak, terima kasih! dah rasa semangat sikit nak balik"
"Haa, jangan lupa kawan hang tu! Malam ni buat cubaan pertama, ajak dia pi majlis qasidah hangpa tu".
"Ok mak, cadangan yang sangat bijak!..hehe" aku membalas.

Sampai di ipg aku hantar mesej;
Alhamdulillah, Naim dah sampai lebih kurang pukul 1 suku. Tadi nk cakap, Naim saayang mak! :)



******* 

Sebelum masuk ke gerbang pernikahan, berbaktilah kepada orang tua kita dulu. Teringat kepada perkongsian sahabat, Akh 'Abdillah yang menyebut tentang betapa penat & jerihnya ibu bapa kita bela selama lebih dua dekad, tup tup lepas tu minta nak kawin pulak. Xkan sampai x dan nak balas jasa diorang 'kan...(,")

Saya percaya tidak ada ibu yang tak sayang anaknya, rakan-rakan pembaca tentu lebih lagi. Cuma kita yang duduk berjauhan dengan ibu bapa, kadang-kadang terlupa kepada orang tua kita.

Gembiranya mereka mendengar suara anak tercinta di corong telefon. Di akhirat nanti gembira pula setelah menyedari panjangnya bil doa daripada anaknya yang meminta kesejahteraan dunia akhirat kpd mereka setiap kali menadah tangan.

So, dah telefon ibu kamu hari ni? Ya akhi, cepatlah...dia sedang menunggu :)

Saturday, April 7, 2012

Imam Hassan Al-Banna, UAB & Kita

Kenapa ya perlu menjalankan usrah dengan adik-adik?

Sampai bila nak buat kerja macam ni?
dapat tajuk usrah, bincang dengan adik-adik, hantar laporan...buat aktiviti itu, buat aktiviti ini....

Nak bawa ke mana sebenarnya kita ni? Apa destinasi kita?


Ah, sudah! Tanya macam tu pulak...saya fikir, fikir &....bincang dengan sahabat2. Macam mana nk jawab soalan ni. Akhirnya... Wah, bagus pertanyaan2 ni! Maknanya nuqaba' dah faham. In sya Allah kita dah ade on the right track. Tidak mengapa walaupun lambat, asalkan bukan haluan yang salah. Maksud saya 'lambat' adalah baru nak tahu objektif & hala tuju lepas dah satu semester lebih bawa usrah. Teruskan sahabat-sahabat..sbb jalan ni da betul

**********

Baru-baru ni buat esaimen paper Pend. Sirah Sekolah Rendah. Antara tugasannya adalah kajian tokoh. So, rasa nk share sikit beberapa input yang saya dapat sebab........macam mana nk cakap xtau..

Tapi memang feel lahh... Kaji pasal Ustaz Abu Bakar Al-Baqir sebab dia asal dari tempat saya. (kajian tokoh di tempat anda). Kalau bincang bab perkembangan pendidikan islam atau sejarah M'sia  kita tak sebut nama 'tokoh' ni, memang tak lengkaplah saya kira.

Apa yang saya nak point disini adalah pemikiran dan wawasan beliau. But what...saya bukanlah pandai baca pemikiran orang macam beberapa sahabat kita, tapi melihat kepada hasil usaha yang Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dah buat, memang xley blah.

Dia seorang yang berpandangan jauh. "Awat hang cakap lagu tu?" a.a.k?? (,")~
Kenapa saya cakap macam tu?

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir (UAB) spt yg semua orang kenal adalah satu nama besar dalam sorotan perjuangan kemerdekaan  serta seorang pejuang haraki islam. Dia adalah pengasas Hizbul Muslimin yang akhirnya diharamkan oleh British. (slps HM diharamkan dan ramai pimpinan tertinggi mereka ditahan & dihukum oleh British laknatullah, mereka menubuhkan PAS yg terus hidup sampai skrg)

Ustaz Hj. Abu Bakar Al-Baqir
UAB dalam sejarah perjuangannya sangat banyak memberikan sumbangan untuk kemajuan ummat Islam. Sekadar menyatakan secara ringkas (nak banyak boleh tanya Syeikh Google), dia adalah pemimpin tertinggi dalam beberapa organisasi yang memperjuangkan pentadbiran Islam, pendidikan dan ekonomi Melayu-Islam di peringkat kebangsaan.

Ya, itu sangat hebat. Tapi saya bukan nak cerita yang itu, ada satu lagi sumbangan besar yang dia telah buat tapi saya tak tulis kat atas tu, UAB juga adalah pengasas kepada Ma'had Ehya' AsSharif, (MEA) Haa...ini yang saya maksudkan 'look to the future' tadi tu.

Perkara mula-mula yang dia buat setelah kembali dari perantauan mengisi ilmu dan pengalaman di tempat orang adalah menubuhkan sekolah agama. (dulu disebut sekolah arab, kalau sekarang nama sekolah arab ni yang banyak pakai di Kelantan jer lagi. Mungkin sebab Kelantan masih 'dulu' sampai sekarang..he2. 'Abdillah tentu senyum baca komen ni).

Ops..saya ulang, menubuhkan SEKOLAH AGAMA. Tak lain dan tak bukan buat sekolah ni hasil produknya adalah orang. Kalau berjuang ekonomi hasilnya adalah duit, berjuang politik hasilnya adalah pentadbiran Islam dan berjuang kebajikan hasilnya adalah kasih sayang.

So, kita boleh nilai perkara yang dia sangat pentingkan adalah menyediakan generasi Islam untuk masa akan datang. Kalau dalam istilah harakinya adalah usaha pengkaderan la. Inggeris dan sekutunya di Tanah Melayu time tu ade jugak buat sekolah tapi tak sama kurikulumnya.

UAB buat sekolah untuk cari ganti bila dia dah dijemput Ilahi, membina generasi yang akan meneruskan mata rantai membuat kerja-kerja dunia berdasarkan Islam. Inggeris dan sekutunya pun buat sekolah untuk ganti kerja mereka bila mereka pun dah mati.

Jadi, kita tengok UAB ni disamping sangat aktif (saya kata 'sangat') dalam memperjuangkan agenda politik, ekonomi dan kebajikan umat Islam, dia tidak meninggalkan program pengkaderan.

Macam kita di kampus, kita menyusun program-program untuk menegakkan syiar & syariat Islam. Buat ceramah, kempen, pencerahan dsb. Selain itu, yang kita perlu fikirkan juga adalah siapa yang akan meneruskan kerja ini selepas kita. So, kita kena usaha sediakan orang!

Lepas da grad, kita dah blah dan teruskan kerja islam ni kat luar pula. (Kat luar pula?? Dengan siapa plk..?Emm...)

**********

Program usrah yang kita rencanakan ni untuk menyediakan generasi seterusnya. Dalam konteks kampus, kita akan menjalankan usaha pengkaderan yang akan melahirkan pertamanya, manusia yang faham hakikat seorang muslim dan kedua, menyambung peranan kita menegakkan kalimah Allah di kampus ini.

Usrah adalah salah satu metod, cara macam mana nak melahirkan generasi yang diimpikan tu. Macam yang UAB buat, dia menubuhkan sekolah dan menyusun program-programnya. Kita jalankan usrah dan ada modul2nya yg tertentu.

Jalan yang kita lalui ini telah dirintis oleh muharrik Islam di seluruh dunia. As-Syahid Imam Hassan Al-Banna telah membuka jalan ini. Yakinlah kita berada di atas jalan yang dilaluinya. Dengan bimbingan Allah. Inilah manhaj kita. Wallahua'lam.

Wednesday, March 7, 2012

الرسالة الخاصة

Assalamualaikum w.b.t.









skm pg,m
H]u, hgodv Ygd;
>>>>>>>>>>>>
skgjrd lv~m Hovn
:]

Tuesday, February 28, 2012

Mencari kawan ber'facebook': Who is online?

King Mufasa Sang Singa dalam filem The Lion King begitu mudah untuk mengumpul sekelian binatang penghuni rimba apabila terdapat sesuatu upacara hendak dijalankan. Dengan hanya satu ngauman garang maka berduyun-duyunlah Sang Kancil, Sang Gajah, Zirafah, Monyet, Kuda Belang dan semua sahabat-sahabatnya datang berhimpun bagi mendengar amanat raja mereka. 






Dalam kisah Nabi Sulaiman a.s. menceritakan bagaimana murkanya baginda apabila seorang kakitangan kerajaannya dikesan tidak menghadiri perhimpunan yang diadakan, walaupun kakitangan tersebut cuma seekor burung Hudhud. Kerajaan Nabi Sulaiman itu besar. Bukan setakat kerajaan manusia di Timur dan Barat, malah menakluki segala haiwan hingga ke komuniti Jin. Dalam majlis yang diadakan oleh Nabi Sulaiman itu, tidak ada satu pun yang gagal menghadirkan diri kecuali seekor burung Hudhud. (Walaubagaimanapun burung Hudhud tiba juga walaupun lewat bahkan membawa alasan yg kukuh). 


Ironinya dalam acara-acara di kampus saya tidak dapat melakukan perkara tersebut sebagaimana mereka. Saya bukanlah King Mufasa yang berada dalam cerita dongeng Walt Disney. Saya juga bukan Nabi Allah Sulaiman a.s. yang boleh mengerah segala bala tenteranya pada bila-bila masa apabila perlu. Bahkan, saya juga bukan seorang bapa atau datuk kepada siapa-siapa yang boleh melakukan arahan tersebut. 


Oleh itu, sekadar yang saya mampu cumalah mengajak kawan-kawan demi menunaikan hak sebagai seorang sahabat, sekalipun takde sape2 baca post saya ni. Sebenarnya saya teringin benar untuk mengajak kawan-kawan mengikuti aktiviti 'Facebooking 60 minit bersama Ustaz Husni. Maksud saya adalah kuliah mingguan setiap Isnin di Surau Al-Falah tu. 'Facebooking' (bertalaqqi kitab)  Pelita Penuntut dengan seorang hakim mahkamah syariah di Pulau Pinang.


Apa istimewanya aktiviti ni?......................=.=' [lambat!,,takpelah biar saya bagi jawapan]
Bahawasanya mengaji kitab Pelita Penuntut itu adalah kita membicarakan subjek Kemahiran Belajar (KB). Macam yang kita amik paper KB dalam kelas tu. Tapi yang ni lagi special dan lagi best! Sebab:



1. Takde sape2 nak paksa kita, kalau nak sendiri ikhlas datang surau belajar. Bila ikhlas tu yang ilmu masuk bersama keberkatan tu. Kalau dalam kelas 'kamu nak atau tidak terpaksa ikuti jugak'.

2. Skop perbincangan bukan sahaja mengambil kira aspek jangka masa pendek dan jangka masa panjang bahkan lebih daripada itu. Face booking Pelita Penuntut ni mengutamakan jangka masa abadi, iaitu akhirat.

3. Disebabkan objektif pembelajaran KB versi kitab Pelita Penuntut ni mengutamakan jangka masa abadi, maka tajuk-tajuk yang disentuh dalam silibus yang disediakan adalah lebih advance dan menarik.
Dalam banyak2 ilmu di dunia ni, ilmu apa yang no.1 kita kena pilih untuk belajar?? Macam mana persediaan yang paling tepat giler sebelum kita mula belajar supaya p&p berjalan lancar? Teknik2 memilih guru & subjek yg kita nak belajar? (kalau budak U, diorang ade sesi pre-reg b4 start sem nak pilih paper ape nak belajaq) Ape skill2 yg mudah, senang & tepat nak belajar (budak lelaki minat la ni..haha) Adab2 ketika belajar dan banyak lagilah!

4. Kalau dalam kelas kita belajar KB dengan banyak merujuk kepada model sarjana-sarjana barat yang kafir dihurai pula dalam kelas oleh lecturer2 kafir sebahagiannya (tanpa sedikit pun berniat mengecilkan sumbangan dan ketinggian intelek mereka), namun pada pandang sisi kita sebagai orang Islam tentulah lebih istimewa dan sejahtera apabila aktiviti Facebooking Pelita Penuntut menawarkan 100% sumber islam. 
Kitab Ta'lim atTa'lim karangan Syeikh Zarnuji diterjemah kedalam bahasa Melayu oleh seorang ulama' dari Pattani dan akhirnya dinamakan Pelita Penuntut. Tidak cukup dengan itu, disyarah pula oleh guru yang alim, Ustaz Husni Zaim seorang Hakim Mahkamah Syariah (boleh agak2 la takat mana ilmu yg dimiliki).

5. Belajar pulak ditempat yang berkat, di Surau Al-Falah yang sentiasa dihidupkan dengan manusia yang beribadat didalamnya, bukan di Blok Akademik atau di Blok Pentadbiran, Blok Muhibah, Blogspot dsb. 

6. Sekejap saja, diantara Maghrib dan Isya'. Kalau duk kat kafe, sembang-sembang tunggu makanan siap habis sejam, mengadap laptop loding saje dah burn berapa lama disitu, duk bilik nak study bancuh kopi dulu sedar2 dah azan Isya'. Ape kata try susun jadual baru sekali....(,")?~

7. Harga kitab ni cuma RM4.00 sahaJA!

8. Kitab ini adalah kitab turath, khazanah warisan yang sangat bernilai. Ilmunya ditulis dengan iringan rahmat, diberi petunjuk & bimbingan langsung  daripada Allah, In Sya Allah. 

9. Majlis dipayungi malaikat, duk di dalam taman syurga!

10. Boleh tanya member2 yg dah hadir ape point seterusnya.....hehe


Sekarang ni baru start jer, masih belum ketinggalan sebab dalam Islam tidak pernah ada istilah 'terlambat'.(x ingat quote dari mane) Setakat entri ini ditulis, Ustaz Husni baru baca sampai m/s 4. Semua ada 68 mukasurat terkandung didalamnya 21 Bab. 



Jom TRY sekali weh!

Tuesday, February 21, 2012

Sokong yang tidak membawa rebah



Sejurus Sdr. Azrie Halili dilantik secara rasmi sebagai YDP JPP yang baru bagi sesi 2012/2013, Presiden PAI, Muhammad 'Abdillah Mat Ali telah mengambil langkah proaktif dengan mengucapkan tahniah dan menyatakan sokongan beliau terhadap kepimpinan baru JPP menggantikan legasi yang ditinggalkannya sebelum ini.


Namun ucapan 'Abdillah tidak seharusnya dilihat sebagai ucapan kosong dan sekadar ucapan tahniah yang biasa-biasa shj. Bagi pemerhati politik kampus dan pelajar-pelajar guru yang kritikal, gambar ini menjadi peringatan kepada kita bahawa Azrie Halili tidak akan keseorangan membawa delegasi kepimpinannya.


'Abdillah secara tidak langsung telah mengisytiharkan bahawa PAI dengan beliau sebagai Presidennya telah mula menjalankan hubungan diplomatik dengan kepimpinan JPP 2012. PAI akan sentiasa berada dibelakang Azrie dalam membawa misi sukarnya sepanjang tahun ini.

Memetik ucapan 'Abdillah yang menyeru bukan shj. YDP JPP bahkan sekelian kita semua supaya memulakan langkah dengan bismillah dan mengakhiri dengan tasbih kepada Allah serta beristighfar, menjelaskan sokongan padu yang diberikan oleh beliau dan seluruh kepimpinan PAI terhadap kepimpinan Azrie Halili.

Legasi kepimpinan 'Abdillah serta apa yang telah diperjuangkan oleh beliau selama setahun didalam JPP pada sesi lepas tidak akan terkubur begitu sahaja bahkan akan diteruskan oleh YDP Azrie. Dengan moto 'Kerjasama Menjana Transformasi' menjelaskan lagi apa yang telah saya sebutkan hubungan diplomatik antara JPP dengan PAI.

Apa yang menarik untuk saya ingatkan disini adalah apakah yang diperjuangkan oleh legasi 'Abdillah itu? Perjuangan apakah yang kepimpinan PAI harapkan akan diteruskan oleh Sdr. YDP Azrie? Persoalan inilah yang harus anda cari jawapannya.

Kepimpinan bukanlah satu kemuliaan atau kebanggaan tapi ia adalah tanggungjawab dan amanah dari Allah.

#penulis adalah pelajar kelas PA (Pengajian Agama Islam) 
   merangkap Setiausaha Agung PAI

Thursday, February 9, 2012

Anak kecil 2


Anak kecil ini
dipaksa menjadi besar
dikerah meninggalkan nafsu dunia,
diajar untuk tidak menikmati lazatnya isi dunia
anak kecil ini
diberi cermin ajaib supaya kelihatan besar
supaya memandang dirinya mempunyai sifat-sifat orang besar
dia perlu berjiwa besar untuk tidak jadi anak kecil lagi
anak kecil ini
dipaksa menjadi besar
mungkin kerana orang besar tak cukup
semua lebih suka untuk jadi anak kecil
dan kebetulan (sebenarnya telah diatur)
memang bangsanya suka untuk jadi anak kecil
anak kecil ini pun 
bersikap macam bangsanya yang lain jugak
tak pandai, tak suka, tak mahu dan bermacam-macam alasan 'tak' lagi
untuk tak jadi orang besar
tapi kali ini anak kecil ini tidak boleh terlepas
anak kecil ini
sekarang berada di sekeliling orang-orang besar
kiri kanan atas bawah depan belakang
semuanya bukan anak kecil
mereka adalah orang besar
anak kecil ini
tak pandai jadi macam ikan dilaut
tak jadi masin walaupun sekelilingnya masin
anak kecil ini 
orang disekelilingnya paksa 
supaya jadi macam mereka
tidak mengapa kata mereka
kalau jatuh bangun semula
jatuh lagi bangun lagi kami sentiasa membantu
beruntungnya anak kecil ini
ia nampak sukar tapi boleh
azam...& usaha
kalau pun dia tidak dapat jadi besar
asyik-asyik jatuh berulang kali
anak kecil ini percaya
sekurang-kurangnya berkat orang-orang besar di sekelilingnya
dia dapat jugak sikit
takkan tak dapat langsung
in sya Allah


#ikhlaskan hati