Thursday, December 29, 2011

countdown...(,")~~~?

Terkini: Cuti sem 2 hujung tahun
sehingga habis pengajian....[tahun 2, 3 & 4] 3 years to go....................
"Ya Allah, peliharalah aku"

Thursday, October 20, 2011

Cetusan Pendapat

Penulis ingin melontarkan sedikit idea mengenai tajuk propaganda pada entri kali ini. Mengambil khibrah dan ibrah dari beberapa kajian kes, penulis mendapati bahawa propaganda menjadi alat yang efektif bagi kuasa-kuasa besar dunia menyampaikan idealisme politik mereka.

Mengambil contoh mudah dari beberapa siri sejarah dunia, Jepun yang berhasrat menawan negara-negara Asia Tenggara telah meniupkan slogan ‘Asia untuk Asia’ dalam melengkapkan misi mereka.

Inggeris membawa idea ‘Tanggungjawab orang putih adalah untuk mentamadunkan dunia’ (walhal hakikat bertamadun yang sebenar-benar adalah dengan mengikut garis panduan Islam) dan mereka telah menjajah ke banyak negara demi melestarikan idea itu.

Kerajaan UMNO-BN menyebarkan propaganda mereka tentang bahaya hudud dilaksanakan dalam masyarakat majmuk Malaysia. ‘Hudud tak sesuai dilaksanakan dalam masyarakat berbilang kaum’, Hudud akan menyebabkan ramai orang putus tangan’, Hudud tak perlu, memadai dengan hukum takzir’, Hudud itu dan Hudud ini…

Hasilnya kita mendapati bahawa setelah 50 tahun memerintah, bukan sahaja orang bukan Islam bahkan orang Melayu Islam pun! turut gagal memahami tuntutan hudud dari Allah. Sesungguhnya kebimbangan yang terbit dari suara-suara mereka adalah hasil propaganda negatif yang dimainkan oleh kerajaan.
 
Begitulah betapa berkesannya taktik propaganda.

Justeru, apa kata kita mengaplikasikan taktik propaganda tersebut untuk misi kita? Dalam menyampaikan idea Islam @ fikrah islamiah yang kita anuti, saya rasa tidak salah untuk kita mencuba taktik propaganda yang telah dibuktikan keberkesanannya oleh koloni-koloni lain di serata dunia.

Dan untuk itu, saya tertarik untuk merujuk kepada satu lontaran idea yang diberikan oleh Al-Fadhil Ustaz Yahya Abdullah dalam satu siri kuliahnya di Surau Al-Falah satu ketika dulu.

Bertaraf dunia

Beliau mengambil contoh Kentucky Fried Chiken (KFC). Fenomena ayam goreng yang dicetuskan oleh sebuah syarikat di barat ini telah meresap ke seluruh benua. Kehebatan dan kelazatan  KFC ini telah diakui oleh banyak orang dan banyak negara. Kalau tidak, masakan produk mereka boleh tersebar ke seluruh dunia.

Bahkan bagi sesetengah orang menjadikan ada atau tidak kedai KFC itu sebagai ukuran kemajuan sesebuah bandar atau pekan. Secara kesimpulannya, dunia telah mengiktiraf KFC. Justeru, ayam goreng mereka adalah dianggap produk yang bertaraf dunia.

Begitu juga dengan event yang lain, penganjuran konsert yang bertaraf dunia, kejayaan membikin filem ‘Hikayat Merong Mahawangsa’ yang bertaraf dunia, PROTON mencipta kereta bertaraf dunia, perlawanan tenis Malaysia Open yang berkelas dunia, pasukan Harimau Malaya menentang Manchester United yang dilabel pasukan bertaraf dunia dan sebagainya telah dianggap sebagai suatu kejayaan besar kepada kita.

Namun begitu sedarkah kita bahawa lama sebelumnya, Nabi Muhammad telah membawa umatnya untuk melakukan sesuatu yang  lebih hebat daripada itu! Ia adalah sesuatu yang melangkaui pencapaian bertaraf dunia. Rasulullah  telah mengajar kita bagaimana untuk mencapai sesuatu yang bertaraf akhirat.

***

Kita telah melihat bahawa sesuatu yang dilabel bertaraf dunia sebagai pencapaian terhebat. Merekod kejayaan bertaraf dunia dianggap sebagai pencapaian tertinggi bagi kita.
Namun begitu kita lupa bahawa sebenarnya terdapat satu lagi peringkat iaitu peringkat akhirat. Melakukan event yang bertaraf akhirat sebenarnya jauh lebih tinggi dari peringkat daerah, peringkat negeri, peringkat kebangsaan dan peringkat dunia.

Pada suatu hari Rasulullah telah berdiri di pinggir tempat pembuangan sampah sarap dan menyeru para sahabatnya dengan bersabda: “Kejarlah dunia”. Kemudian baginda mengambil seketul sampah yang telah busuk dan seketul tulang yang telah reput lantas bersabda: “Inilah dunia” (Hadis riwayat Ibn. Abi Dunya dan Baihaqi dalam “Shuab” secara mursal).

Gambaran taraf dunia


Nah, lihatlah bagaimana baginda Nabi Muhammad S.A.W. memberi perumpamaan kepada taraf dunia. Juga pada satu hadis yang lain

….“pada satu hari hari, Rasulullah S.A.W. melihat bangkai seekor anak kambing yang telah dibuang oleh tuannya, maka Rasulullah berpaling kepada para sahabat dan bersabda: “tidakkah kamu terfikir bagaimana tidak berharganya bangkai kambing ini bagi tuannya. Demi Allah, dunia lebih hina pada pandangan Allah daripada kambing ini menurut pandangan tuannya. Kalaulah dunia ini sama (nilainya) di sisi Allah dengan sehelai sayap nyamuk nescaya Allah tidak memberi minum kepada orang kafir walau seteguk air pun”

Fikirkan, bagaimana kita boleh mendabik dada dengan kejayaan bertaraf dunia sedangkan peringkat itu sebenarnya masih sangat rendah lagi.
Ia terlalu jauh untuk dibandingkan dengan Nabi Muhammad yang telah merekod kejayaan yang bertaraf akhirat.

Persepsi

Oleh itu, kita seharusnya boleh mencuba untuk mengubah persepsi masyarakat supaya melihat sesuatu yang jauh lebih kehadapan. Sasarkan apa-apa jua kerja buat kita, event, pertandingan, program dan sebagainya supaya ia bertaraf akhirat.

Disinilah propaganda menjadi alat yang berguna kepada kita. War-warkan slogan-slogan yang dapat mencetuskan idea baru kepada masyarakat. ‘World-class event to Akhirat-class Event’, Konsert Yang Lebih Hebat dari Bertaraf Dunia’, Pertandingan Futsal IPG: ‘Edisi yang Lebih Berprestij Dari Kelas Dunia’, atau apa-apa slogan lain yang sesuai dan kelihatan grand.

Pelbagai media baru seperti facebook, blog, poster, iklan, banner dan sebagainya dilihat mampu untuk menjadi mekanisme penting demi menyebarkan propaganda ini. Penulis ingin mengajak sekelian pembaca yang budiman untuk memperhalusi idea bodoh ini dan mencubanya di waqi' masing-masing.

*** Tips untuk mencapai sesuatu yang bertaraf akhirat adalah dengan meletakkan Allah sebagai matlamat akhir kerja kita dan ikut setiap guideline yang telah ditetapkan dalam syariat Islam. J

Saturday, October 15, 2011

Anak kecil

Mendapat taklifan baru...=.=
Beberapa perkara yg boleh diambil kira:
Tanggungjawab
Kafarah
Generator mesin pahala
Belajar
Pengalaman
Cabaran 

Bersama Presiden PAI 2 penggal, Sdr. Khairul Fahmi


Semoga beroleh kekuatan & keikhlasan.
"Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami untuk menegakkan agamaMu,
berilah kemenangan kepada agama Islam"

Saturday, August 13, 2011

Off to Kedah: Catatan Express

22 Julai 2011
Jumaat
8.30 malam


Melakukan perbincangan akhir dengan Sdr. Hasbullah mengenai tentatif perjalanan esok hari.
Then, makan bersama sahabat-sahabat di Taman Tun Sardon. Masih lagi mengumpul peserta2 yang berminat.
Solat Isya', kemudian bercakap dengan mak melalui telefon,, minta 'taujihat' bagi mengekalkan momentum perjuangan.
Seterusnya, bersama kumpulan Al-Faidh untuk latihan qasidah memenuhi jemputan Syeikh Rohim dan IPG KTB.
Masih berusaha meng'adjust' sahabat2 yang berminat menyertai jaulah.
Seterusnya,,, zikir sunyi. **

23 Julai 2011
Sabtu
9.00 pagi


Bersama sebiji viva, sebuah Fz dan DBV tip-top, kami memulakan perjalanan ke utara Malaysia.dalam rangka menjejak ilmu, pengalaman dan apa2 sahaja yang bakal ditempuhi. Oh, maaf. Saya terlupa untuk memberitahu, agenda yang terdapat dalam 'tourism planned' kami adalah untuk menghadiri Kolokium Ulama' Muda Kebangsaan yang diadakan di KUIN, Alor Setar Kedah.
Analisis
Program lima hari tersebut menampilkan ikon-ikon besar dalam negara. Mereka adalah ulama' yang menjadi teraju utama dalam perkembangan Islam di negara kita. Sebahagian mereka adalah wira-wira yang tak didendang. Masyarakat tidak mengenali mereka sebagaimana masyarakat mengenali Mufti Agama Johor @ Perak dsb, namun peranan dan sumbangan yang mereka berikan jauh lebih besar dan lebih bernilai. Pandangan2 yang mereka berikan jauh lebih permata dan lebih punya isi. Antaranya adalah Dato' Dr. Haron Din, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi, Ustaz Muhammad Syaari, Ustaz Ridhwan Mohd Noor, Ustaz Mutalib Maarof dan ramai lagi. Antara mereka itu juga adalah Tuan-tuan Guru pondok yang kuliah mingguan mereka dihadiri oleh ribuan orang (bukan kakitangan kerajaan yang dipaksa turun memenuhi kerusi yang kosong), pimpinan NGO ulama', pensyarah2 di universiti, penulis buku2 Islam dan pengkaji sejarah Islam. Mereka berkumpul untuk memberikan buah fikiran dan wawasan pada anak muda pasca merdeka (bukan shj. merdeka jasad, tapi merdeka minda). Untuk mengupas isu-isu yang dibincangkan, serta lontaran-lontaran idea mereka pastilah akan menyebabkan saya tak tidur pada malam ini. Ia adalah tajuk-tajuk yang berat, oleh itu saya merasakan tidak adil untuk menulis ulasan yang ringkas disini. Pemahamannya tidak boleh didapati dengan atau diperolehi hanya dengan sepatah dua kata daripada tulisan saya.

Kami sampai lebih kurang jam 10.30 pagi. Drag masa time berhenti di R&R Gurun, namun tidak mengapa kerana bersarapan dan isi minyak adalah keperluan terdesak. ^_^. Slot pertama sudah berlalu kira-kira 30 minit. Tajuk kertas kerja pertama adalah mengenai Sultan Muhammad Al-Fateh. Pembentangnya adalah orang yang melakukan kajian profesional mengenai perwira Islam tersebut. Namanya adalah Ustaz Syaari Ab. Rahman. Dia mungkin Anuar Zin dalam dunia hiburan. Orang yang mengikuti perkembangan hiburan tanah air tidak sepatutnya tidak mengenali Anuar Zin. Begitulah halnya dengan ustaz ini. Tidak mengapa, 'hanya jauhari yang mengenal manikam'. Kupasan yang diberikannya cukup padat, berisi dan fakta. Tidak hanya melaung-laung slogan kosong seperti beberapa figur tanah air. Seterusnya, kertas kerja ke 2 tidak kurang menarik. Tajuknya Dr. Burhanuddin Al-Helmy, oleh YB Ustaz Nasir Zakaria. Pembaca boleh mencari CD atau rakaman ucapan Ustaz Nasir sepanjang pembentangannya (kalau ada), kerana saya cuma bertaraf wartawan Utus** Mala*** yang dengar benda lain, report benda lain. Namun cukup untuk saya katakan, selepas pembentangan beliau tersebut, anda akan terfikir dua kali siapakah sebenarnya Bapa Kemerdekaan negara kita?? Saya tinggalkan anda dengan persoalan tersebut sebelum menulis mengenai Ustaz Ridhuan Mohd Noor. Peminat-peminat novel yang membelek novel kesukaan mereka di kedai2 buku mungkin pernah terjumpa degan nama ini. Tetapi, namanya selalu dijumpai dibahagian buku-buku ilmiah. Beliau seorang yang sangat aktif menulis, terutamanya mengenai sejarah Islam serta perkembangan isu semasa dunia Islam. Cita-citanya adalah untuk menulis sehingga ratus buah buku sebelum beliau meninggal dunia. Semoga Allah memperkenankannya. Ia adalah cita-cita murni, bayangkan jika Imam Bukhari tidak mencatat Hadis2 sohih, bayangkan jika Imam Nawawi tidak menulis apa yang diilhamkan padanya, atau Ibnu Sina tidak merekodkan formula-formula perubatannya. Nah, tentulah kita akan terkapai-kapai sekarang. Justeru, bagi mengelak perkara tersebut terjadi pada generasi akan datang, bahkan memulihkan minda anak muda sekarang yang buta sejarah, berfikiran sekular dsb maka Ustaz Ridhwan dilihat telah berusaha kearah itu. Dalam seminarnya di Kokum 2011 kali ini, beliau telah membuat diskusi mengenai sebuah bukunya yang bertajuk Ulama' dalam soroton kemerdekaan. Carilah buku itu, ia membawa anda kedalam perspektif yang berbeza daripada membaca buku teks sejarah sekolah menegah.

2.15 petang




Rfc Alor Setar!


Makanan alternatif anda


Opss sori, ade beberapa orang yang 1st time datang, jadi kena ambil gambar banyak sikit :P

Memang meriah, harap-harap tiga keping gambar ni sudah cukup untuk membuat anda terliur.. Haha..sori2x gurau ja.
Ini adalah sebahagian usaha kita untuk support produk islam. Belilah barangan buatan islam, diyakini halal. [p/s dari: Unit promosi]



3.30 petang

Menyambung seminar pembentangan. Sesi petang (ulang suara) PETANG yang agak mencabar kerana perut sudah terisi. Namun begitu, satu kejutan telah berlaku! Tiada peserta yang tidur nampaknya. Hehe.. Mungkin kerana slot yang menarik. Dan memang sangat kena tajuknya, 'Sistem Pendidikan Islam Dalam Arus Perdana: Sumbangan & Cabaran' dengan saya sebagai pelajar IPG, dalam bidang Pendidikan Islam pula. Tajuk tersebut telah dibentangkan oleh Dr. Kamaruzzaman Yusof, pensyarah UKM. Berikutnya pembentangan oleh Zulkhairi Mohd. Noor, Ketua Pemuda Persatuan Ulama' Malaysia. [no comment]

6.00 petang


Mencari cenderahati

Oh, terjumpa pulak. Ukhti ahibba' : )


6.45 petang

Bertolak untuk check-in 'hotel'. Terima kasih kepada Sdr. Hasbullah atas tajaan tempat penginapan. Layanan high-class dengan penyediaan makanan, kelengkapan persalinan, makanan, pendingin hawa, televisyen antarabangsa, ruang yang besar dan selesa. Lokasi: Tandop Cyber City

8.00 malam

Perlawanan bola sepak pasukan kebangsaan berjaya menewaskan populariti konsert amal yang berjalan serentak, setelah mendapat persetujuan majoriti ahli majlis syura lawatan. "Ala kulli haal, semoga mendapat 'ibrah daripadanya.

***
Offline
24 Julai 2011

Aktiviti luar & freedom of rights 
Tiada catatan dibuat

***

Saya tinggalkan anda disini, 
jumpa lagi dan
 selamat menyambut Ramadhan. =)


Friday, July 22, 2011

TAHUKAH ANDA?!



Bagaimanakah ejaan sebenar perkataan “insyaallah” di dalam Bahasa Melayu @tulisan Jawi/Bahasa Arab?

Terdapat ramai orang yang telah tersalah sangka mengenai cara yang betul mengeja perkataan “insyaallah”. Bahkan dalam website berbahasa Arab juga banyak yang membahaskan mengenai masalah ini. Dua ejaan yang sering ditulis oleh kita adalah إنشاء الله & إن شاء الله (huruf nun sambung atau tidak). Mengikut aturan tulisan  Jawi, mana-mana perkataan Bahasa Melayu yang dipinjam dari Bahasa Arab maka ejaannya hendaklah dikekalkan sebagaimana ejaan asal (B. Arab). Oleh itu, bagi melihat ejaan yang mana satukah yang betul, maka kita hendaklah merujuk kembali bagaimanakah orang Arab mengeja perkataan ini.
… Untuk pengetahuan anda, kedua-dua ejaan ini rupanya betul dan mempunyai maksud dalam Bahasa Arab! Akan TETAPI (ada tapi pulak), ejaan yang mana satukah pula yang menyamai niat kita menyebut “insyaallah”? Yang kita selalu ungkapkan “insyaallah” tu, apa yang kita maksudkan, yang kita faham? Baik, mari kita teliti kedua-dua ejaan ini:

1) إن شاء الله :  :ia adalah gabungan TIGA patah perkataan. إن, jika, kalau, dsb. شاء , kemahuan, hendak dsb. الله  , Allah, Tuhan Sekelian Alam. Maknanya disimpulkan sebagai ‘Dengan kehendak@ dengan izin Allah.
2) إنشاء الله :  :ia adalah gabungan DUA patah perkataan. إنشاء, penciptaan, pembinaan. الله , Allah, Tuhan Sekelian Alam. Maknanya disimpulkan sebagai ‘Penciptaan Allah’.

Nah, tidakkah sahabat-sahabat melihat perbezaannya sekarang? Ia membawa dua maksud yang sangat berlainan. Bahkan boleh terseleweng Aqidah, walaupun hanya dengan ejaan yang berlainan tapi bunyi sama. Ejaan yang kedua itu, إنشاء الله(huruf nun sambung dengan syin) telah berlawanan dengan Sifat 20 yang telah kita pelajari di sekolah dalam tajuk awal pelajaran Tauhid. Allah yang bersifat Qadim adalah mustahil untuk berlaku penciptaan padanya. Juga didalam Surah al-Ikhlas yang telah kita hafal sejak kecil dan sering diulang-ulang dalam solat, telah menyatakan pada Ayat ke-3. Maksudnya: Ia (Allah) tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan.

Maka dengan itu, hendaklah kita jelas & faham mulai saat ini bahawa perkataan ‘insyaallah’ itu adalah hasil dari TIGA perkataan bahasa Arab, In Sya Allah.

Bagaimana pula jika kita ingin mengeja dalam tulisan rumi? Jawapannya menurut Al-Faqir, ia terpulang kepada kita kerana pindahan perkataan Arab kedalam tulisan rumi itu adalah mengikut bunyinya sahaja. Inilah kelemahan dan keburukan kita mengeja perkataan berbahasa Arab bukan dengan hurufnya yang asal, tetapi cuma mengikut bunyi sahaja kerana Bahasa Arab itu boleh melahirkan dua perkataan yang sama bunyi tetapi lain ejaannya dan lain pula makna keduanya.

Oleh itu, saranan Al-Faqir  bagi mengelak salah faham pada pembaca, adalah lebih baik kita memisahkan ejaan ‘insyaallah’ itu mengikut perkataannya yang asal dalam bahasa Arab: [In sya Allah]. Ini cuma bagi menjauhi kekeliruan pada pembaca@generasi masa2 akan datang. Orang yang tidak mempelajari bahasa Arab itu lebih akan memahami bahawa ‘insyaallah’ itu adalah gabungan dari dua perkataan bahasa Arab jika kita menulis [insyaAllah, insya-Allah, I.Allah, insya Allah dsb] walaupun niat dan pemahaman kita adalah berlainan. Sekian, wallahu a’lam.

Selamat beramal! =)

Friday, July 8, 2011

Penantian berakhir

Assalamualaikum....


dan selamat sejahtera..kepada para stalker saya yang dirindui,, sorry dh bersawang rupanya blog trial edition ni...


inilah ghopenye bila lama dah x menjengah. Habis berlumut siap.. untuk pengetahuan semua, saya dh ada blog yg original version pnya skg,.dan  kna komit kt blog tu lbih sket. (bleh cari di pasaran) wlubgaimanapun trial version ni masih valid lagi... :)

Ingatkan nk update masa cuti dulu, tapi duk kat rumah pun lagi sibuk rupanya.
'Ala kulli hal,, nahmaduhu wa nasykurullahi taala. Allah sangat menyayangi aku. Atas peliharaannya aku memasuki sem baru ini dengan hati yang lebih tenang walaupun pahit. Cuti yang lalu nampaknya banyak peristiwa berlaku. Antaranya meninggalkan sesuatu yang rasa macam manis tapi pahit tapi ia adalah kenangan manis aku kira.. 'haha'... Terima kasih jugak kepada manusia2 di sekeliling aku yang banyak mengawal aku dari jatuh ke landasan sirathal mustaqim. Sebenarnya aku...

Bersambung... 

Tuesday, April 26, 2011

>>> (>_<)

Today is tuesday
Chill baby
Huhu
I'm SO STRESS!!!
My morale was down
'down the earth' (haha)
Erm.. got a problem..(a jer pon)
"Orang lain macam2 masalah lagi ade la..lagi berat...lagi penting, come on, chill baby"
Hmm... inhale.. Radix innn>>>> dua tiga!! huuuh [this is how I did when lead my football team]
[ wth, I can do that to make my teammate bersemangat, why not I do that 4 myself??]
[but,,,x kan nak buat sorang-sorang dalam bilik kot. kang my rumet tejaga, & l0ok rediculous plak.. ape r, cadangan tak bernas langsung]
Come on my dear, you have to think POSITIVE...
Arghhh... Oh no, kepala I dah beserabut ni! everything look negative...
Printer sbelah my lappy ni p0n dh nampak cam bentuk tolak dah...         (sign -ve laa..e2 pon kena bgtaw ka)
Hmm....everything I done, look wrong 'court'... tension betul.
What the bbig problem I had today...[actually today and one day before,,and two days before,,and one week before actually,,and actually(again) maybe since one month ago kot]...hmm..(sigh)
Rasa gundah gulana, dan resah gelisah...and rasa to0o0o0 lazy to do something.
Ahh,, penyakit hati ini..


"Adakah pembaca ada rasa macam yang saya rasa? Atau pernah rasa macam yang saya rasa? Atau sekurang-kurangnya mirip-mirip pun jadi la.. huhu
Bila rasa begini, (dan begitu)

Sesungguhnya ALLAH adalah sebaik-baik tempat mengadu...kembalilah padaNya.. Taqarrub ilallah, dekatkanlah diri dengan Allah, Dialah Pencipta kita, Yang maha Bijaksana Maha Hebat Maha Mengetahui segala sesuatu...so, Dia tahu apa yang 'macam tak kena pada kita ni'. Itulah nikmat yang orang Islam ada.. Jadi, kalau ada apa-apa, mengadulah pada Allah Ar-Rahim..

Dengan berzikir kepada Allah, hati akan menjadi tenang. Percayalah! =)


Juga caranya...bacalah al-Quran. Ayah saya selalu pesan, "Naim, quran tu,, SETIAP HARI kena baca"

 
Bangun malam!!~  =) Ahh, rindunya......
(sori, koleksi gambaq tahajud versi isteri solehah saje yang jumpa dalam simpanan..myb yg hat lelaki x nak snap tym qiyam...huhu)

Monday, April 11, 2011

قام راديك س بروح الجديد

سوراوسايدس: ستوجّه فرقة راديك س بالمبارة المهم في أسبوع القديم. عليكم أيضا التحدّيات العديدة من الأعداء (فرقة الآخر كال ماسكاريدي، كاتالان، هومسوي و غير ذالك). على ذالك العوامل، ولّى هذه الفرقة الأمير لترتِّب و تنظِّم ألعابهم. كان هذا الخبار فرّحهم للأنّ هذا المدرّب تُصدّق له عبرة كثيرة. المدرّب يسمّى أمير أباس ذو عبرة كالاعب و المدرّب في لعبة "فيس" و "فيفا". إذن، يرجو بأسبابه ستكون المحدثة و الحسانة في فرقة. بغير ذالك، قد استلم الفضيل الأستاذ أحمد رشيدي ال ثوب الجديد يعني ثوب رسمي لفرقة راديكس في هذا المبارة. نصح الأستاذ إلى الاعبون أنّ نلعب لله تعلى، ليس لغير أخر

أمير أباس، المدرّب الجديد
من الاعبون لفرقة راديكس مع أستاذ رشيدي



  

Thursday, March 17, 2011

Istakhdimha...

***Assalamualaikum.....

Kaaanat hazihil qissah fi hazas sobaah...hiya al'ibrah almuhimmah 'alayya.wa takuna ruuhul jadid
 
Al-waqtu: Fi 'uthlatil madhiah...yaumul ula (assabtu)
Al-makan: Taman Tun Sardon
Ma'a: Hazman Shafii

Baiklah,,, cakap melayu dulu...he2
Ia adalah mengenai satu kisah yg berlaku pada suatu pagi,
ia menjadi satu pengalaman, atau scene, yg penting untuk saya.dan menjadi pembakar (kite bak0r je) semangat baru kepadaku.
-dipendekkan cerita- lepas2 jer balik dari masjid negeri pagi tu, saya bersama kawan sorang lagi pi la sarafan di Taman Tun Sardon. Kawan saya makan nasi. Saya pun makan nasi. Minum, pesan di gerai sebelah lagi. Borak, borak, dan borak. Dan sembang... Apabila dah habis,,habis makan dan sembang, nk bay0r (bkn bak0r,,he2) kat Wak yang jaga gerai minum tu, terdengar pembantu dia cakap sesuatu kat dia...**** tuuut....
Yeah,, disitulah berlaku babak tersebut! Diorang bercakap Arab tuu.... "Pembantu Wak tu orang Arab ke?" (saje trick nk tw pasal pembantu dia tu) tanya saya,
Wak: Eh, taklah...bukan
Penulis: Isy, habis tu cakap Arab tadii...
Wak: Dia belajar Arab, boleh b.arab. Bahasa ni kena guna dia, kalau x guna, hilang.
Penulis: Oo...betul2 (sambil mengangguk2) Em, 0k2. Baik wak, saya balik dulu.
Saya pun berlalu dan menceritakan babak tersebut kat Jmey atas moto... (sambil memikirkan sesuatu...)
e2 saje...

Sekian... sanaltaqi marratan~ =)

Wednesday, March 9, 2011

Krisis Surau Al-Falah: Apa umat perlu faham?

***Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t.

Secara khususnya entri kali ini berbual tentang bumi IPG KPP. Tapi umum boleh melihatnya. Masyarakat luar boleh mengikutinya. Mungkin sebagai panduan. Tapi warga i4p sekelian perlu mengetahuinya lebih banyak. Bila melihat tajuknya pasti kita tertanya-tanya, krisis apakah yang telah melanda surau Al-Falah kita? "Baru tadi lalu, nampak elok ja.. Isy, mengarut betul". Huhu..memang, saya pun rasa camtu jugak. Tapi nampaknya kita telah terlena. Saya juga telah terlena,,, sampailah pada suatu pagi.... "Tut tuttt...you have a new message". "Owh, ada mesej! Daripada pimpinan PAI ni..ape kehenyer pulak..." saya pun baca.

" Salam, dah bangun sahabat2? Ana sedih melihat keadaan surau Al-Falah tadi. Ana buka lampu. Analah imam n makmum. So, ana menyeru diri ana sendiri dan sahabat2 sekalian untuk sama-samalah kita mengimarahkan Surau Al-Falah, bukan surau blok. Kalau bukan kita siapa lagi. Sama-samalah kita menghargai penat jerih orang dulu berjuang bersusah payah fight nak dapatkan surau tu dengan orang atasan. Antum antunna bayangkan selama pemerintahan 5 orang pengarah baru menang dan lulus permintaan nak buat Al-Falah yang berharga 800k (RM 800, 000). Janganlah kita menghampakan mereka semua. Ana sebagai amir akan cuba sedaya upaya untuk menghidupkan kembali surau Al-Falah. Kita berusaha bersama-sama. =)
Wassalam...



Pernah saya bertanya kepada seorang ustaz disini, yang faham keadaan dan situasi disini. Kita nak memakmurkan surau Al-Falah, tapi surau-surau blok pun kita ada. Apa ceghitanya ni ustaz?,,kalau nak ikut logik mesti orang nak pi yang dekat ‘kann…at least ‘sejuk’ sikit blok kediaman tu alasannya..huu~Kemudian ustaz tu bagi penjelasan, agak panjang lebar. Sebenarnya kalau diikutkan, yang di blok-blok tu kita tak panggil surau, cuma bilik atau ruang solat mungkin. Macam yang kat rumah kita la 'kan, ada bilik tidur,ada bilik air, ada ruang menonton, dan ada satu tempat khas untuk kita solat kat rumah. Untuk berjema'ah ramai-ramai kat rumah. Kalau pelajar perempuan mungkin lebih sesuai solat kat situ, tapi lelaki mesti lebih afdhal solat di surau. 
Teringat satu hadith nabi yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa baginda bersabda yang bermaksud: Solat berjemaah itu berlipat kali ganda drpd solatnya di rumahnya atau dikedainya (kerana orang Arab dahulu banyak berniaga) sebanyak 25 kali ganda....mafhum dari hadith itu lagi,,, setiap satu langkah kita ke masjid akan diangkat satu darjat dan setiap satu langkah kita juga akan dihapuskan satu dosa. [dikeluarkan oleh Al-Bukhari pd bab Solat berjemaah dan Ibn Muslim pd bab Masjid2].




Tengok tu, sebiji motor je ada. (fotografer punya.Heheh)
Alangkah bestnyer kalau tiap2 hari cmni..huhu. Gambar diambil pada bulan Ramadhan. Opss, 1 hb Ramadhan~
                                                                                         
Surau yang berharga RM 800,00. Sedihnya kalau xde orang.. Mai pakat2 meriahkan!

Friday, March 4, 2011

ما مضى فات




بسم الله الرحمن الرحيم
تذكرُ الماضي والتفاعل معه واستحضاره والحزن لمآسيه، قنوطٌ وجنونٌ، وقتلٌ للإرادة، وتبديد للحياة الحاضرة، إن ملف الماضي عند العقلاء يُطوَى ولا يُروَى، يُغلَق عليه أبداً في زنزانة النسيان، يُقيَّد بحبال قوية في سجن الإهمال، فلا يَخْرُج أبداً، ويُوصَد عليه فلا يرى النور؛ لأنه مضى وانتهى، لا الحزن يعيده، لا الهم يصلحه، لا الغم يصححه، لا الكَدَر يحييه؛ لأنه عدم؛ لا تَعِشْ في كابوس الماضي وتحت مظلة الفائت، انقذ نفسك من شبح الماضي؛ أتريد أن ترد النهر إلى مصبه! والشمس إلى مطلعها! والطفل إلى بطن أمه! واللبن إلى الثدي! والدمعة إلى العين؟!

إن تفاعلك مع الماضي وقلقك منه، واحتراقك بناره، وانطراحك على أعتابه، وضع مأساوي رهيب مخيف مفزع.
القراءة في دفتر الماضي ضياع للحاضر، وتمزيق للجهد، ونسف للساعة الراهنة، ذكر الله الأمم وما فعلت، ثم قال: تِلْكَ أُمَّةٌ قَدْ خَلَتْ  [البقرة:134] وقال لأوليائه: لِكَيْلا تَأْسَوْا عَلَى مَا فَاتَكُمْ وَلا تَفْرَحُوا بِمَا آتَاكُمْ [الحديد:23] انتهى الأمر، قضيت المسألة لا طائل من تشريح جثة الزمان، وإعادة عجلة التاريخ.
إن الذي يعود للماضي كالذي يطحن الطحين وهو مطحون أصلاً، وكالذي ينشر نشارة الخشب، وقديماً قالوا لمن يبكي على الماضي: (لا تخرجوا الأموات من قبورهم).
وقد ذكر من يتحدث على ألسنة البهائم، أنهم قالوا للحمار: لم لا تجتر؟ قال: أكره الكذب.
إن بلاءنا أننا نعجز عن حاضرنا، ونشتغل بماضينا، نهمل قصورنا الجميلة، ونندب أطلالنا البالية، ولئن اجتمعت الإنس والجن على إعادة ما مضى لما استطاعوا؛ لأن هذا هو المحال بعينه.

إن الناس لا ينظرون إلى الوراء ولا يلتفتون إلى الخلف؛ لأن الريح تتجه إلى الأمام، والماء ينحدر إلى الأمام، والقافلة تسير إلى الأمام، فلا تخالف سنة الحياة.

لا تحزن بالدكتور عيض


Wednesday, February 16, 2011

KeLiRu~*&#

Perlukah
Album : 
Munsyid : Forheart
http://liriknasyid.com

menitis air mataku
hilangnya sahabat sejati
yang riang dikau ku merindu
persahabatan abadi

setiap detik teringatkan dikau
walaupun kau pergi membawa diri
kasih sayang kita tidak terjangkau
ditemukan impian yang murni

perlukah daku ditinggalkan
perlukah engkau melupakanku
perlukah ada rasa kesangsian
perlukah ada rasa rindu

lirik: ikhsan
lagu: ikhsan


Lagu ini tidak didedikasikan kepada sesiapa...ah, tapi mungkin juga. tak pasti sama ada akukah penyanyi dalam lagu ni, atau ditujukan kepada akukah lagu ni.. sesungguhnya perpisahan itu berat,








Bila menelan pahit, 'keputusan' itu selalu jadi alasan. Ahh,, pandanglah kehadapan. Pasti ada sesuatu disana...mencari cita-cita dunia~