Monday, August 18, 2014

Tuhan pandulah kami

Setiap orang mempunyai masa sukar
Kali ini adalah masa sukar aku
Mungkin Tuhan memanggilku
kerana lupa aku lupa padaNya
Dan Tuhan juga berpesan
Setiap kesusahan disertai dengan kemudahan
Tuhan Dia tidak memberatkan seseorang itu kecuali mereka mampu menanggungnya
Wahai Pencipta aku, sesungguhnya aku bersikap zalim kepada diriku sendiri
Dan kalau Engkau tidak mengampunkan aku
Dan kalau Engkau tidak merahmati aku
Nescaya aku termasuk dalam kalangan orang2 yang rugi
Aku berada dalam masa sukar
Dibelenggu resah dan kekecewaan
Tapi Tuhan telah berjanji, siapa hambanya yang menadah tangan
Memohon ampun dan hajat daripadaNya
Tuhan Yang Maha Kaya itu tentu akan mengkabulkan dengan mudah
Cepat atau lambat, dan dalam bentuk yang semacam apa
Itu aku tidak tahu
Barangkali Tuhan minta supaya aku berfikir, dan terus berfikir.

Ya Allah, berilah keupayaan berfikir kepada hambamu yang jahil ini.
Tuhan pandulah kami
Amiin.

p/s isteri: "kalau Allah nak tolong takde siapa boleh halang" :)

Teman-teman 'jantung' aku: Gelanggara, Ogos 2014



Friday, May 16, 2014

Hidup sebuah perjalanan


Cerita hujung tahun lepas

Semoga kita semua dalam pimpinan dan peliharaan Allah setiap saat.