Showing posts with label Cakna Combee. Show all posts
Showing posts with label Cakna Combee. Show all posts

Monday, July 16, 2012

Senamrobik 1 Malaysia cuba jadikan saya penganut sekular

Sedia maklum kerajaan Bien telah membeli 1 jam daripada waktu belajar rakyat di bawah kementeriannya Kementerian Pelajaran Malaysia tempoh hari. 

Semua warga KPM di peringkat sekolah, matrikulasi dan IPG disuruh menjayakan program senamrobik 1 Malaysia. 

Mereka mahu orang melihat kejayaan mereka dengan tercatatnya amalan tersebut dalam buku rekod Malaysia. Walaupun tujuannya dilihat agak bodoh tetapi ia masih boleh mendatangkan sedikit hasil yang baik sepatutnya. Orang kata setiap perkara ada pro & cons’nya.

Arahan untuk menjayakan program tersebut turut diterima oleh IPG KPP. Semua warga di puncak Bukit Combee diwajibkan menyertai program ini. Semua maksud saya pelajar guru Muslim & Non-Muslim.

Saya agak bersemangat untuk menjayakannya. Ia bukan suatu yang salah. Bahkan rakan-rakan saya sanggup ke pasaraya malam sebelum senamrobik tersebut untuk menyediakan kelengkapan terbaik seperti seluar track dan stoking baru!

Ini tanda sokongan baik yang diberikan. Saya juga sempat berkongsi di facebook gambar Tuan Guru Nik Aziz melakukan senamrobik bagi membuktikan acara sebegini tidak dihalang oleh Islam. 

(Tg Nik Aziz adalah ulama’ & menjadi sumber rujukan umat Islam di Malaysia. Adapun syari’at & sumber hukum Islam yg utama adalah Al-Quran & hadith, kemudian ijmak ulama’ & qias)

Tapi apa yang berlaku pada hari kejadian adalah sesuatu yang mengecewakan. Instuctor adalah perempuan yang berbogel (maaf cakap). Peserta dihadapannya bercampur lelaki dan perempuan. Semuanya diminta menari dan terkinja-kinja di atas padang diiringi muzik.

Nampaknya mereka memisahkan aktiviti senamrobik dengan syari’at Islam. Inilah yang dinamakan sekular. Islam beri untuk buat senamrobik tapi ada caranya. Islam bukan agama ritual. Islam adalah cara hidup dan senamrobik pun adalah satu daripada aktiviti dalam kehidupan. 

Apabila bersolat mereka ikut apa yang ustaz ajar, bila puasa pandai sahur sebelum subuh dan buka puasa selepas azan Maghrib. Maka bila nak bersenam pun ikutlah bagaimana yang Islam ajar.  Tapi ini tidak berlaku.

Mereka bila nak bersenam ikut cara Barat, cara orang kafir bahkan mereka jadi alat propaganda pulak. menyemai sekularisme kedalam jiwa insan-insan yang akan mendidik generasi 1 Malaysia akan datang.

Mereka berlakon supaya aktiviti sekular ini dilihat tidak menjadi suatu kesalahan. Dapatan saya, sekurang-kurangnya tiga jarum telah dikesan menyuntik secara halus fahaman sekularisme kepada saya.

Komen dari rakan JPP kepada saya yang ayatnya seperti dia juga sebahagian dari yang terlibat dalam melaksanakan program ini. “Minta maaflah ye, kita tak dapat nak puaskan hati semua orang.” Jadi program bernada maksiat ini nak puaskan hati siapa? Non-muslimkah? kononnya sebab kita masyarakat majmuk? Tidak perlu ikut Islam kah apabila situasinya bersama masyarakat majmuk? 

Yang kedua adalah dari instructor senamrobik. Mereka menyanyi lagu Malaysia Boleh! dan memberitahu kita boleh melakukan aktiviti tersebut kalau kita fikir kita boleh buat. Maaf, syariat Islam bukan berdasarkan kepala otak kita sendiri, dalam semua benda (bukan acara keagamaan sahaja) kita boleh buat kalau Islam bagi buat dan sebaliknya.

Ketiga adalah dari pihak yang menyampaikan cenderahati kepada jemputan . Pihak tersebut sefaham saya menganjurkan bacaan Yaasin pada pagi Jumaat tetapi mereka juga nampak senang hati bahkan memberi hadiah kepada playmaker program yang bertukar menjadi maksiat itu! Adakah bila pagi Jumaat ikut agama pagi senaman tidak perlu lagi?

Strategi Barat, Yahudi dan orang kafir selalunya menjadikan orang Islam sendiri sebagai alat propaganda mereka. Selalunya lebih berkesan dan umat Islam lebih mudah terpedaya.

Tuesday, February 21, 2012

Sokong yang tidak membawa rebah



Sejurus Sdr. Azrie Halili dilantik secara rasmi sebagai YDP JPP yang baru bagi sesi 2012/2013, Presiden PAI, Muhammad 'Abdillah Mat Ali telah mengambil langkah proaktif dengan mengucapkan tahniah dan menyatakan sokongan beliau terhadap kepimpinan baru JPP menggantikan legasi yang ditinggalkannya sebelum ini.


Namun ucapan 'Abdillah tidak seharusnya dilihat sebagai ucapan kosong dan sekadar ucapan tahniah yang biasa-biasa shj. Bagi pemerhati politik kampus dan pelajar-pelajar guru yang kritikal, gambar ini menjadi peringatan kepada kita bahawa Azrie Halili tidak akan keseorangan membawa delegasi kepimpinannya.


'Abdillah secara tidak langsung telah mengisytiharkan bahawa PAI dengan beliau sebagai Presidennya telah mula menjalankan hubungan diplomatik dengan kepimpinan JPP 2012. PAI akan sentiasa berada dibelakang Azrie dalam membawa misi sukarnya sepanjang tahun ini.

Memetik ucapan 'Abdillah yang menyeru bukan shj. YDP JPP bahkan sekelian kita semua supaya memulakan langkah dengan bismillah dan mengakhiri dengan tasbih kepada Allah serta beristighfar, menjelaskan sokongan padu yang diberikan oleh beliau dan seluruh kepimpinan PAI terhadap kepimpinan Azrie Halili.

Legasi kepimpinan 'Abdillah serta apa yang telah diperjuangkan oleh beliau selama setahun didalam JPP pada sesi lepas tidak akan terkubur begitu sahaja bahkan akan diteruskan oleh YDP Azrie. Dengan moto 'Kerjasama Menjana Transformasi' menjelaskan lagi apa yang telah saya sebutkan hubungan diplomatik antara JPP dengan PAI.

Apa yang menarik untuk saya ingatkan disini adalah apakah yang diperjuangkan oleh legasi 'Abdillah itu? Perjuangan apakah yang kepimpinan PAI harapkan akan diteruskan oleh Sdr. YDP Azrie? Persoalan inilah yang harus anda cari jawapannya.

Kepimpinan bukanlah satu kemuliaan atau kebanggaan tapi ia adalah tanggungjawab dan amanah dari Allah.

#penulis adalah pelajar kelas PA (Pengajian Agama Islam) 
   merangkap Setiausaha Agung PAI

Friday, January 13, 2012

Aku mahu jadi pemain bola semula



SAYA terpegun bercampur pilu membaca kenyataan Persiden PAS, Ustaz Abdul Hadi Awang memilih untuk menjadi nelayan semula setelah adanya Perdana Menteri dan kerajaan yang hendak menjalankan pemerintahan bagai yang dikehendaki oleh Islam.
Ini jawapannya kepada pertanyaan tentang calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat kiranya calon yang disediakan iaitu Anwar Ibrahim berhalangan disebabkan dipenjara dan sebagainya.
Ada yang menyebut namanya sebagai seorang  calon. Memang dalam politik di zaman ini, rakyat diberi kuasa menyokong menentukan kerajaan melalui pilihan raya, maka mereka mahu tahu calon Perdana Menteri.
Momentum  atau persaingan hebat bagi menentukan penguasa Putrajaya dalam PRU 13 ini buat pertama kali, disebabkan keupayaan pembangkang menamakan Anwar  sebagai calon Perdana Menteri sejak Pakatan Rakyat terjelma.
Hakikat menentukan keadaan jadi begitu. Tetapi suasana juga menuntut akan calon alternatif jika berlaku sesuatu.
Ustaz Hadi sebagai seorang ulama haraki  tidak pernah menolak tanggungjawab. Apabila beliau ditanya soalan itu, maka beliau memberikan satu jawapan politik dan dakwah mengikut semangat yang selalu diberi oleh ulama besar silam.
Pertama tidak menjawabnya secara tepat sebelum keperluan itu tiba tetapi adalah tanggungjawab ulama tidak menolak tanggungjawab apabila amanah itu diletakkan kepadanya.
Saidina Abu Bakar cepat-cepat mencalon Umar al-Khatab sebagai khalifah menjalan tugas pimpinan sebaik Nabi SAW wafat, kerana merasakan dirinya bukan calon terbaik. Saiduna Umar r.a. pula cepat-cepat menolak selagi Saidina Abu Bakar ada.
Itu akhlak yang berkelayakan besar bagi memimpin umah. Pimpinan negara atau kerajaan adalah penting, tetapi pemimpin  Islam yang berwibawa sentiasa melihat siapa berupaya dan berkelayakan selain daripadanya, kerana yang utama bagi  Islam ialah tuntutan dan hendak Islam dapat dipenuhi dan ada orang lain yang dapat memenuhinya, kalau pun tidak lebih baik, sekurang-kurang sama baik dengannya.
Maka pilihan mereka ialah membuat pekerjaan sendiri bagi menyara diri  seperti beternak, bertani, menangkap ikan. Abu Zar misalnya menolak semua jawatan, memilih menjadi tukang anyam bakul bagi menyara hidupnya.
Ustaz Hadi adalah seorang tokoh besar ulama dan politik di peringkat nansional dan antarabangsa, pendakwah gigih, pernah menjadi Menteri Besar, berkelayakan untuk menjadi pentadbir. Semuanya bersetuju beliau diberi peranan.
Jika boleh diberi kebebasan untuk memilih kehidupan yang paling dekat di hatinya iaitu sebagai orang biasa yang kembali ke laut sebagai nelayan. Memang beliau dilahirkan dalam keluarga nelayan, besar sebagai keluarga nelayan. Walau pun sebok dengan hidup politik  dan dakwah,  tetapi ke laut dan menjala ikan tetapi menjadi hobinya dan ada kandang kambingnya sebagai tempat bersantai setelah penat kempen dan mengajar.
Jika tugas politiknya dapat dikurangkan, atau kewajipan itu dapat dipangku orang lain, tentu beliau ada masa yang selesa untuk mencandak sotong  dan turun ke laut dalam menangkap ikan untuk keperluannya dan orang-orang sekelilingnya.
Mulanya saya tidak pernah memikirkan Ustaz Hadi patut lebih ke laut dari mengendalikan pemerintahan apabila Allah gilirkan bagi PAS untuk sama-sama memerintah. Keutamaan baginya di tempat pemerintahan ialah bagi memastikan tuntutan Islam itu berjalan sebaik-baiknya. Jika ada yang boleh mengendalikannya, maka pilihannya untuk ke laut seperti datuk-datuknya dulu dan saudara maranya.
Inilah pilihan yang dibuat oleh Rashied Ghanusi apabila Parti An-Nahzah memenang pilihan raya Tunisia baru-baru ini dan ini kaedah yang digunakan oleh Ikhwanul Muslimin yang menyertai pilihan raya Mesir sekarang. Pimpinan utama Ikhwan tidak menyertai pilihan raya pun,  tetapi mereka memberi amanah kepada orang-orang yang  dipercayai dapat memenuhi perjuangannya.
Kita boleh mengambil sikap terbuka boleh mengambil laluan yang diambil oleh rakan-rakan di Tunisia dan Mesir dan boleh menasihatkan Ustaz Hadi supaya menangguhkan dulu keinginannya menjadi nelayan penuh masa.
Mungkin buat masa terdekat ini ke laut itu jadi hobi seperti orang turun ke padang golf dan bermain tenis.
(tulisan Hj. Subky Latif, Harakahdaily.net)

IPGKPP
Berada didalam kepimpinan itu bukan pilihan kita, namun atas kesedaran dan tanggungjawab bagi menegakkan syiar Islam dan menggerakkan gerak kerja Islam kita wajib yakin pertolongan Allah sentiasa bersama kita. Teman, aku yakin kita tidak berjalan sendirian. Aqidah perjuangan yang mantap memberi jaminan kepada kita bahawa Allah ada disisi kita. 
Tuan Guru Hj. Hadi, jika diberi pilihan lebih seronok menjalani kehidupan nelayan yang diwarisinya. Pelajar guru jika diberi pilihan, lebih selesa main bola tiap2 petang, window shopping di QB @ BJ, buat assignment malam2 dan makan & tidur. Kita juga tidak perlu sibuk2 untuk memikirkan masalah orang lain dan berfikir apa aktiviti dan program yang nak disusun untuk pelajar2 jika boleh diberi pilihan sebegitu. Aku juga lebih seronok jadi player Radix-futsal sepenuh masa jika diberi pilihan.
Namun, yang utama bagi Tn. Guru Hj. Hadi adalah tuntutan dan kehendak Islam dapat dipenuhi. Bila sudah ada orang yang menjalankan Islam itu dengan sebaik-baiknya maka dia lebih memilih untuk menjalani kehidupan seperti rakyat biasa daripada menjadi Presiden parti, berada didalam Majlis Syura, menerajui kepimpinan negeri, menjelajah ke seluruh negara setiap hari menyampaikan ajaran Islam, bahkan terikat dengan pelbagai komitmen lain bersama kumpulan ulama' di seluruh dunia.
Jadi bagaimanakah kita yang tidak mahu terikat dengan hanya satu dua taklifan di dalam kelompok kawasan yang sangat kecil di peringkat institut, dengan keadaan masyrakat disekeliling kita yang haru-biru sedangkan kita masih beralasan yang macam-macam. Tidak mahu terbeban, terikat dengan jemaah, sekadar dakwah fardi, ada orang lain yang lebih layak, tak mampu dan sebagainya.
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir". (Terjemahan Surah Al-Baqarah, ayat 286)
Teman, aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan, aku bangga mendengar tangismu kerana pengorbanan, aku bangga jika kau menegurku dari kau melihatku berada dalam lagho, aku bangga andai engkau syahid dari hidup tanpa Islam. Kita mulia kerana Islam. Hayatilah nikmat tarbiah dihadapanmu. (,")~

Wednesday, March 9, 2011

Krisis Surau Al-Falah: Apa umat perlu faham?

***Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t.

Secara khususnya entri kali ini berbual tentang bumi IPG KPP. Tapi umum boleh melihatnya. Masyarakat luar boleh mengikutinya. Mungkin sebagai panduan. Tapi warga i4p sekelian perlu mengetahuinya lebih banyak. Bila melihat tajuknya pasti kita tertanya-tanya, krisis apakah yang telah melanda surau Al-Falah kita? "Baru tadi lalu, nampak elok ja.. Isy, mengarut betul". Huhu..memang, saya pun rasa camtu jugak. Tapi nampaknya kita telah terlena. Saya juga telah terlena,,, sampailah pada suatu pagi.... "Tut tuttt...you have a new message". "Owh, ada mesej! Daripada pimpinan PAI ni..ape kehenyer pulak..." saya pun baca.

" Salam, dah bangun sahabat2? Ana sedih melihat keadaan surau Al-Falah tadi. Ana buka lampu. Analah imam n makmum. So, ana menyeru diri ana sendiri dan sahabat2 sekalian untuk sama-samalah kita mengimarahkan Surau Al-Falah, bukan surau blok. Kalau bukan kita siapa lagi. Sama-samalah kita menghargai penat jerih orang dulu berjuang bersusah payah fight nak dapatkan surau tu dengan orang atasan. Antum antunna bayangkan selama pemerintahan 5 orang pengarah baru menang dan lulus permintaan nak buat Al-Falah yang berharga 800k (RM 800, 000). Janganlah kita menghampakan mereka semua. Ana sebagai amir akan cuba sedaya upaya untuk menghidupkan kembali surau Al-Falah. Kita berusaha bersama-sama. =)
Wassalam...



Pernah saya bertanya kepada seorang ustaz disini, yang faham keadaan dan situasi disini. Kita nak memakmurkan surau Al-Falah, tapi surau-surau blok pun kita ada. Apa ceghitanya ni ustaz?,,kalau nak ikut logik mesti orang nak pi yang dekat ‘kann…at least ‘sejuk’ sikit blok kediaman tu alasannya..huu~Kemudian ustaz tu bagi penjelasan, agak panjang lebar. Sebenarnya kalau diikutkan, yang di blok-blok tu kita tak panggil surau, cuma bilik atau ruang solat mungkin. Macam yang kat rumah kita la 'kan, ada bilik tidur,ada bilik air, ada ruang menonton, dan ada satu tempat khas untuk kita solat kat rumah. Untuk berjema'ah ramai-ramai kat rumah. Kalau pelajar perempuan mungkin lebih sesuai solat kat situ, tapi lelaki mesti lebih afdhal solat di surau. 
Teringat satu hadith nabi yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa baginda bersabda yang bermaksud: Solat berjemaah itu berlipat kali ganda drpd solatnya di rumahnya atau dikedainya (kerana orang Arab dahulu banyak berniaga) sebanyak 25 kali ganda....mafhum dari hadith itu lagi,,, setiap satu langkah kita ke masjid akan diangkat satu darjat dan setiap satu langkah kita juga akan dihapuskan satu dosa. [dikeluarkan oleh Al-Bukhari pd bab Solat berjemaah dan Ibn Muslim pd bab Masjid2].




Tengok tu, sebiji motor je ada. (fotografer punya.Heheh)
Alangkah bestnyer kalau tiap2 hari cmni..huhu. Gambar diambil pada bulan Ramadhan. Opss, 1 hb Ramadhan~
                                                                                         
Surau yang berharga RM 800,00. Sedihnya kalau xde orang.. Mai pakat2 meriahkan!