Tuesday, February 21, 2012

Sokong yang tidak membawa rebah



Sejurus Sdr. Azrie Halili dilantik secara rasmi sebagai YDP JPP yang baru bagi sesi 2012/2013, Presiden PAI, Muhammad 'Abdillah Mat Ali telah mengambil langkah proaktif dengan mengucapkan tahniah dan menyatakan sokongan beliau terhadap kepimpinan baru JPP menggantikan legasi yang ditinggalkannya sebelum ini.


Namun ucapan 'Abdillah tidak seharusnya dilihat sebagai ucapan kosong dan sekadar ucapan tahniah yang biasa-biasa shj. Bagi pemerhati politik kampus dan pelajar-pelajar guru yang kritikal, gambar ini menjadi peringatan kepada kita bahawa Azrie Halili tidak akan keseorangan membawa delegasi kepimpinannya.


'Abdillah secara tidak langsung telah mengisytiharkan bahawa PAI dengan beliau sebagai Presidennya telah mula menjalankan hubungan diplomatik dengan kepimpinan JPP 2012. PAI akan sentiasa berada dibelakang Azrie dalam membawa misi sukarnya sepanjang tahun ini.

Memetik ucapan 'Abdillah yang menyeru bukan shj. YDP JPP bahkan sekelian kita semua supaya memulakan langkah dengan bismillah dan mengakhiri dengan tasbih kepada Allah serta beristighfar, menjelaskan sokongan padu yang diberikan oleh beliau dan seluruh kepimpinan PAI terhadap kepimpinan Azrie Halili.

Legasi kepimpinan 'Abdillah serta apa yang telah diperjuangkan oleh beliau selama setahun didalam JPP pada sesi lepas tidak akan terkubur begitu sahaja bahkan akan diteruskan oleh YDP Azrie. Dengan moto 'Kerjasama Menjana Transformasi' menjelaskan lagi apa yang telah saya sebutkan hubungan diplomatik antara JPP dengan PAI.

Apa yang menarik untuk saya ingatkan disini adalah apakah yang diperjuangkan oleh legasi 'Abdillah itu? Perjuangan apakah yang kepimpinan PAI harapkan akan diteruskan oleh Sdr. YDP Azrie? Persoalan inilah yang harus anda cari jawapannya.

Kepimpinan bukanlah satu kemuliaan atau kebanggaan tapi ia adalah tanggungjawab dan amanah dari Allah.

#penulis adalah pelajar kelas PA (Pengajian Agama Islam) 
   merangkap Setiausaha Agung PAI

No comments:

Post a Comment