Dalam kisah Nabi Sulaiman a.s. menceritakan bagaimana murkanya baginda apabila seorang kakitangan kerajaannya dikesan tidak menghadiri perhimpunan yang diadakan, walaupun kakitangan tersebut cuma seekor burung Hudhud. Kerajaan Nabi Sulaiman itu besar. Bukan setakat kerajaan manusia di Timur dan Barat, malah menakluki segala haiwan hingga ke komuniti Jin. Dalam majlis yang diadakan oleh Nabi Sulaiman itu, tidak ada satu pun yang gagal menghadirkan diri kecuali seekor burung Hudhud. (Walaubagaimanapun burung Hudhud tiba juga walaupun lewat bahkan membawa alasan yg kukuh).
Ironinya dalam acara-acara di kampus saya tidak dapat melakukan perkara tersebut sebagaimana mereka. Saya bukanlah King Mufasa yang berada dalam cerita dongeng Walt Disney. Saya juga bukan Nabi Allah Sulaiman a.s. yang boleh mengerah segala bala tenteranya pada bila-bila masa apabila perlu. Bahkan, saya juga bukan seorang bapa atau datuk kepada siapa-siapa yang boleh melakukan arahan tersebut.
Oleh itu, sekadar yang saya mampu cumalah mengajak kawan-kawan demi menunaikan hak sebagai seorang sahabat, sekalipun takde sape2 baca post saya ni. Sebenarnya saya teringin benar untuk mengajak kawan-kawan mengikuti aktiviti 'Facebooking 60 minit bersama Ustaz Husni. Maksud saya adalah kuliah mingguan setiap Isnin di Surau Al-Falah tu. 'Facebooking' (bertalaqqi kitab) Pelita Penuntut dengan seorang hakim mahkamah syariah di Pulau Pinang.
Apa istimewanya aktiviti ni?......................=.=' [lambat!,,takpelah biar saya bagi jawapan]
Bahawasanya mengaji kitab Pelita Penuntut itu adalah kita membicarakan subjek Kemahiran Belajar (KB). Macam yang kita amik paper KB dalam kelas tu. Tapi yang ni lagi special dan lagi best! Sebab:
1. Takde sape2 nak paksa kita, kalau nak sendiri ikhlas datang surau belajar. Bila ikhlas tu yang ilmu masuk bersama keberkatan tu. Kalau dalam kelas 'kamu nak atau tidak terpaksa ikuti jugak'.
2. Skop perbincangan bukan sahaja mengambil kira aspek jangka masa pendek dan jangka masa panjang bahkan lebih daripada itu. Face booking Pelita Penuntut ni mengutamakan jangka masa abadi, iaitu akhirat.
3. Disebabkan objektif pembelajaran KB versi kitab Pelita Penuntut ni mengutamakan jangka masa abadi, maka tajuk-tajuk yang disentuh dalam silibus yang disediakan adalah lebih advance dan menarik.
Dalam banyak2 ilmu di dunia ni, ilmu apa yang no.1 kita kena pilih untuk belajar?? Macam mana persediaan yang paling tepat giler sebelum kita mula belajar supaya p&p berjalan lancar? Teknik2 memilih guru & subjek yg kita nak belajar? (kalau budak U, diorang ade sesi pre-reg b4 start sem nak pilih paper ape nak belajaq) Ape skill2 yg mudah, senang & tepat nak belajar (budak lelaki minat la ni..haha) Adab2 ketika belajar dan banyak lagilah!
4. Kalau dalam kelas kita belajar KB dengan banyak merujuk kepada model sarjana-sarjana barat yang kafir dihurai pula dalam kelas oleh lecturer2 kafir sebahagiannya (tanpa sedikit pun berniat mengecilkan sumbangan dan ketinggian intelek mereka), namun pada pandang sisi kita sebagai orang Islam tentulah lebih istimewa dan sejahtera apabila aktiviti Facebooking Pelita Penuntut menawarkan 100% sumber islam.
Kitab Ta'lim atTa'lim karangan Syeikh Zarnuji diterjemah kedalam bahasa Melayu oleh seorang ulama' dari Pattani dan akhirnya dinamakan Pelita Penuntut. Tidak cukup dengan itu, disyarah pula oleh guru yang alim, Ustaz Husni Zaim seorang Hakim Mahkamah Syariah (boleh agak2 la takat mana ilmu yg dimiliki).
5. Belajar pulak ditempat yang berkat, di Surau Al-Falah yang sentiasa dihidupkan dengan manusia yang beribadat didalamnya, bukan di Blok Akademik atau di Blok Pentadbiran, Blok Muhibah, Blogspot dsb.
6. Sekejap saja, diantara Maghrib dan Isya'. Kalau duk kat kafe, sembang-sembang tunggu makanan siap habis sejam, mengadap laptop loding saje dah burn berapa lama disitu, duk bilik nak study bancuh kopi dulu sedar2 dah azan Isya'. Ape kata try susun jadual baru sekali....(,")?~
7. Harga kitab ni cuma RM4.00 sahaJA!
8. Kitab ini adalah kitab turath, khazanah warisan yang sangat bernilai. Ilmunya ditulis dengan iringan rahmat, diberi petunjuk & bimbingan langsung daripada Allah, In Sya Allah.
9. Majlis dipayungi malaikat, duk di dalam taman syurga!
10. Boleh tanya member2 yg dah hadir ape point seterusnya.....hehe
LIKE~ :)
ReplyDeletehehe...tq
ReplyDelete