Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
و أمّا بنعمة ربّك فحدّث
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah Engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya. (Ad-Dhuha: Ayat 11)
###
Beberapa hari lepas mengikuti diskusi buku "Menyulam Cinta Menuju Gerbang Pernikahan" bersama penulis buku tersebut, Syeikh Rohimuddin An-Nawawi Al-Bentani.
Tinggalkan sebentar bab nikah yang sangat menarik itu. Kali ini saya berminat untuk berkongsi apabila Sidi Syeikh mengupas mengenai cinta kepada orang tua. Pantas saja Sidi Syeikh mengungkap hadith Nabi s.a.w.
"Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak dipergauli dengan baik? Baginda menjawab: "Ibumu". Ia bertanya; kemudian siapa? Baginda menjawab: "Ibumu", ia bertanya lagi; kemudian siapa? Baginda menjawab: "Ibumu", ia kembali bertanya; Kemudian siapa? Baginda menjawab: "Ayahmu"
*******
Pagi sekitar pukul 7.30 a.m. Selepas kereta ayah hilang dari pandangan nak pergi sekolah, aku kembali menghempas badan ke atas sofa lembut di ruang tamu.
"Naim, nak balik ipg pukul berapa? Pi mandi cepat, mak nak tengok dapur". Oh, malasnya nak bergerak. Aku mencapai Harakah di atas meja, membelek-belek surat khabar siasah tersebut mencari-cari artikel yang belum dibaca.
Tak lama kemudian, mak datang bawak roti telur dengan Pamoga (ubat @ makanan tambahan ayah punya) "Mai makan roti ni, Pamoga tu minum jugak, baca selawat dulu. Hang ni kena kuat sikit.." Mak bagi nasihat. "Erm, tu la.." Aku tak tau nak jawab apa..
Lepas aku tolong mak kemas-kemas rumah, mak pi dapur. Basuh baju dan memasak gayanya. Aku meneruskan membaca Harakah. Tak lama mak panggil, "Naim2, mai sini lekas, mai dengaq ni".
Ow, siaran radio ikim cerita pasal hari kiamat yang semakin dekat. Mak bercerita dan aku pun berkongsi apa yang aku dengar masa ceramah 'Doomsday 2012' di ipg tempoh hari. Kami berbual lagi memecah daerah sepi di ruang dapur.
"Mak nak goreng nasi, lepas ni kita makan. Lepas tu Naim bersiap, jangan lewat sangat balik mak risau hujan pulak nanti. Majlis qasidah kat Kepala Batas tu nak pi pukul berapa? Kalau sampai awal nanti sempat rehat2 dulu kat bilik". Mak menyusun tentatif aku... "Pi mandi cepat, lepas tu boleh mak urutkan badan Naim". (aku mengalami kesakitan belakang sejak sekolah menengah). "Em, ok ok..." Aku membalas pendek.
Mak sambung buat kerja di dapur, aku kembali ke ruang tamu.. beratnya hati nak balik. Memikirkan masalah & kerja yang bertimbun di kampus...
Jam dah pukul sepuluh lebih.. Lepas mandi dan makan mak panggil nak urutkan badan.
"Mak, rasa tak semangat la nak balik" Aku mengadu sambil mak sapukan minyak kat belakang.
"Laa awat pulak? Ni mesti ada apa-apa ni"
"Kerja banyak kat ipg..." Aku bercerita masalah-masalah yang dihadapi. Sebetulnya dalam 3 4 minggu ni aku mengalami kemurungan, mungkin kerana beberapa perkara.
Sebelum ni aku ada sorang kawan, dia sangat dekat dengan aku. Mak dan ayah pun kenal. Tapi semenjak aku berkenalan dengan dia sampai sekarang, aku tak dapat nak bawa dia bersama aku.
Awal-awal dulu pernah jugak join usrah sekali, jumpa di surau solat jemaah sama-sama dll. Lepas tu takde dah. Walaupun masih rapat macam dulu tapi dah jarang berjumpa untuk aktiviti 'mencari Tuhan' bersama-sama.
Kadang-kadang bila buat aktiviti untuk persatuan islam di kampus, rasa terkilan sebab tak dapat nak ajak dia walaupun kitorang rapat. Tak tahu macam mana nak buat. Aku tahu dia ada rasa kekosongan hidup tapi aku tak reti nak ajak dia mengisi ruang tersebut bersama aku.
"Isy, hang tak boleh Naim, hang kena tolong dia." Mak memberikan pandangan.
"Memang nak, tapi tak pandai laa, rasa macam kekok."
"Kesian kat dia, mungkin dia malu kut. Cuba la ajak dia, tak susah pun..kurang-kurang satu perkataan ja. Cakap 'jom', dah la."
"Haaa...itu yang Naim tak pandai tu, rasa berat la"
Mak kemudian bercerita tentang arwah Fatimah Az-Zahra, kelemahan aku itu rupa-rupanya adalah kekuatan arwah adik aku.
Beberapa lama setelah arwah meninggal, seorang perempuan tidak dikenali datang bertanya khabar adik aku kerana sudah lama tidak bersua muka. Rupa-rupanya beliau tidak tahu arwah sudah meninggal dunia. Remaja tersebut sebenarnya sangat rapat dengan arwah Fatimah Az-Zahra setelah pertemuan pertama kali mereka di dalam sebuah bas.
Dia bercerita bagaimana Fatimah selalu bercerita kepadanya perkara-perkara kebaikan. Dia masih ingat ayat yang arwah cakap, "adik ni cantik, tapi kalau pakai tudung labuh lagi cantik". Kalau tak silap itu ayat pada pertemuan pertama mereka. Semenjak perkenalan tersebut, remaja tersebut terus menguatkan azam untuk mengubah gaya hidupnya kepada yang lebih baik.

Ah, itulah yang aku tak ada! Aku tak berdaya mempromosi keindahan Islam walaupun mad'u dah ada depan mata. Dia seperti meminta-minta untuk dibantu tapi aku pulak buat tak nampak.
Ada juga seorang budak perempuan dalam lingkungan belasan tahun, dulu selalu datang rumah masa arwah adik ada sebab adik aku tu suka main badminton dan bersembang dengan dia. Tak lama lepas tu, dia datang dengan imej bertudung dan mencari arwah. Tak pasti arwah sempat tengok dia pakai tudung atau tak...
Mak cuba memberi semangat kepadaku dengan mengambil inspirasi drpd arwah adik. Sekali sekala mulutnya kelihatan terkumat-kamit membaca sesuatu sambil menyapukan minyak ke kepala dan badan aku.
"Mak ada sorang kawan, ustazah KAFA jugak la". Mak menyambung cerita, "dia ni selain drpd mengajar ada buat bisnes, satu hari tu masa perjumpaan guru-guru bersembang-sembang la dengan ustazah-ustazah lain. Cerita pasal masalah anak-anak, tarbiah dalam rumah tangga, sampai la ke isu-isu besar peringkat nasional, cerita perjuangan siasah syar'iyyah dsb".
Akhirnya, ustazah bisnes tadi melahirkan perasaannya... "Aku ni, syukur alhamdulillah laa Allah bagi kawan-kawan macam hangpa. Kalau duduk dengan rakan-rakan bisnes tu lain, aku rasa kosong ja hidup aku ni walaupun nampak sibuk. Bila duduk sekali dengan hangpa, tumpang berfikir dan buat kerja sedikit untuk Islam rasa terisi kekosongan. Rasa bererti hidup ni".
"Tengok Naim, orang sebenarnya menunggu-nunggu kita. Tak payah rasa segan ka, apa ka. Bukan nak cakap kita ni betul sangat tapi nak sampaikan risalah Islam ni kena macam tula. Kawan hang tu nanti, hari kiamat dia mai cari hang, mana Naim awat hang tak ajak aku sekian-sekian. Pi main hang ajak aku buat benda baik hang buat sorang-sorang.Jangan sampai kita dituduh menyembunyikan Islam"
Mak memberi perangsang lagi. Dia turut mengakui, kalau dia sekadar jadi suri rumah waktu pagi, petang pi mengajar. Esok ulang benda yang sama, tak jadi apa-apa. Kurang bererti. Bila duduk dalam jemaah Islam dan buat kerja-kerja jemaah itulah yang banyak memberikan erti dan hakikat sebenar kehidupan. Pengorbanan, mengurus masa, ujian sabar dan banyak33 lagi.
Hakikat kehidupan ini, itulah. Allah sudah menceritakan dalam Al-Quran, antaranya Surah Al-Anfal ayat 24.
Justru, sepatutnya kita mengajak mereka yang masih kosong dalam erti kehidupan itu untuk sama-sama kita isi, apatah lagi kawan rapat kita. Itulah antara butiran-butiran hikmah yang mak kongsikan dengan aku pagi tu.
"Hmm...dah Naim, cepat pi bersiap. Mak bungkuskan hang nasi ni. Nanti tengahari sampai bilik tentu lapar, boleh la makan. Dalam ni ada kek dengan buah jambu jugak".
Sebelum balik mak jahitkan pakaian pulak, yang dah tertanggal butangnya. Alahai bonda... "Ok2 mak, dah pukul 12 lebih ni, semalam bajet nak gerak pukul 10 x jadi dah.
Akhirnya sebelum balik salam, cium dan peluk mak. Siap gosok-gosok kepala aku lagi, rasa macam baru 12 tahun walaupun dah 21 sebenarnya.
"Ok mak, terima kasih! dah rasa semangat sikit nak balik"
"Haa, jangan lupa kawan hang tu! Malam ni buat cubaan pertama, ajak dia pi majlis qasidah hangpa tu".
"Ok mak, cadangan yang sangat bijak!..hehe" aku membalas.
Sampai di ipg aku hantar mesej;
Alhamdulillah, Naim dah sampai lebih kurang pukul 1 suku. Tadi nk cakap, Naim saayang mak! :)
Sebelum masuk ke gerbang pernikahan, berbaktilah kepada orang tua kita dulu. Teringat kepada perkongsian sahabat, Akh 'Abdillah yang menyebut tentang betapa penat & jerihnya ibu bapa kita bela selama lebih dua dekad, tup tup lepas tu minta nak kawin pulak. Xkan sampai x dan nak balas jasa diorang 'kan...(,")
Saya percaya tidak ada ibu yang tak sayang anaknya, rakan-rakan pembaca tentu lebih lagi. Cuma kita yang duduk berjauhan dengan ibu bapa, kadang-kadang terlupa kepada orang tua kita.
Gembiranya mereka mendengar suara anak tercinta di corong telefon. Di akhirat nanti gembira pula setelah menyedari panjangnya bil doa daripada anaknya yang meminta kesejahteraan dunia akhirat kpd mereka setiap kali menadah tangan.

24. Wahai orang-orang Yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila ia menyeru kamu kepada perkara-perkara Yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah Bahawa Sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu Dengan (pekerjaan) hatinya, dan Sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan. (Al-Anfaal:Ayat 24)
Justru, sepatutnya kita mengajak mereka yang masih kosong dalam erti kehidupan itu untuk sama-sama kita isi, apatah lagi kawan rapat kita. Itulah antara butiran-butiran hikmah yang mak kongsikan dengan aku pagi tu.
"Hmm...dah Naim, cepat pi bersiap. Mak bungkuskan hang nasi ni. Nanti tengahari sampai bilik tentu lapar, boleh la makan. Dalam ni ada kek dengan buah jambu jugak".
Sebelum balik mak jahitkan pakaian pulak, yang dah tertanggal butangnya. Alahai bonda... "Ok2 mak, dah pukul 12 lebih ni, semalam bajet nak gerak pukul 10 x jadi dah.
Akhirnya sebelum balik salam, cium dan peluk mak. Siap gosok-gosok kepala aku lagi, rasa macam baru 12 tahun walaupun dah 21 sebenarnya.
"Ok mak, terima kasih! dah rasa semangat sikit nak balik"
"Haa, jangan lupa kawan hang tu! Malam ni buat cubaan pertama, ajak dia pi majlis qasidah hangpa tu".
"Ok mak, cadangan yang sangat bijak!..hehe" aku membalas.
Sampai di ipg aku hantar mesej;
Alhamdulillah, Naim dah sampai lebih kurang pukul 1 suku. Tadi nk cakap, Naim saayang mak! :)
*******
Sebelum masuk ke gerbang pernikahan, berbaktilah kepada orang tua kita dulu. Teringat kepada perkongsian sahabat, Akh 'Abdillah yang menyebut tentang betapa penat & jerihnya ibu bapa kita bela selama lebih dua dekad, tup tup lepas tu minta nak kawin pulak. Xkan sampai x dan nak balas jasa diorang 'kan...(,")
Saya percaya tidak ada ibu yang tak sayang anaknya, rakan-rakan pembaca tentu lebih lagi. Cuma kita yang duduk berjauhan dengan ibu bapa, kadang-kadang terlupa kepada orang tua kita.
Gembiranya mereka mendengar suara anak tercinta di corong telefon. Di akhirat nanti gembira pula setelah menyedari panjangnya bil doa daripada anaknya yang meminta kesejahteraan dunia akhirat kpd mereka setiap kali menadah tangan.
So, dah telefon ibu kamu hari ni? Ya akhi, cepatlah...dia sedang menunggu :)
touching..
ReplyDeleteana sgt bersetuju.sebelum kita menuju ke gerbang pernikahan,seeloknya kita membalas dahulu jasa ibu dan bapa kita..bagi yg masih mempunyai ibu dan bapa,berbuat baiklah kepada mereka..tetapi kpd mereka yg tidak mendapat kasih syg dripd ibu atau bapa,bykkan bersabar.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui,dan setiap yg berlku ade hikmahNya.Oleh itu,bg yg dpt kasih syg secukupnya dr ibu bapa,anda amatlah bertuah..hargailah mereka selagi mereka masih ada...
ReplyDeletetop up byk2 tok tepon mak n ayah...xrugi pon~
ReplyDeleteuntunggggg berganda-ganda!