Friday, February 8, 2013

a reply

Bismillahirrahmanirahim...
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alih
----------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah saya diberi kesempatan menghadiri Konvensyen Pendakwah Muda IPT ASEAN di USIM baru-baru ni. Hasrat hati memang ingin menyumbang sedikit komentar terhadap program yang berjaya itu. Tapi belum mahu beri kesempatan dek kerja lain yang lebih important-urgent.

In short, masa sesi pembentangan kalau tidak silap saya ada dua orang wakil dari PPINS yang bertanyakan soalan. Sorang bro.adam sorang lagi tak ingat. Saya menunggu wakil ke 3, tapi tak ada. Mencari juga dibalik orang ramai tetapi hampa.

Akhirnya sekadar lalu di celah-celah bangunan kenangan. Langsung tak tinggal apa, cuma ada tulisan besar "Bangunan Untuk Disewa". Dialah yang menyambut saya. Redhalah dengan perpisahan ini wahai penulis blog. :)

Namun tempat itu kekal menjadi sebahagian dari sisi hitam dan putih dalam sejarah saya. Hari itu, sekurang-kurangnya tercapai hasrat untuk kembali semula ke bumi bertuah itu walaupun segala isinya telah pergi, tiada berbekas. Memang kejam. Begitu sekali kamu menghukum saya?

Hehe, gurau jer. Saya yang meninggalkan kamu semua 'kan... :)

Buktinya kamu semua tidak melupakan saya malah saya yang melupakan kamu semua. Maaf kawan-kawan, ana memang berazam nak menjejaki entaorang tapi masih alasan yang sama...MASA....bilalah 'kebetulan' akan tiba untuk mempertemukan kita semua lagi.

Terima kasih atas ucapan yang bersemangat. Walaupun tidak mengharap, tapi memang menunggu ucpn trsebut. saje jer :)
Semoga berjaya Sang Kelembai~

Thursday, January 31, 2013

Futsal de evening

Cuti lima hari yang panjang walaupun diisi dengan macam-macam perkara yang berfaedah, ada satu benda yang aku tertinggal rupanya. Berfutsal a.k.a beriadhah.

Lama tak turun main seriously rasa berat kot nak angkat kaki, adehh. Walhal bukan naik berat badan pun, aku tak pasti puncanya petang tadi sebab malas nak main atau memang tak perfomance, tak dapat sentuhan. Agak kecewa jugak la. Tapi bola pun leceh, grip sangat.

Eniwey objektif utama main futsal tetap dah dapat. Nak spend waktu untuk qada' 'sports hour' minggu ni, untuk maintain sihat peluh keluaq, untuk jaga stamina. Semua-semua tu untuk bagi badan sihatla kesimpulannya.. Untuk senang nk buat ibadat 'kan muda-muda lagi ni. Tu jer, kbai.

#motif penulisan: takde apa sangat, bukan rasa hati yang perlu diluahkan pun, juz nak bagi blog ni nampak ringan sikit.

Sebelum ni kebanyakannya cuma komentar dan ulasan isu-isu semasa sahaja. Mesti kalian bosan kan, however blog aku sukati aku la nak tulis ape pon.

Mengambil kira ikramul sohabah serta nak rai kawan-kawan, aku pun tulis la diari pendek untuk hari ni.#
peace ^^

dulu ni dp efbi aku

Friday, January 25, 2013

Demonstrasi jalanan budaya kita

Ini respon dari dakyah sebahagian orang bahawa demonstrasi jalanan bukan budaya kita. Saya membangkang dengan usul baru, demonstrasi jalanan memang budaya kita.

Baru-baru ni beberapa orang rakan saya telah dipaksa untuk meramaikan (bukan meraikan, baca dengan betul) satu majlis yang dihadiri oleh seorang menteri. Mereka akhirnya telah dibekalkan dengan beberapa keping poster sebelum meninggalkan majlis. Poster tersebut merupakan propaganda daripada pihak bertanggunggjawab yang tidak bertanggungjawab mengelirukan anak muda dengan sejarah yang salah.

Dakyah yang saya sebutkan diatas tadi. Mereka cuba membuat usul bahawa orang melayu sejak berabad lamanya tidak membudayakan aktiviti unjuk rasa di jalan-jalan raya. Mereka mengugut 'Haram sertai demonstrasi' dan mereka mencanangkan 'Demonstrasi jalanan bukan budaya kita'.

Ini lawak. Mereka berkempen macam anak muda bodoh macam mereka. Macamlah remaja siswa ini tidak ber'facebook' dan tidak ada networking yang luas. Bagi mereka yang berdalilkan sejarah daripada buku teks kementerian semata-mata, itu mungkin boleh diperdaya.

(apesal mukaddimah aku panjang sangat..heheh)

*sengaja tidak membuka fail sejarah parti-parti politik dll yg lebih awal lagi mengadakan unjuk rasa.

Saya bercadang untuk mempertahankan usul demonstrasi jalanan budaya kita selepas mengikuti perarakan bersempena sambutan mawlidur rasul baru-baru ini.

Di merata tempat orang ramai telah mengadakan perarakan. Saya di Penang sahaja sekurang-kurangnya ada 3 perarakan skala besar telah dianjurkan.

Pertama anjuran kerajaan negeri yang meneruskan tradisi (sejak zaman Koh Tsu Koon jdi ketua menteri lagi), keduanya anjuran JASA yang berperanan sebagai agen pembangkang di P.Pinang, ketiga oleh komuniti India Muslim. Rakan-rakan facebook turut update status perarakan di Johor, Sabah dan lain-lain.

Pembaca wajib faham situasi perarakan ini adalah sama dengan mana-mana unjuk rasa jalanan tidak kira namanya demonstrasi, himpunan, hari kebangkitan dan sebagainya.

Waktu demonstrasi, peserta-peserta berjalan diatas jalan raya. Mereka membawa mesej, mereka menuntut sesuatu. Ada banner, poster, risalah dsb. Jalan menjadi sesak, ada beberapa orang ketua yang memegang microfon dan melaungkan sesuatu.  

Ada polis yang menyerang, ada unit amal yang mempertahankan. (hehe tu gurau jer)

Biar saya ceritakan serba sedikit suasana perarakan itu. Lebih 50 agensi kerajaan dan NGO berkumpul di Padang Kota Lama sejak jam 7.00 pagi. Tunggu jemputan utama termasuk TYT P.Pinang (kalau kat negeri2 melayu kira macam sultan la).

Kemudian, berarak diatas jalan raya memasuki bandar dan laluan utama sepanjang 1.8 km sambil mengalunkan selawat. Ada 4 speaker besar atas trak. Banyak jalan terpaksa ditutup. Yang tak ditutup maka berbaris panjanglah kenderaan memberi laluan kepada peserta perarakan.  Pelancong sibuk mengambil gambar. Ok, itu gambarannya.

Maknanya perarakan ini diredhai oleh segenap lapisan masyarakat bermula dari yang paling atas TYT, pembesar2 negeri, pentadbiran negeri, orang awam bahkan pelancong asing.

Walaupun perarakan ini telah mengundang kesesakan jalan raya dan bunyi gema selawat yang turut didengari oleh non-muslim, ia tak jadi kontroversi.Unjuk rasa ini telah diterima oleh bukan sahaja masyarakat melayu muslim bahkan non-muslim juga menghormatinya.

Tradisi berarak ini telah dilakukan sejak sekian lama bahkan tahun lepas hampir ada pihak yang mengamuk kerana kononya kerajaan negeri tak bercadang untuk mengadakan perarakan mawlidur rasul.Itu tanda ia telah sebati, dah jadi budaya.

Maka saya merumuskan unjuk rasa termasuk demonstrasi memang sudah jadi amalan yang diterima dalam masyarakat.

Menurut mantan pengarah JAKIM, yang jadi antara VIP dalam majlis perarakan kami dalam ucapannya menyebutkan dua tujuan perarakan ini. 1 Berkumpul untuk menzahirkan rasa cinta kepada Nabi s.a.w. 2. Untuk memperingati arRasul s.a.w.

Demonstrasi, himpunan dsb pula ada tujuan lain. Saya tidak mahu membahaskan isu tujuan tersebut disini. Nanti demonstrasi itu akan nampak lebih relevan.

Gambar oleh Abdullah Bacho








Thursday, November 29, 2012

Warming up


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar sobat2 sekelian? Lama x berjumpa kalian. Rindu rasanya =.=
Semoga sentiasa dalam rahmat Allah.  J

#mood: mengisi waktu cuti semester

Kem Hafazan & Tadabbur Al-Quran, serta Fardhu Ain 2012
@Maahad Tahfiz Ibnu Sina

Tuesday, July 31, 2012

Kisah Ramadhan Masa Dulu


ياأيها الذين آمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون

183. Wahai orang-orang Yang beriman! kamu diiwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.


*******


Hari pertama Ramadhan aku pulang ke rumah untuk berbuka puasa bersama keluarga. Pada satu ketika, ayahku bertanya apa yang PAI susun untuk Ihya' Ramadhan? "Kami ada buat program Badar Al-Kubra. Majlis memperingati peristiwa Perang Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan". Kata ayahku cuba bertukar-tukar pendapat.

Oh, aku tersentak...baru teringat kisah perang Badar yang agung itu berlaku dalam Ramadhan rupanya! Aku cuba recall semula maklumat-maklumat Sirah yang pernah dipelajari kecil-kecil dulu. Tarikh perang Badar adalah 17 Ramadhan 2Hijrah. Nombor yang sentiasa diingati adalah tiga.satu.tiga. Itu jumlah askar Nabi Muhammad yang selalu ditekankan ustazah supaya dihafalkan. Aku terus berfikir cerita perang itu...
 *

Masa di kampus, aku selalu ikut member2 yang al-hafiz jadi tok imang jemputan di masjid dan surau sekitar Bukit Combee ni. Satu hari tu, ikut Tn Imam Zahid Fahmi yang bertugas di Surau Polis Batu Uban. Selepas Terawih, ada tazkirah yang disampaikan oleh Ust. Irwan. Memang best, (Zahid tentu senyum kalau ingat tazkirah tu... "sesungguhnya aku sedang berpuasa", kalau taaakk..:) 

Hari tu sekali lagi aku diperingatkan bagaimana hebatnya pejuang Perang Badar yang menentang 1000 tentera Quraisy. Ustaz tersebut menggambarkan bagaimana suasana perang yang dahsyat itu. Bayangkanlah, ia berlaku ketika para sahabat sedang berlapar puasa. Tambahan pula, masa tu para sahabat tak setting pun nak pi berperang. Tak bawa apa-apa kelengkapan perang pun macam senjata dsb. 

Akhi, berperang bukan macam lawan bola ada masa limit 90++ minit, kalau main kasar ada pengadil, bila penat ada player lain boleh ganti. Peperangan atas dasar Aqidah ini meletakkan tengkuk di hujung pedang, pelaburannya adalah nyawa.

Aku juga sempat membelek-belek akhbar Harakah baru-baru ni. Tentunya dalam keluaran Edisi Ramadhan, banyak input yang boleh diambil. Seorang kolumis sasteranya menyenaraikan beberapa peristiwa yang berlaku dalam bulan Ramadhan dulu, yang semuanya itu dicoret dengan tinta emas oleh mereka yang terbukti tinggi tahap iman dan takwanya.

Lihatlah bagaimana cerita perang Khandaq yang persiapannya dilakukan pada bulan orang berpuasa. Kita mungkin boleh senyum bangga mendengar kebijaksanaan mereka menggali parit sebagai strategi perang, Tapi keringat yang diperah pada ketika itu mesti tak sama dengan keringat kita yg cuma nak menghabiskan bacaan kisah perang tu. Para sahabat menunjukkan kepada Nabi Muhammad perut mereka terpaksa diikat dengan 2 ketul batu bagi menahan lapar. Baginda Nabi menunjukkan pula pada perutnya ada 3 ketul batu yang diikat.  Allahu Allah...

Sekali lagi akhi, menggali al-Khandaq (parit) bukan macam korek tanah mencari cacing, mereka menggali di atas tanah keras berbatu sedalam kira-kira tak lepas untuk para musuh melepasinya. Ia digali mengelilingi kota Madinah. Tak pernah dibuat dek orang Arab sebelum tu. Bayangkanlah, aku tak dapat nak rasa betul2 macam mana yang pejuang-pejuang tu rasa.

Pada 20 Ramadhan tahun ke-8 Hijrah, terjadinya revolusi pembukaan kota Mekah serentak dengan penghancuran berhala. Nabi s.a.w. keluar dari Madinah pada 10 Ramadhan dan berpuasa, lalu diikuti para sahabat. Baginda berbuka puasa di suatu tempat yang dinamakan Asfan. Aku tak pasti kalau Googling jumpa ke tak tempat ni. 

Dalam catatan sejarahwan, Ibnu Ishaq katanya penaklukan Mekah itu terjadi pada 10 malam akhir Ramadhan. Baginda mengutus Khalid Al-Walid untuk menghancurkan berhala Uzza, Amr bin Ash merobohkan Suwa', dan lainnya merobohkan Manat.

Itu baru sikit, belum lagi aku ceritakan bagaimana kisah Tariq bin Ziyad dan 12ribu askarnya menentang 90000 kuffar di Sepanyol. Babak yang sentiasa diingati adalah apabila Tariq bin Ziyad mengarahkan askar-askarnya membakar kapal-kapal mereka sebelum pi berperang dan meletakkan pilihan kepada mereka untuk mati lemas atau syahid di permedanan.

Sejarah emas dalam bulan Ramadhan tak berhenti setakat tu akhi, banyak lagi kisah orang-orang dulu yang melalui derita perang dan jihad dalam bulan Ramadhan. Mereka menang perang dengan al-kuffar yg menentang Islam. Mereka membuka kota kemegahan. Mereka bila berpuasa rupa-rupanya lebih berganda lagi kuatnya. Masa bulan Ramadhan lagi bertambah semangat, usaha dan pengorbanan.  Sesuailah bulan ini dipanggil bulan berjihad.

Tapi aku jadi malu. Bila sampai giliran kita untuk melakar sejarah ini, jihad kita cumalah jihad melawan nafsu tidur.  Perang kita mungkin cuma memerangi nafsu yang nak makan macam2 ketika berbuka. Kejayaan yang nak dibanggakan takkanlah hanya usaha mengkhatamkan 30 juzuk al-Quran jer?? Oh, malunya. Sekadar itu sahajakah jihad kita?

Tuesday, July 24, 2012

Banyakkan ber'facebook' Ramadhan kali ini

Tahniah dan syabas diucapkan kepada rakan-rakan sekelian kerana berjaya sampai ke bulan Ramadhan pada tahun ini. Sebelum tu, saya nak tanya apakah perasaan kita bila mendapat tahu kerajaan telah pilih kita untuk sambung belajar di institut ni masa mula-mula masuk dahulu?

Dengan perasaan yang kita alami itu, seharusnya kita rasa lebih lagi bila mendapati Allah telah pilih kita untuk masuk Universiti Ramadhan yang Tn. Pengarahnya adalah Allah s.w.t. sendiri.

Bukan semua orang terpilih. Ada kenalan atau jiran kita sendiri meninggal dunia sebelum sampai Ramadhan. Dia tidak terpilih. Ada juga yang masuk Universiti Ramadhan tapi bukan sebagai pelajar. Mungkin mereka tumpang lalu sahaja.

Para sahabat dulu bila sampai sahaja bulan Ramadhan mereka saling memberikan ucapan tahniah, mereka sangat seronok dan rasa terharu.

*Bila saya tulis sahabat dalam konteks ayat tadi, maksudnya adalah para sahabat Nabi s.a.w. Perkataan itu adalah istilah bagi mereka yang beriman sempat hidup zaman Rasulullah dan sempat bertemu dengan baginda.

Jadi dalam bulan Ramadhan ini banyak amalan-amalan sunat yang Nabi buat, dan para sahabat buat. Bulan Ramadhan bukan bulan puasa sebab nanti akan nampak macam bulan untuk berpuasa sahaja. Sedangkan dalam bulan ini dianjurkan untuk kita buat lebih dari sekadar berpuasa.

* Tentu persepsi kita akan jadi lain bila semua orang lazimkan menyebut bulan Terawih, atau bulan qiyamullail atau bulan tadarus. Boleh juga kalau hendak dicuba. Tukarlah istilah bulan puasa itu kerana ia sesuai untuk zaman kanak-kanak sahaja.

Kita akan selalu membaca al-Quran, solat sunat & terawih, mendengar tazkirah, dan sebagainya dalam bulan ini. Sepertimana kebiasaan. (tapi hati-hati jangan sampai ibadat kita jadi ‘kebiasaan’! bimbang nanti jadi adat) Nasihat Yusuf Al-Qaradhawi ‘kun rabbaniyyan wa la takun ramadhaniyyan’.

Saya tergerak untuk menambah 1 lagi amalan kita dalam bulan Ramadhan kali ini. Apa yang saya nak cadangkan adalah sesuatu yang Nabi tidak pernah buat pun dulu. Iaitu amalan ber’facebook’. Bila disebut amalan yang Rasulullah tak buat, maka orang akan kata ia amalan bid’ah. Ya, memang ia amalan bid’ah pun. Tapi yang saya nak ajak ini bid’ah yang hasanah.

*Bid’ah terbahagi kepada dua, iaitu bid’ah hasanah & bid’ah mazmumah/dholalah. Inilah menurut Imam Syafie. Bid’ah hasanah itu perkara baru yang tidak menyalahi al-Quran & sunnah manakala bid’ah mazmumah adalah sebaliknya.

Itupun kalau ia hendak disebut amalan bid’ah. Adapun yang saya maksudkan bid’ah itu cumalah bid’ah dari segi bahasa sahaja. Amalan ber’facebook’ ini Nabi tidak buat dulu maka ia dikira perkara baru tapi intipati daripada amalan ber’facebook’ tersebut masih perkara yang Nabi s.a.w. buat.



Kenapa saya mengajak untuk kita menambah amalan ber’facebook’ Ramadhan ini? Sebab daripada pengalaman saya bila buka facebook dalam bulan ni yang akan keluar atas wall penuh dengan tazkirah dan nasihat oleh friends saya.

Semua jenis tazkirah ada. Petikan ayat al-Quran, hadith, ada pesanan ulama’, ada yg share kata-kata ustaz & ikon islam dan macam-macam lagi. Sangat menarik. Apabila berada dalam Ramadhan ini lebih bervariasilah nasihat-nasihat yang saya terima.

Buka facebook dah jadi macam buka majalah Solusi bahkan ini lebih warna-warni dan interaktif. Kalau anda tidak dapat rasa pengalaman yang saya dapat ini maknanya friends di sekeliling anda dipercayai bukanlah kawan anda yang sejati.

Anda tidak dapat nasihat yang berguna. Anda tak diperingatkan tentang azab kubur. Kawan-kawan di sekeliling kita bila dia tak dapat tolong sejak didunia lagi untuk bawa kita jadi baik, akhirat nanti bukan sahaja dia tak tolong kita malah lebih pada itu mungkin dia yang akan heret kita masuk neraka.

Mafhum mukhalafahnya, kita juga jadi kawan pada kawan-kawan kita. Oleh itu, kita sendiri juga sepatutnya kena ada bagi nasihat pada mereka. Saya kira laman facebook telah membuka laluan kepada kita untuk mudah berkongsi hal-hal kebaikan. Cuma share ataupun like perkara berfaedah sahaja kita dah melabur saham yang sangat tinggi. Sangat senang!

Nabi Muhammad kata sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat. So, cara kita sampaikan perkara bermanfaat itulah yang jadi intipati kepada amalan ber’facebook’ yang saya anjurkan untuk kita amalkan dalam bulan keberkatan ini. Bulan yang bila kita melabur nilai sahamnya lebih tinggi dari bulan yang lain.

Generasi kita generasi facebook. Oleh itu saya tidak bercadang untuk menghalang tabiat generasi ini cuma berhasrat melorongkannya kepada penggunaan yang betul. Teringat pesan Saidina Umar Al-Khattab, “ajarlah anakmu sesuai dengan zamannya”.


Monday, July 16, 2012

Senamrobik 1 Malaysia cuba jadikan saya penganut sekular

Sedia maklum kerajaan Bien telah membeli 1 jam daripada waktu belajar rakyat di bawah kementeriannya Kementerian Pelajaran Malaysia tempoh hari. 

Semua warga KPM di peringkat sekolah, matrikulasi dan IPG disuruh menjayakan program senamrobik 1 Malaysia. 

Mereka mahu orang melihat kejayaan mereka dengan tercatatnya amalan tersebut dalam buku rekod Malaysia. Walaupun tujuannya dilihat agak bodoh tetapi ia masih boleh mendatangkan sedikit hasil yang baik sepatutnya. Orang kata setiap perkara ada pro & cons’nya.

Arahan untuk menjayakan program tersebut turut diterima oleh IPG KPP. Semua warga di puncak Bukit Combee diwajibkan menyertai program ini. Semua maksud saya pelajar guru Muslim & Non-Muslim.

Saya agak bersemangat untuk menjayakannya. Ia bukan suatu yang salah. Bahkan rakan-rakan saya sanggup ke pasaraya malam sebelum senamrobik tersebut untuk menyediakan kelengkapan terbaik seperti seluar track dan stoking baru!

Ini tanda sokongan baik yang diberikan. Saya juga sempat berkongsi di facebook gambar Tuan Guru Nik Aziz melakukan senamrobik bagi membuktikan acara sebegini tidak dihalang oleh Islam. 

(Tg Nik Aziz adalah ulama’ & menjadi sumber rujukan umat Islam di Malaysia. Adapun syari’at & sumber hukum Islam yg utama adalah Al-Quran & hadith, kemudian ijmak ulama’ & qias)

Tapi apa yang berlaku pada hari kejadian adalah sesuatu yang mengecewakan. Instuctor adalah perempuan yang berbogel (maaf cakap). Peserta dihadapannya bercampur lelaki dan perempuan. Semuanya diminta menari dan terkinja-kinja di atas padang diiringi muzik.

Nampaknya mereka memisahkan aktiviti senamrobik dengan syari’at Islam. Inilah yang dinamakan sekular. Islam beri untuk buat senamrobik tapi ada caranya. Islam bukan agama ritual. Islam adalah cara hidup dan senamrobik pun adalah satu daripada aktiviti dalam kehidupan. 

Apabila bersolat mereka ikut apa yang ustaz ajar, bila puasa pandai sahur sebelum subuh dan buka puasa selepas azan Maghrib. Maka bila nak bersenam pun ikutlah bagaimana yang Islam ajar.  Tapi ini tidak berlaku.

Mereka bila nak bersenam ikut cara Barat, cara orang kafir bahkan mereka jadi alat propaganda pulak. menyemai sekularisme kedalam jiwa insan-insan yang akan mendidik generasi 1 Malaysia akan datang.

Mereka berlakon supaya aktiviti sekular ini dilihat tidak menjadi suatu kesalahan. Dapatan saya, sekurang-kurangnya tiga jarum telah dikesan menyuntik secara halus fahaman sekularisme kepada saya.

Komen dari rakan JPP kepada saya yang ayatnya seperti dia juga sebahagian dari yang terlibat dalam melaksanakan program ini. “Minta maaflah ye, kita tak dapat nak puaskan hati semua orang.” Jadi program bernada maksiat ini nak puaskan hati siapa? Non-muslimkah? kononnya sebab kita masyarakat majmuk? Tidak perlu ikut Islam kah apabila situasinya bersama masyarakat majmuk? 

Yang kedua adalah dari instructor senamrobik. Mereka menyanyi lagu Malaysia Boleh! dan memberitahu kita boleh melakukan aktiviti tersebut kalau kita fikir kita boleh buat. Maaf, syariat Islam bukan berdasarkan kepala otak kita sendiri, dalam semua benda (bukan acara keagamaan sahaja) kita boleh buat kalau Islam bagi buat dan sebaliknya.

Ketiga adalah dari pihak yang menyampaikan cenderahati kepada jemputan . Pihak tersebut sefaham saya menganjurkan bacaan Yaasin pada pagi Jumaat tetapi mereka juga nampak senang hati bahkan memberi hadiah kepada playmaker program yang bertukar menjadi maksiat itu! Adakah bila pagi Jumaat ikut agama pagi senaman tidak perlu lagi?

Strategi Barat, Yahudi dan orang kafir selalunya menjadikan orang Islam sendiri sebagai alat propaganda mereka. Selalunya lebih berkesan dan umat Islam lebih mudah terpedaya.