Sempena cuti semester 3 minggu, salah seorang kawan aku melangsungkan
perkahwinan di Kelantan. Ramai yang bercadang nak datang. Disebabkan
kendurinya di Kelantan, mereka bercadang untuk melawat Tok Guru sekali.
Ohh, itu impianku. (geleng kepala) Selepas Tok Guru Nik Aziz melepaskan
jawatannya selaku MB Negeri Darul Nama Aku, keinginan untuk menziarahi
beliau semakin memuncak-muncak.
Tok Guru sudah berusia
lanjut. Aku risau Allah menjemput beliau sebelum aku sempat bertemunya
lagi. Atau Allah menjemput aku.. Jadi sempena kenduri dan cuti panjang,
ini merupakan peluang terbaik. Tapi rupa-rupanya percaturan Allah berbeza. Tak sedar rupanya perancangan musafir tersebut bertindih dengan
tarikh umrah aku. Sebelum menjadi tetamu Tok Guru, Allah jemput menjadi tetamuNya dulu.
Jadi secara automatik hasrat
tersebut telah dibatalkan. Aku berazam sekembalinya dari umrah, aku
tetap akan ke Kelantan walau apapun caranya dengan baki cuti selama
seminggu. Jenuh aku mencari jalan, cari kawan, sedara mara atau sapa2 nak join. Takda. Plan nak naik bas minta member di kelantan ambik, naik kereta tumpang lori atau sebagainya. Takda keputusan gak.
Dalam percaturan Allah lagi, setelah puas memikirkan
muslihat untuk kesana akhirnya betul-betul Allah melorongkan hasratku!
Last
minute cuti, aku dikhabarkan PAS Kaw. Bagan Serai mengatur program
lawatan ke Kelantan untuk petugas pilihan raya Muslimat.
Pada mulanya ada 4 seat yg masih kosong, jadi aku tempah satu melalui
mak aku. Pastu lagi 2 hari nak pi, mak aku cakap seat dah penuh. 2
pasangan suami isteri dah reserve dulu. Kena utamakan mereka.
Hmm..inshaallah ada peluang lagi. (hati aku berbisik). Aku pesan kat organizer Ustazah Naimah, Bendahari Muslimat Kaw. "Anjang, (kebetulan dia mak sedare aku) kalau ada kosong bas Selinsing pun takpalah, Naim naik kat sana" Sebenarnya PAS Kaw. sedia 3 biji bas, 1 untuk MTD Semanggol (kwsn aku la) 2 lagi untuk MTD Selinsing. "Takpa, kalau ada kosong anjang habaq."
Mak
aku menawarkan tiket beliau untuk aku sebab dia tahu anak terunanya
yang teringin sangat nak jumpa Tok Guru, "takpalah Naim, hang ganti mak
pun takpa mak tak payah pi". "Haish, takpalah mak," aku menolak. dan
menolak. Hari dan masa berlalu. Aku masih optimis dapat pergi. Tup tup...lagi beberapa jam sebelum bas
bertolak, Ustzh Naimah mesej aku "Ok, naim boleh
pi" Fuhhh....masa tu aku rasa Allah dengan mudah memakbulkan hasrat baik
aku. Alhamdulillah bersyukur sangat!
Pack barang ala
kadar, malam tu ayah menghantar kami ke Markaz Masjid Tinggi, bertolak
disana. Aku duduk sebelah mak aku. Pergh, giler sweet! Aku dah plan,
sepanjang kami di Kota Darul Naim nanti aku akan bawa mak jalan-jalan dan
semua perbelanjaan makan, shopping dan apa-apa kat sana aku yang
akan tanggung. (alaa strategi bodek mak, nak minta kawin..puii haha)
-suasana didalam bas; khali-
**bersambung**
Ya
teman, kalam sakti "man jadda wa jada" memang sakti. Betul-betul kalau
berazam dalam hati nak buat sesuatu perkara, betulkan niat maka Allah akan lorongkan. Allah cuma nak tengok sedikit
usaha kita sebelum Dia memakbulkan hajat kita.
Dalam kisah Firaun dan
Nabi Musa a.s. Tuhan sengaja nak tengok sedikit usaha dari Musa a.s.
supaya memukul tongkatnya dahulu sebelum laut terbelah dan barulah baginda serta
pengikutnya yang beriman berjaya melarikan diri.
** dan (kenangkanlah)
ketika Kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari
angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun
bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya. (
Al-Baqarah:50)
Boleh saja Tuhan dengan kekuasaanNya terus membuka laluan tanpa menyuruh baginda a.s. memukul tongkat tersebut ke arah laut, tapi
lihatlah... Push sikit laa, baru Allah bagi hasil!