Wednesday, July 10, 2013

Outreach XPDC Kg. Kenang (orang asli)

Jalan-jalan kampung

Sungai Tarzan. Aku menyimpulkan ia dikenali dengan nama sedemikian kerana budak2 orang asli ini saling menyahut spt tarzan (oooooooo), ataupun kerana budak2 yg mandi disini kalah tarzan!, tarzan pun pakai cawat. dan boleh jadi juga sebab tempat mandi disini ada tali pokok macam tarzan tu. *nampak tak ada budak yg sedang terjun? hari last tu aku pun dah jadi mcm dia. memang best! dah lama aku nk mandi sungai. kali terakhir seingat aku masa buat program keluarga angkat di Baling, Kedah.




Sempadan Kampung Kenang dengan kampung ape ntah, tak ingat sebab lambat giler update blog lepas balik program. Yang berkeliaran tu member2 aku la. Kaderisasi PAI.

Kami nak naik atas. Ikut budak2 orang asli tu entah kemana2. Diceritakan dulu ada orang tua yang menghabiskan masanya disini. Jadi macam penunggu gua tapi sekarang dah mati. Macam2 la lagi yang orang tu cakap pasal gua ni. Kalau aku tulis karang korang bukan nak percaya sangat pun, sebab aku pun tak berapa nak percaya.

Ni dah nak keluar hutan. Nampak tak gunung yang sayup didepan kami tu. Sampai puncak atas tu ada perkampungan orang asli lagi. Yang kami stay ni kira kampung bawah sekali, di kaki bukit. Di sini terdapat kemudahan sekolah, balai raya (termasuk untuk kempen umno, biase laa kan), surau, sekolah agama dan beberapa kemudahan lain. Orang asli yang duduk di atas gunung diorang datang sekolah hari isnin, jumaat baru balik, diorang ade asrama yg disediakan untuk kemudahan. Sekolah agama pun ada asrama.
Ni sungai Kg. Landap. Kampung ni tingkat nombor 2. Semua ada 5 tingkat. Aku nak sampai ke sungai ni naik motor pun lenguh badan, memang jauh naik ke atas. Air dia sejuk giler dan nyaman.Lagi tinggi naik atas, lagi sejuk airnya dan lebih besar ikan yg boleh diburu.

Ni abe (ayah dlm bahasa orang asli). kami pi tangkap ikan, guna pistol air & jala. Memang best terutamanya sebab dapat main air.  Aku tak pandai tangkap ikan guna benda alah tu, so aku jadi tukang bawak bekas ikan jer. Jangan tanya ikan apa sebab ayah angkat aku tu pun tak taw nak jawab. Tapi semuanya spiesis ikan tengas macam tu, manis, fresh & bnyak tulang. Lazat, alhamdulillah.
Gua Keblah. Lebih kurang gua batu belah batu bertangkup cerita dia. Subhanallah cantik. Dikatakan dalam dia ada burung hantu.

Dah nak balik. Bersama keluarga angkat. Banyak episod yg terpaksa aku skip sebab tak banyak ambil gambar. 

Sebenarnya ini adalah XPDC Dakwah, tapi yang aku ceritakan diatas cumalah ekspidisi meneroka alam dulu.



*Till then, got to go. So sleepy~ Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment