Thursday, August 22, 2013

Kisah tetamu membawa rahmat

Bismillahirrahmanirrahim
Ini adalah pengalaman yg sangat osem aku pernah lalui.

Hari itu hari ke-5 raya eidulfitri 1434H. Petang itu aku dan keluarga menerima tetamu yg agak ramai, tak putus-putus sehinggalah menjelang Maghrib. Antaranya kami masih menunggu kawan baik arwah adik aku yg sedang berkira-kira untuk datang berziarah.

Tiba-tiba sekitar jam 8 suku malam eletrik telah putus. Aduh, malam aidilfitri yg sibuk! Seluruh kampung kami dan beberapa kampung berdekatan turut mengalami perkara yang sama.

Dalam duk kalut adik-beradik aku cari sisa-sisa lilin yang masih tinggal tiba-tiba kawan arwah adik aku tu hantaq mesej kat kakak aku, "Kak Long, Zakiah jadi mai. Dah on the way dekat Parit Buntar"

Gulp. Letrik takda, cari lilin tak jumpa, rumah gelap gelita dan ada tetamu nak mai?? Arh..tidak. Sedang kami terkesima dengan mesej tu, tiba-tiba ayah aku terus sambung, "Takpa2, cakap kat dia mai ja". Err, kami masih ragu-ragu. Ayah aku memang jenis obses sikit kalau tetamu nak mai. Kami pulak bukan taknak bagi, tapi kalau bergelap tetamu pun susah nanti.

Ayah tidak menghiraukan kami sebaliknya terus mencapai anak kunci nak pi cari lilin di kedai. "Ayah, kedai pun takda letrik macam mana?" Aku cuba meragukan tetapi ayah buat derk jer, " pi siapkan apa yang patut..hidang mee tu."

Sambil bergaru kepala kami menurut perintah ayah. Dengan bantuan sebatang lilin 3-4 inci dari jiran sebelah dan cahaya henset yg masih ada bateri nyawa-nyawa ikan, kami kalut menyiapkan bahan-bahan mee rebus, menfaraid baki ais yg mula mencair dari dalam peti dan mengemas rumah apa yang patut.

Aku menguis adik aku dan kami mula bersembang, "Wey, macam mana ni takkan Kak Zakiah nak mai gelap-gelap macam ni?" Adik aku mula risau. At the moment aku teringat guru aku cakap dulu yang tetamu ni datang bawak rahmat.

Aku pun cakap kat adik aku, "Anis, hang dengaq ni. Kalau betul tetamu datang bawak rahmat kan, nanti bila Zakiah mai letrik akan ada!" Adik aku mengangguk, "Emm, insyaallah." "Jangan insyaallah saja, tingkatkan keyakinan hang 100% cepat." Seorang adik aku yang lain menyampuk. "Haa, betul tu, bulatkan hati.Bulat."

"Zakiah ada kat Parit Buntar, maknanya lagi setengah jam letrik akan ada balik!" Aku cuba berteori meyakinkan adik-adikku yang lain. Masa terus berlalu dan kami meneruskan kerja menolong Kak Long menyiapkan hidangan dalam gelap.

Setelah beberapa ketika telefon berdering dan tak salah lagi Zakiah yang menelefon bertanyakan kedudukan rumah kami. Almaklumlah dalam suasana kampung yang gelap tentu dia tak dapat mengecam kedudukan rumah kami. Saat itu aku dah tak ingat pasal perbualanku dengan adik-adik awal-awal tadi.

"Haa, Zakiah jalan terus ja masuk tebuk (kampung), rumah yang ada kereta Saga pasang lampu tu. Masuk situ." Tidak lama kemudian, aku dah nampak lampu kereta kat batas (jalan) tak jauh dari rumah aku. Sejurus kereta Zakiah masuk ke halaman rumah...blink blink...!~* Lampu rumah kami menyala.. Allahuakbar!

On the spot, aku teringat pasal hipotesis tadi. (nak panggil hipotesis ke ape ntah..) Memang kedatangan tetamu yang datang ke rumah kita membawa rahmat. Buktinya lampu yang terpadam menyala balik sebaik sahaja tetamu tersebut sampai ke rumah kami. Bahkan yang mendapat rahmat tersebut bukan kami sahaja tetapi seluruh kampung dan kampung-kampung sebelah pun ada letrik balik.

Allah menunjukkan kebesarannya kepada aku yang jahil sangat nak kenal Allah Yang Maha Besar. Rahmat Allah bukan setakat lampu menyala sahaja tapi dalam banyak bentuk lagi. Cuma kali ini Tuhan menunjukkannya dalam bentuk itu.

Subhanallah walhamdulillah Lailaha illallah Allahuakbar

....

No comments:

Post a Comment