Bilakah anda selalu dengar perkataan khurafat?
Masa kenduri kahwin yang ada upacara
bersanding, masa menyambut bayi lahir dengan aktiviti yang karut-marut, waktu
mendirikan rumah baru dan sebagainya. Itu sahajakah aktiviti khurafat orang
Melayu? Itu sebahagiannya, tapi upacara seperti
itu sudah berkurangan. Ramai yang tidak sedar kepercayaan khurafat orang
Melayu semakin menjadi-jadi sewaktu musim pilihan raya.
Sebelum saya mengulas lanjut tahukah anda
khurafat tu apa maknanya? Khurafat ialah kepercayaan yang karut dan dongeng.
Termasuk juga dalam perkara-perkara khurafat ialah cerita-cerita rekaan atau
khayalan, ajaran, pantang larang, pemujaan dan kepercayaan yang menyimpang dari
ajaran Islam.
Justru, khurafat jenis apakah yang saya
maksudkan dalam musim pilihan raya ini? Ia adalah kepercayaan bahawa “hanya
sekian-sekian orang yang boleh mentadbir negara”. Mereka percaya bahawa
tanpa kerajaan tertentu, mereka tak dapat cari makan. Secara tidak sedar golongan
ini sebenarnya ada rasa bahawa yang beri rezeki kepada mereka adalah kerajaan.
Mereka jadi terhutang budi dengan
kerajaan. Tidak lagi terhutang budi dengan Allah. Padahal yang sebenarnya
memberi gaji termasuk elaun para pelajar guru adalah Allah. Kerajaan cuma menguruskan
sahaja. Tapi mereka tak nampak Allah, yang nampak adalah kerajaan. Tambah-tambah
pula memang kerajaan mendidik sekelian orang Islam bahawa kerajaanlah yang
berbudi memberikan itu dan ini.
Oleh sebab itu, ramai orang terhutang
budi dengan kerajaan. Difahami bahawa rezeki mereka diperoleh daripada
kerajaan. Jika tiada kerajaan ini tiadalah gaji pada hujung bulan, elaun pada
setiap awal semester, peruntukan wang untuk program institut dan sebagainya. Jika
pihak lain yang memerintah maka keistimewaan dan rezeki-rezeki itu tidak lagi
boleh dinikmati. Begitulah khurafat yang ditanam selama ini ke dalam minda
rakyat termasuk pelajar guru sekeliannya.
Inilah yang perlu diperbetulkan. Kita
kena sedar bahawa rezeki yang kita peroleh tidak ada kena mengena dengan
kerajaan. Allah tidak bergantung kepada kerajaan langsung untuk beri makanan
kepada kita. Kalau Tuhan nak beri, macam-macam cara yang boleh digunakan dan
cara melalui kerajaan adalah salah satunya. Itu sahaja.
Jangan dimomokkan dengan khurafat moden
hanya pihak tertentu boleh memberi rezeki kepada kita. Mengundi bukan dengan
sebab menentukan makan pakai kita terjamin semata-mata. Pelajar guru yang
Islam, konon intelek dan profesional perlulah memangkah kertas undi dengan “sebab”
yang lebih rasional. Dalam Islam, “sebab” itu dinamakan niat. “Sebab"
itulah yang menentukan samada pangkah anda memberi pahala atau dosa.
Saya memilih mengundi untuk tertegaknya
Islam di Malaysia.
ini kali lah~
ReplyDelete