Saturday, April 27, 2013

Cikgu Jothi dah jadi Dr. Jothi!


Yang ni memang x bole blah...cikgu jothi dah jadi Dr. Jothi!

Ade sorang murid Tahun Dua badan dia gatal2 dan merah2, so tok dia (yg bela dia dari kecik) nak bawak pi klinik la. Murid tu nama Syazwan Shah, dia budak pandai. Tapi haritu dia nangis2 tak mau pi klinik sebab takut nak jumpa doktor, jenuh tok dia pujuk dia tak mau ikut jugak.

Then masa aku jumpa dah sampai babak ni, tok Syazwan dengan Syazwan kat bilik guru. Mungkin tok dia dh tak tau nak buat camne minta tolong cikgu setelkan. Cikgu disiplin pulak tu, kira-kiranya yang paling otai sekali la kat sekolah. Semua murid takut dengan cikgu ni.

Masa tu aku tengah photostate kertas soalan, banyak gak dalam 50 keping lebih. Jadi sambil2 tunggu tu aku tengok cikgu disiplin ni nak setelkan budak yang duk nangis tu. Tok dia senyap jer.

"Syazwan kena pi klinik, bahaya tu. tengok dah merah2."
"Takmau2.."
"Kenapa syazwan takmau pi klinik?"
"Takut doktor"
"Kenapa? doktor bukan nak buat apa dia bagi ubat ja"
"Takmau" (sambil nagis2 lagi)
"Syazwan takut doktor cucuk?"
"Ha'ah"

Akhirnya selepas di'soal siasat' Cikgu Jothi dah dapat punca kenapa Syazwan takmau pi klinik. Lepas dapat punca, proses nak setel tu pulak.

"Mana ada doktor cucuk, dia bagi ubat makan dengan ubat sapu ja"
"Tak, doktor cucuk"
"Syazwan dengar ni cikgu cakap, dia tak cucuk"
"Tak, doktor cucuk"

Syazwan masih lagi berdegil sambil nangis2 tak berenti, dia takut kena cucuk. Biasalah, bagi kanak-kanak sebesar itu yang sinonim dengan doktor kerjanya adalah mencucuk orang.

"Erm...syazwan pandai baca 'kan?
"Ha, pandai."
"Ok, ni cikgu tulis surat kat doktor cakap kat doktor jangan suntik"

##Doktor, tolong jangan suntik. Bagi ubat makan dan ubat sapu. Terima kasih##

"Ha, Syazwan baca ni. Cikgu dah tuliskan surat untuk doktor, nanti Syazwan pi klinik Syazwan tunjuk surat ni kat doktor."
"Erm..ok"

Akhirnya Syazwan dah tak nangis dan bersetuju mengikut datuknya ke klinik.
Mereka pun berlalu.

"Haha, anyone hav problem lps ni can see me, Dr. Jothi..." Dia membuat pengumuman olok-olok kepada rakan-rakan didalam bilik guru sambil tersenyum puas.

Cikgu disiplin yang badan besar tu, aku ingat dia nak pukul ke hape.

Cikgu Jothi tulis surat meyakinkan Syazwan dia tak akan kena cucuk dengan doktor.

******
Itu adalah seni yang sangat halus, cikgu jadi bapak, jadi doktor, tukang cuci jamban, tukang kebun dan bla...bla...bla. Yang aku tengok kali ni Cikgu Jothi jadi bapak Syazwan kot, ataupun doktor seperti yang rakan-rakan guru lain dakwa. aku tak pasti.

No comments:

Post a Comment