Friday, June 28, 2013

Beriltizam dan berusaha

Sempena cuti semester 3 minggu, salah seorang kawan aku melangsungkan perkahwinan di Kelantan. Ramai yang bercadang nak datang. Disebabkan kendurinya di Kelantan, mereka bercadang untuk melawat Tok Guru sekali. Ohh, itu impianku. (geleng kepala)  Selepas Tok Guru Nik Aziz melepaskan jawatannya selaku MB Negeri Darul Nama Aku, keinginan untuk menziarahi beliau semakin memuncak-muncak.

Tok Guru sudah berusia lanjut. Aku risau Allah menjemput beliau sebelum aku sempat bertemunya lagi.  Atau Allah menjemput aku.. Jadi sempena kenduri dan cuti panjang, ini merupakan peluang terbaik. Tapi rupa-rupanya percaturan Allah berbeza. Tak sedar rupanya perancangan musafir tersebut bertindih dengan tarikh umrah aku. Sebelum menjadi tetamu Tok Guru, Allah jemput menjadi tetamuNya dulu.

Jadi secara automatik hasrat tersebut telah dibatalkan. Aku berazam sekembalinya dari umrah, aku tetap akan ke Kelantan walau apapun caranya dengan baki cuti selama seminggu. Jenuh aku mencari jalan, cari kawan, sedara mara atau sapa2 nak join. Takda. Plan nak naik bas minta member di kelantan ambik, naik kereta tumpang lori atau sebagainya. Takda keputusan gak.

Dalam percaturan Allah lagi, setelah puas memikirkan muslihat untuk kesana akhirnya betul-betul Allah melorongkan hasratku!

Last minute cuti, aku dikhabarkan PAS Kaw. Bagan Serai mengatur program lawatan ke Kelantan untuk petugas pilihan raya Muslimat. Pada mulanya ada 4 seat yg masih kosong, jadi aku tempah satu melalui mak aku. Pastu lagi 2 hari nak pi, mak aku cakap seat dah penuh. 2 pasangan suami isteri dah reserve dulu. Kena utamakan mereka.

Hmm..inshaallah ada peluang lagi. (hati aku berbisik). Aku pesan kat organizer Ustazah Naimah, Bendahari Muslimat Kaw. "Anjang, (kebetulan dia mak sedare aku) kalau ada kosong bas Selinsing pun takpalah, Naim naik kat sana" Sebenarnya PAS Kaw. sedia 3 biji bas, 1 untuk MTD Semanggol (kwsn aku la) 2 lagi untuk MTD Selinsing. "Takpa, kalau ada kosong anjang habaq."

Mak aku menawarkan tiket beliau untuk aku sebab dia tahu anak terunanya yang teringin sangat nak jumpa Tok Guru, "takpalah Naim, hang ganti mak pun takpa mak tak payah pi". "Haish, takpalah mak," aku menolak. dan menolak. Hari dan masa berlalu. Aku masih optimis dapat pergi. Tup tup...lagi beberapa jam sebelum bas bertolak, Ustzh Naimah mesej aku "Ok, naim boleh pi" Fuhhh....masa tu aku rasa Allah dengan mudah memakbulkan hasrat baik aku. Alhamdulillah bersyukur sangat!

Pack barang ala kadar, malam tu ayah menghantar kami ke Markaz Masjid Tinggi, bertolak disana. Aku duduk sebelah mak aku. Pergh, giler sweet! Aku dah plan, sepanjang kami di Kota Darul Naim nanti aku akan bawa mak jalan-jalan dan semua perbelanjaan makan, shopping dan apa-apa kat sana aku yang akan tanggung. (alaa strategi bodek mak, nak minta kawin..puii haha)

-suasana didalam bas; khali-
**bersambung**

Ya teman, kalam sakti "man jadda wa jada" memang sakti. Betul-betul kalau berazam dalam hati nak buat sesuatu perkara, betulkan niat maka Allah akan lorongkan. Allah cuma nak tengok sedikit usaha kita sebelum Dia memakbulkan hajat kita.

Dalam kisah Firaun dan Nabi Musa a.s. Tuhan sengaja nak tengok sedikit usaha dari Musa a.s. supaya memukul tongkatnya dahulu sebelum laut terbelah dan barulah baginda serta pengikutnya yang beriman berjaya melarikan diri.

** dan (kenangkanlah) ketika Kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya. ( Al-Baqarah:50)


Boleh saja Tuhan dengan kekuasaanNya terus membuka laluan tanpa menyuruh baginda a.s. memukul tongkat tersebut ke arah laut, tapi lihatlah... Push sikit laa, baru Allah bagi hasil!

Husnuzhon bukan mudah dalam situasi sukar


Bila menasihat orang supaya bersabar dan bersangka baik dengan Allah, ah mudah bercakap dengan lidah yg tak bertulang. Nah, sekarang sikit jer Allah letakkan aku pulak dalam situasi yg memerlukan aku supaya husnuzhon. dengan manusia, lebih-lebih lagi dengan Allah.

Untuk tidak berteka-teki lebih baik bertanya. Tetapi dalam keadaan aku yang membuat keputusan dan aku mengaku redha dengan keputusan ini macam no point untuk meminta jawapan. Dah, jumpa lagi


Terima kasih untuk semua yang kau ajarkan aku. Inilah salah satu dari sisi pengalaman hidup aku. Pahit untuk dikenang tapi sayang untuk dipadam.

Thursday, June 13, 2013

Gambar jer

Alhamdulillah, dijemput menjadi tetamu Allah. Nanti saya ceritakan!


Dihadapan Masjid Nabawi, lepas Subuh.

Bersama Us. Nasaruddin Tantawi, Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia. Dihadapan Masjidil Haram sebelum tawaf wida'

Saudi Airlines. *depa kata dah tak boleh mengorat dengan penampilan baru ni. hua2

Sunday, May 19, 2013

Bye bye =)

Esok paper arab yang terakhir di IPG.
Lepas ni dah takde paper arab.
Tiada lagi diskusi ringkas meneka-neka perkataan dengan kawan.
Tiada lagi nota bertulisan arab dengan dhobit-dhobit condong.
 Tiada lagi kuliah arab (walaupun yg sebelum ni pun kuliah pedagogi cuma dlm bahasa arab).
Akan merindui saat ini selama-lamanya. Mabruk (,")~

Saturday, May 11, 2013

Budu kadang-kadang tak berguna - Episod akhir


“Baik, cuba perhatikan sekali lagi.” Kali ini Ustaz Rais mengambil parang berkarat. berbeza dengan yang tadi, kali ini wajah Ustaz Rais sangat serius. Tidak ada sebuah senyuman pun. Lalu dengan segenap perasaan dia menghayun parang berkarat itu ke arah kayu.

Tidak terjadi apa-apa. Libasan tadi cuma melukakan sedikit sahaja kulit kayu. Ustaz Rais menarik tangannya lagi, dan melibas tongkat itu lagi buat kali keduanya, kali ketiga, kali keempat…bertubi-tubi ke arah kayu tadi.

Tapi masih belum putus, dengan sabar Ustaz Rais terus menghayun tangannya. Nafasnya sampai turun naik. Ahh, kasihan pula anak-anak muridnya melihat keadaan ini. Dahi dan lehernya sudah dibasahi keringat.

Selepas kesekian kalinya menghayun dengan tekun….plak…akhirnya kayu itu patah dua. Dia menyeka peluh dengan sapu tangan putih sejenak sambil menekur nafas. Lalu Ustaz Rais mengangkat kembali parang berkarat dan tumpul itu tinggi-tinggi.  Anak-anak muridnya masih tidak mengerti.

“Lihatlah anak-anak sekelian. Ini jurus yang handal sakti, bukan untuk kalian praktikkan dengan tangan, tapi untuk kalian hidupkan dan amalkan dengan jiwa.

Cuba bayangkan. Kalian yang dikurniakan dengan bakat dan otak yang cerdas adalah seperti parang yang tajam berkilat. Tapi kalau usaha sambil lewa, tidak sepenuh tenaga dan malas, maka hidup kalian tidak akan sampai ke tahap maksima. Bahkan tidak akan berhasil, kayu tidak akan patah. Sambil bercerita pasal budu, sambil memotong kayu? Mana mungkin hasilnya maksimum!

Lihat pula parang yang tumpul dan berkarat itu. Dengan kerja keras, berusaha dengan tekun, sabar dalam proses perjuangan dan tidak menyerah, maka halangan setinggi mana pun lambat laun akan berjaya diatasi. Aku sudah buktikan dengan parang yang tumpul pun, kayu itu tetap putus sekiranya dilakukan berkali-kali tanpa lelah."

Sempena musim peperiksaan, ingatlah teman usaha keras yang anda lakukan pasti akan dinilai oleh Allah. Kalau Allah tak makbulkan sekarang, jawabnya akan datang. Kalau tak kunjung tiba juga, Allah sebenarnya menggantikan permintaan dan usaha kita dengan buah yang lebih baik.

Teringat kepada pepatah arab yang tokwan saya ajarkan dalam subjek Mahfuzhat di sekolah fardhu ain dulu, man jadda wa jada dan man sabara zhafira. Maksudnya siapa bersungguh pasti akan dapat, dan siapa bersabar pasti beruntung. Itu hukum alam, pasti!

Budu kadang-kadang tak berguna


Untungnya ada cuti sempena pilihan raya. Selain menunaikan tanggungjawab kepada agama, saya manfaatkan cuti tersebut untuk hilangkan stress sebelum exam. Kali ni semua ahli keluarga balik tak kira yang mengundi ataupun tidak.

Kesempatan ini kami gunakan untuk bertukar-tukar pengalaman mengaji di perantauan. Masing-masing berebut untuk bercerita, sebagai abang yang ‘prihatin’ saya lebih banyak jadi pendengar yang setia sahaja. Antara yang menarik, pengalaman adik saya yang mengaji di Alor Setar.

Satu hari, gurunya Ustaz Rais masuk ke kelas dengan satu set induksi yang sangat mengundang perhatian. Kalau pun tidak lebih hebat dari student IPG, saya kira setaraf.

Dia masuk ke kelas dengan kedua belah tangan menghunus parang panjang yang biasanya tokwan kita simpan dibawah almari sahaja zaman sekarang. Tak cukup dengan itu, pinggangnya disisipkan dengan sepotong kayu yang agak tebal. Wah, memang suspens.

“Anak-anak, tengok sini. Di tanganku ada dua bilah parang, satu telah aku asah dengan sangat tajam sedangkan yang satu lagi tumpul dan berkarat,” sambil kayu yang tadinya diikat kemas dipinggangnya telah dilepaskan ke atas lantai.

Suasana khali. Senyap. Setiap anak mata dalam kelas tersebut tidak melepaskan setiap satu pun gerak geri yang dilakukan Ustaz Rais. Bahkan ada yang sampai ternganga luas begitu khusyuk menanti pertunjukan yang akan dilakukan ustaz berketurunan Pattani-Kelantan ini.

“Nah, sekarang cuba lihat.” Ustaz Rais mengambil parang tajam yang telah diasah sambil memegang tongkat kayu disebelah tangan kiri. Parang itu diangkat tinggi melepasi ubun kepalanya. Bila-bila masa kalau dihayun saja parang itu, pastilah akan putus kayu yang dipegangnya.

Semua orang menunggu jurus ustaz yang seterusnya. Tetapi, sedetik sebelum menyentuh kayu, parang itu terhenti diudara. Ustaz Rais sekonyong-konyong mengurungkan niat memperlihatkan jurusnya dan menyapu pandangan ke arah kelas.

Aneh, tiba-tiba beliau berbicara mengenai budu yang mereka makan pagi tadi sampai mengundang tawa. Dengan dialek Kelantan bercampur loghat Kedahnya yang melucukan, seisi kelas hampir terlupa episod parang panjang dan bongkah kayu tadi.

Namun, akhirnya beliau mencapai kembali parang tersebut dan mencantas kayu yang sudah tersedia, tanpa melihat ke arah kayu. Secara bersahaja. Sambil mulutnya terus bercerita tentang budu. Terdengar suara berderak ketika parang mencapai sasaran. Tapi kayu tersebut tidak juga putus-putus. Murid-murid terus menanti dengan sabar.

Bersambung...



Monday, May 6, 2013

5 Mei 2013

Hari ini kuingatkan bangsaku sudah merdeka 
rupanya mereka masih dijajah, 
ditindas oleh anak bangsanya sendiri 
yang bertopengkan parti politik terulung, 
pembela Melayu nombor wahid 
tapi merekalah petualang Melayu yang sebenarnya 
dan untuk lima tahun akan datang bersedialah 
untuk menjadi pengemis di negara tercinta ini.