Thursday, January 19, 2012

Left something??

Aduh..aku xleh fokus la harini...
Hati rasa x tenang jer..

Ya Muqallibal qulub...
tsabbit qulubana 'ala diinik....wa 'ala thaatik....

Bace quran dululah....

Friday, January 13, 2012

Aku mahu jadi pemain bola semula



SAYA terpegun bercampur pilu membaca kenyataan Persiden PAS, Ustaz Abdul Hadi Awang memilih untuk menjadi nelayan semula setelah adanya Perdana Menteri dan kerajaan yang hendak menjalankan pemerintahan bagai yang dikehendaki oleh Islam.
Ini jawapannya kepada pertanyaan tentang calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat kiranya calon yang disediakan iaitu Anwar Ibrahim berhalangan disebabkan dipenjara dan sebagainya.
Ada yang menyebut namanya sebagai seorang  calon. Memang dalam politik di zaman ini, rakyat diberi kuasa menyokong menentukan kerajaan melalui pilihan raya, maka mereka mahu tahu calon Perdana Menteri.
Momentum  atau persaingan hebat bagi menentukan penguasa Putrajaya dalam PRU 13 ini buat pertama kali, disebabkan keupayaan pembangkang menamakan Anwar  sebagai calon Perdana Menteri sejak Pakatan Rakyat terjelma.
Hakikat menentukan keadaan jadi begitu. Tetapi suasana juga menuntut akan calon alternatif jika berlaku sesuatu.
Ustaz Hadi sebagai seorang ulama haraki  tidak pernah menolak tanggungjawab. Apabila beliau ditanya soalan itu, maka beliau memberikan satu jawapan politik dan dakwah mengikut semangat yang selalu diberi oleh ulama besar silam.
Pertama tidak menjawabnya secara tepat sebelum keperluan itu tiba tetapi adalah tanggungjawab ulama tidak menolak tanggungjawab apabila amanah itu diletakkan kepadanya.
Saidina Abu Bakar cepat-cepat mencalon Umar al-Khatab sebagai khalifah menjalan tugas pimpinan sebaik Nabi SAW wafat, kerana merasakan dirinya bukan calon terbaik. Saiduna Umar r.a. pula cepat-cepat menolak selagi Saidina Abu Bakar ada.
Itu akhlak yang berkelayakan besar bagi memimpin umah. Pimpinan negara atau kerajaan adalah penting, tetapi pemimpin  Islam yang berwibawa sentiasa melihat siapa berupaya dan berkelayakan selain daripadanya, kerana yang utama bagi  Islam ialah tuntutan dan hendak Islam dapat dipenuhi dan ada orang lain yang dapat memenuhinya, kalau pun tidak lebih baik, sekurang-kurang sama baik dengannya.
Maka pilihan mereka ialah membuat pekerjaan sendiri bagi menyara diri  seperti beternak, bertani, menangkap ikan. Abu Zar misalnya menolak semua jawatan, memilih menjadi tukang anyam bakul bagi menyara hidupnya.
Ustaz Hadi adalah seorang tokoh besar ulama dan politik di peringkat nansional dan antarabangsa, pendakwah gigih, pernah menjadi Menteri Besar, berkelayakan untuk menjadi pentadbir. Semuanya bersetuju beliau diberi peranan.
Jika boleh diberi kebebasan untuk memilih kehidupan yang paling dekat di hatinya iaitu sebagai orang biasa yang kembali ke laut sebagai nelayan. Memang beliau dilahirkan dalam keluarga nelayan, besar sebagai keluarga nelayan. Walau pun sebok dengan hidup politik  dan dakwah,  tetapi ke laut dan menjala ikan tetapi menjadi hobinya dan ada kandang kambingnya sebagai tempat bersantai setelah penat kempen dan mengajar.
Jika tugas politiknya dapat dikurangkan, atau kewajipan itu dapat dipangku orang lain, tentu beliau ada masa yang selesa untuk mencandak sotong  dan turun ke laut dalam menangkap ikan untuk keperluannya dan orang-orang sekelilingnya.
Mulanya saya tidak pernah memikirkan Ustaz Hadi patut lebih ke laut dari mengendalikan pemerintahan apabila Allah gilirkan bagi PAS untuk sama-sama memerintah. Keutamaan baginya di tempat pemerintahan ialah bagi memastikan tuntutan Islam itu berjalan sebaik-baiknya. Jika ada yang boleh mengendalikannya, maka pilihannya untuk ke laut seperti datuk-datuknya dulu dan saudara maranya.
Inilah pilihan yang dibuat oleh Rashied Ghanusi apabila Parti An-Nahzah memenang pilihan raya Tunisia baru-baru ini dan ini kaedah yang digunakan oleh Ikhwanul Muslimin yang menyertai pilihan raya Mesir sekarang. Pimpinan utama Ikhwan tidak menyertai pilihan raya pun,  tetapi mereka memberi amanah kepada orang-orang yang  dipercayai dapat memenuhi perjuangannya.
Kita boleh mengambil sikap terbuka boleh mengambil laluan yang diambil oleh rakan-rakan di Tunisia dan Mesir dan boleh menasihatkan Ustaz Hadi supaya menangguhkan dulu keinginannya menjadi nelayan penuh masa.
Mungkin buat masa terdekat ini ke laut itu jadi hobi seperti orang turun ke padang golf dan bermain tenis.
(tulisan Hj. Subky Latif, Harakahdaily.net)

IPGKPP
Berada didalam kepimpinan itu bukan pilihan kita, namun atas kesedaran dan tanggungjawab bagi menegakkan syiar Islam dan menggerakkan gerak kerja Islam kita wajib yakin pertolongan Allah sentiasa bersama kita. Teman, aku yakin kita tidak berjalan sendirian. Aqidah perjuangan yang mantap memberi jaminan kepada kita bahawa Allah ada disisi kita. 
Tuan Guru Hj. Hadi, jika diberi pilihan lebih seronok menjalani kehidupan nelayan yang diwarisinya. Pelajar guru jika diberi pilihan, lebih selesa main bola tiap2 petang, window shopping di QB @ BJ, buat assignment malam2 dan makan & tidur. Kita juga tidak perlu sibuk2 untuk memikirkan masalah orang lain dan berfikir apa aktiviti dan program yang nak disusun untuk pelajar2 jika boleh diberi pilihan sebegitu. Aku juga lebih seronok jadi player Radix-futsal sepenuh masa jika diberi pilihan.
Namun, yang utama bagi Tn. Guru Hj. Hadi adalah tuntutan dan kehendak Islam dapat dipenuhi. Bila sudah ada orang yang menjalankan Islam itu dengan sebaik-baiknya maka dia lebih memilih untuk menjalani kehidupan seperti rakyat biasa daripada menjadi Presiden parti, berada didalam Majlis Syura, menerajui kepimpinan negeri, menjelajah ke seluruh negara setiap hari menyampaikan ajaran Islam, bahkan terikat dengan pelbagai komitmen lain bersama kumpulan ulama' di seluruh dunia.
Jadi bagaimanakah kita yang tidak mahu terikat dengan hanya satu dua taklifan di dalam kelompok kawasan yang sangat kecil di peringkat institut, dengan keadaan masyrakat disekeliling kita yang haru-biru sedangkan kita masih beralasan yang macam-macam. Tidak mahu terbeban, terikat dengan jemaah, sekadar dakwah fardi, ada orang lain yang lebih layak, tak mampu dan sebagainya.
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir". (Terjemahan Surah Al-Baqarah, ayat 286)
Teman, aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan, aku bangga mendengar tangismu kerana pengorbanan, aku bangga jika kau menegurku dari kau melihatku berada dalam lagho, aku bangga andai engkau syahid dari hidup tanpa Islam. Kita mulia kerana Islam. Hayatilah nikmat tarbiah dihadapanmu. (,")~

Tuesday, January 10, 2012

teman

Aku selalu teringatkan dirimu...
Doaku supaya kite semua mendapat ape yang terbaik
pada pandangan Tuhan Yg Maha Mengetahui...


Rindu~

Thursday, December 29, 2011

countdown...(,")~~~?

Terkini: Cuti sem 2 hujung tahun
sehingga habis pengajian....[tahun 2, 3 & 4] 3 years to go....................
"Ya Allah, peliharalah aku"

Thursday, October 20, 2011

Cetusan Pendapat

Penulis ingin melontarkan sedikit idea mengenai tajuk propaganda pada entri kali ini. Mengambil khibrah dan ibrah dari beberapa kajian kes, penulis mendapati bahawa propaganda menjadi alat yang efektif bagi kuasa-kuasa besar dunia menyampaikan idealisme politik mereka.

Mengambil contoh mudah dari beberapa siri sejarah dunia, Jepun yang berhasrat menawan negara-negara Asia Tenggara telah meniupkan slogan ‘Asia untuk Asia’ dalam melengkapkan misi mereka.

Inggeris membawa idea ‘Tanggungjawab orang putih adalah untuk mentamadunkan dunia’ (walhal hakikat bertamadun yang sebenar-benar adalah dengan mengikut garis panduan Islam) dan mereka telah menjajah ke banyak negara demi melestarikan idea itu.

Kerajaan UMNO-BN menyebarkan propaganda mereka tentang bahaya hudud dilaksanakan dalam masyarakat majmuk Malaysia. ‘Hudud tak sesuai dilaksanakan dalam masyarakat berbilang kaum’, Hudud akan menyebabkan ramai orang putus tangan’, Hudud tak perlu, memadai dengan hukum takzir’, Hudud itu dan Hudud ini…

Hasilnya kita mendapati bahawa setelah 50 tahun memerintah, bukan sahaja orang bukan Islam bahkan orang Melayu Islam pun! turut gagal memahami tuntutan hudud dari Allah. Sesungguhnya kebimbangan yang terbit dari suara-suara mereka adalah hasil propaganda negatif yang dimainkan oleh kerajaan.
 
Begitulah betapa berkesannya taktik propaganda.

Justeru, apa kata kita mengaplikasikan taktik propaganda tersebut untuk misi kita? Dalam menyampaikan idea Islam @ fikrah islamiah yang kita anuti, saya rasa tidak salah untuk kita mencuba taktik propaganda yang telah dibuktikan keberkesanannya oleh koloni-koloni lain di serata dunia.

Dan untuk itu, saya tertarik untuk merujuk kepada satu lontaran idea yang diberikan oleh Al-Fadhil Ustaz Yahya Abdullah dalam satu siri kuliahnya di Surau Al-Falah satu ketika dulu.

Bertaraf dunia

Beliau mengambil contoh Kentucky Fried Chiken (KFC). Fenomena ayam goreng yang dicetuskan oleh sebuah syarikat di barat ini telah meresap ke seluruh benua. Kehebatan dan kelazatan  KFC ini telah diakui oleh banyak orang dan banyak negara. Kalau tidak, masakan produk mereka boleh tersebar ke seluruh dunia.

Bahkan bagi sesetengah orang menjadikan ada atau tidak kedai KFC itu sebagai ukuran kemajuan sesebuah bandar atau pekan. Secara kesimpulannya, dunia telah mengiktiraf KFC. Justeru, ayam goreng mereka adalah dianggap produk yang bertaraf dunia.

Begitu juga dengan event yang lain, penganjuran konsert yang bertaraf dunia, kejayaan membikin filem ‘Hikayat Merong Mahawangsa’ yang bertaraf dunia, PROTON mencipta kereta bertaraf dunia, perlawanan tenis Malaysia Open yang berkelas dunia, pasukan Harimau Malaya menentang Manchester United yang dilabel pasukan bertaraf dunia dan sebagainya telah dianggap sebagai suatu kejayaan besar kepada kita.

Namun begitu sedarkah kita bahawa lama sebelumnya, Nabi Muhammad telah membawa umatnya untuk melakukan sesuatu yang  lebih hebat daripada itu! Ia adalah sesuatu yang melangkaui pencapaian bertaraf dunia. Rasulullah  telah mengajar kita bagaimana untuk mencapai sesuatu yang bertaraf akhirat.

***

Kita telah melihat bahawa sesuatu yang dilabel bertaraf dunia sebagai pencapaian terhebat. Merekod kejayaan bertaraf dunia dianggap sebagai pencapaian tertinggi bagi kita.
Namun begitu kita lupa bahawa sebenarnya terdapat satu lagi peringkat iaitu peringkat akhirat. Melakukan event yang bertaraf akhirat sebenarnya jauh lebih tinggi dari peringkat daerah, peringkat negeri, peringkat kebangsaan dan peringkat dunia.

Pada suatu hari Rasulullah telah berdiri di pinggir tempat pembuangan sampah sarap dan menyeru para sahabatnya dengan bersabda: “Kejarlah dunia”. Kemudian baginda mengambil seketul sampah yang telah busuk dan seketul tulang yang telah reput lantas bersabda: “Inilah dunia” (Hadis riwayat Ibn. Abi Dunya dan Baihaqi dalam “Shuab” secara mursal).

Gambaran taraf dunia


Nah, lihatlah bagaimana baginda Nabi Muhammad S.A.W. memberi perumpamaan kepada taraf dunia. Juga pada satu hadis yang lain

….“pada satu hari hari, Rasulullah S.A.W. melihat bangkai seekor anak kambing yang telah dibuang oleh tuannya, maka Rasulullah berpaling kepada para sahabat dan bersabda: “tidakkah kamu terfikir bagaimana tidak berharganya bangkai kambing ini bagi tuannya. Demi Allah, dunia lebih hina pada pandangan Allah daripada kambing ini menurut pandangan tuannya. Kalaulah dunia ini sama (nilainya) di sisi Allah dengan sehelai sayap nyamuk nescaya Allah tidak memberi minum kepada orang kafir walau seteguk air pun”

Fikirkan, bagaimana kita boleh mendabik dada dengan kejayaan bertaraf dunia sedangkan peringkat itu sebenarnya masih sangat rendah lagi.
Ia terlalu jauh untuk dibandingkan dengan Nabi Muhammad yang telah merekod kejayaan yang bertaraf akhirat.

Persepsi

Oleh itu, kita seharusnya boleh mencuba untuk mengubah persepsi masyarakat supaya melihat sesuatu yang jauh lebih kehadapan. Sasarkan apa-apa jua kerja buat kita, event, pertandingan, program dan sebagainya supaya ia bertaraf akhirat.

Disinilah propaganda menjadi alat yang berguna kepada kita. War-warkan slogan-slogan yang dapat mencetuskan idea baru kepada masyarakat. ‘World-class event to Akhirat-class Event’, Konsert Yang Lebih Hebat dari Bertaraf Dunia’, Pertandingan Futsal IPG: ‘Edisi yang Lebih Berprestij Dari Kelas Dunia’, atau apa-apa slogan lain yang sesuai dan kelihatan grand.

Pelbagai media baru seperti facebook, blog, poster, iklan, banner dan sebagainya dilihat mampu untuk menjadi mekanisme penting demi menyebarkan propaganda ini. Penulis ingin mengajak sekelian pembaca yang budiman untuk memperhalusi idea bodoh ini dan mencubanya di waqi' masing-masing.

*** Tips untuk mencapai sesuatu yang bertaraf akhirat adalah dengan meletakkan Allah sebagai matlamat akhir kerja kita dan ikut setiap guideline yang telah ditetapkan dalam syariat Islam. J

Saturday, October 15, 2011

Anak kecil

Mendapat taklifan baru...=.=
Beberapa perkara yg boleh diambil kira:
Tanggungjawab
Kafarah
Generator mesin pahala
Belajar
Pengalaman
Cabaran 

Bersama Presiden PAI 2 penggal, Sdr. Khairul Fahmi


Semoga beroleh kekuatan & keikhlasan.
"Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami untuk menegakkan agamaMu,
berilah kemenangan kepada agama Islam"

Saturday, August 13, 2011

Off to Kedah: Catatan Express

22 Julai 2011
Jumaat
8.30 malam


Melakukan perbincangan akhir dengan Sdr. Hasbullah mengenai tentatif perjalanan esok hari.
Then, makan bersama sahabat-sahabat di Taman Tun Sardon. Masih lagi mengumpul peserta2 yang berminat.
Solat Isya', kemudian bercakap dengan mak melalui telefon,, minta 'taujihat' bagi mengekalkan momentum perjuangan.
Seterusnya, bersama kumpulan Al-Faidh untuk latihan qasidah memenuhi jemputan Syeikh Rohim dan IPG KTB.
Masih berusaha meng'adjust' sahabat2 yang berminat menyertai jaulah.
Seterusnya,,, zikir sunyi. **

23 Julai 2011
Sabtu
9.00 pagi


Bersama sebiji viva, sebuah Fz dan DBV tip-top, kami memulakan perjalanan ke utara Malaysia.dalam rangka menjejak ilmu, pengalaman dan apa2 sahaja yang bakal ditempuhi. Oh, maaf. Saya terlupa untuk memberitahu, agenda yang terdapat dalam 'tourism planned' kami adalah untuk menghadiri Kolokium Ulama' Muda Kebangsaan yang diadakan di KUIN, Alor Setar Kedah.
Analisis
Program lima hari tersebut menampilkan ikon-ikon besar dalam negara. Mereka adalah ulama' yang menjadi teraju utama dalam perkembangan Islam di negara kita. Sebahagian mereka adalah wira-wira yang tak didendang. Masyarakat tidak mengenali mereka sebagaimana masyarakat mengenali Mufti Agama Johor @ Perak dsb, namun peranan dan sumbangan yang mereka berikan jauh lebih besar dan lebih bernilai. Pandangan2 yang mereka berikan jauh lebih permata dan lebih punya isi. Antaranya adalah Dato' Dr. Haron Din, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi, Ustaz Muhammad Syaari, Ustaz Ridhwan Mohd Noor, Ustaz Mutalib Maarof dan ramai lagi. Antara mereka itu juga adalah Tuan-tuan Guru pondok yang kuliah mingguan mereka dihadiri oleh ribuan orang (bukan kakitangan kerajaan yang dipaksa turun memenuhi kerusi yang kosong), pimpinan NGO ulama', pensyarah2 di universiti, penulis buku2 Islam dan pengkaji sejarah Islam. Mereka berkumpul untuk memberikan buah fikiran dan wawasan pada anak muda pasca merdeka (bukan shj. merdeka jasad, tapi merdeka minda). Untuk mengupas isu-isu yang dibincangkan, serta lontaran-lontaran idea mereka pastilah akan menyebabkan saya tak tidur pada malam ini. Ia adalah tajuk-tajuk yang berat, oleh itu saya merasakan tidak adil untuk menulis ulasan yang ringkas disini. Pemahamannya tidak boleh didapati dengan atau diperolehi hanya dengan sepatah dua kata daripada tulisan saya.

Kami sampai lebih kurang jam 10.30 pagi. Drag masa time berhenti di R&R Gurun, namun tidak mengapa kerana bersarapan dan isi minyak adalah keperluan terdesak. ^_^. Slot pertama sudah berlalu kira-kira 30 minit. Tajuk kertas kerja pertama adalah mengenai Sultan Muhammad Al-Fateh. Pembentangnya adalah orang yang melakukan kajian profesional mengenai perwira Islam tersebut. Namanya adalah Ustaz Syaari Ab. Rahman. Dia mungkin Anuar Zin dalam dunia hiburan. Orang yang mengikuti perkembangan hiburan tanah air tidak sepatutnya tidak mengenali Anuar Zin. Begitulah halnya dengan ustaz ini. Tidak mengapa, 'hanya jauhari yang mengenal manikam'. Kupasan yang diberikannya cukup padat, berisi dan fakta. Tidak hanya melaung-laung slogan kosong seperti beberapa figur tanah air. Seterusnya, kertas kerja ke 2 tidak kurang menarik. Tajuknya Dr. Burhanuddin Al-Helmy, oleh YB Ustaz Nasir Zakaria. Pembaca boleh mencari CD atau rakaman ucapan Ustaz Nasir sepanjang pembentangannya (kalau ada), kerana saya cuma bertaraf wartawan Utus** Mala*** yang dengar benda lain, report benda lain. Namun cukup untuk saya katakan, selepas pembentangan beliau tersebut, anda akan terfikir dua kali siapakah sebenarnya Bapa Kemerdekaan negara kita?? Saya tinggalkan anda dengan persoalan tersebut sebelum menulis mengenai Ustaz Ridhuan Mohd Noor. Peminat-peminat novel yang membelek novel kesukaan mereka di kedai2 buku mungkin pernah terjumpa degan nama ini. Tetapi, namanya selalu dijumpai dibahagian buku-buku ilmiah. Beliau seorang yang sangat aktif menulis, terutamanya mengenai sejarah Islam serta perkembangan isu semasa dunia Islam. Cita-citanya adalah untuk menulis sehingga ratus buah buku sebelum beliau meninggal dunia. Semoga Allah memperkenankannya. Ia adalah cita-cita murni, bayangkan jika Imam Bukhari tidak mencatat Hadis2 sohih, bayangkan jika Imam Nawawi tidak menulis apa yang diilhamkan padanya, atau Ibnu Sina tidak merekodkan formula-formula perubatannya. Nah, tentulah kita akan terkapai-kapai sekarang. Justeru, bagi mengelak perkara tersebut terjadi pada generasi akan datang, bahkan memulihkan minda anak muda sekarang yang buta sejarah, berfikiran sekular dsb maka Ustaz Ridhwan dilihat telah berusaha kearah itu. Dalam seminarnya di Kokum 2011 kali ini, beliau telah membuat diskusi mengenai sebuah bukunya yang bertajuk Ulama' dalam soroton kemerdekaan. Carilah buku itu, ia membawa anda kedalam perspektif yang berbeza daripada membaca buku teks sejarah sekolah menegah.

2.15 petang




Rfc Alor Setar!


Makanan alternatif anda


Opss sori, ade beberapa orang yang 1st time datang, jadi kena ambil gambar banyak sikit :P

Memang meriah, harap-harap tiga keping gambar ni sudah cukup untuk membuat anda terliur.. Haha..sori2x gurau ja.
Ini adalah sebahagian usaha kita untuk support produk islam. Belilah barangan buatan islam, diyakini halal. [p/s dari: Unit promosi]



3.30 petang

Menyambung seminar pembentangan. Sesi petang (ulang suara) PETANG yang agak mencabar kerana perut sudah terisi. Namun begitu, satu kejutan telah berlaku! Tiada peserta yang tidur nampaknya. Hehe.. Mungkin kerana slot yang menarik. Dan memang sangat kena tajuknya, 'Sistem Pendidikan Islam Dalam Arus Perdana: Sumbangan & Cabaran' dengan saya sebagai pelajar IPG, dalam bidang Pendidikan Islam pula. Tajuk tersebut telah dibentangkan oleh Dr. Kamaruzzaman Yusof, pensyarah UKM. Berikutnya pembentangan oleh Zulkhairi Mohd. Noor, Ketua Pemuda Persatuan Ulama' Malaysia. [no comment]

6.00 petang


Mencari cenderahati

Oh, terjumpa pulak. Ukhti ahibba' : )


6.45 petang

Bertolak untuk check-in 'hotel'. Terima kasih kepada Sdr. Hasbullah atas tajaan tempat penginapan. Layanan high-class dengan penyediaan makanan, kelengkapan persalinan, makanan, pendingin hawa, televisyen antarabangsa, ruang yang besar dan selesa. Lokasi: Tandop Cyber City

8.00 malam

Perlawanan bola sepak pasukan kebangsaan berjaya menewaskan populariti konsert amal yang berjalan serentak, setelah mendapat persetujuan majoriti ahli majlis syura lawatan. "Ala kulli haal, semoga mendapat 'ibrah daripadanya.

***
Offline
24 Julai 2011

Aktiviti luar & freedom of rights 
Tiada catatan dibuat

***

Saya tinggalkan anda disini, 
jumpa lagi dan
 selamat menyambut Ramadhan. =)