Sunday, May 19, 2013

Bye bye =)

Esok paper arab yang terakhir di IPG.
Lepas ni dah takde paper arab.
Tiada lagi diskusi ringkas meneka-neka perkataan dengan kawan.
Tiada lagi nota bertulisan arab dengan dhobit-dhobit condong.
 Tiada lagi kuliah arab (walaupun yg sebelum ni pun kuliah pedagogi cuma dlm bahasa arab).
Akan merindui saat ini selama-lamanya. Mabruk (,")~

Saturday, May 11, 2013

Budu kadang-kadang tak berguna - Episod akhir


“Baik, cuba perhatikan sekali lagi.” Kali ini Ustaz Rais mengambil parang berkarat. berbeza dengan yang tadi, kali ini wajah Ustaz Rais sangat serius. Tidak ada sebuah senyuman pun. Lalu dengan segenap perasaan dia menghayun parang berkarat itu ke arah kayu.

Tidak terjadi apa-apa. Libasan tadi cuma melukakan sedikit sahaja kulit kayu. Ustaz Rais menarik tangannya lagi, dan melibas tongkat itu lagi buat kali keduanya, kali ketiga, kali keempat…bertubi-tubi ke arah kayu tadi.

Tapi masih belum putus, dengan sabar Ustaz Rais terus menghayun tangannya. Nafasnya sampai turun naik. Ahh, kasihan pula anak-anak muridnya melihat keadaan ini. Dahi dan lehernya sudah dibasahi keringat.

Selepas kesekian kalinya menghayun dengan tekun….plak…akhirnya kayu itu patah dua. Dia menyeka peluh dengan sapu tangan putih sejenak sambil menekur nafas. Lalu Ustaz Rais mengangkat kembali parang berkarat dan tumpul itu tinggi-tinggi.  Anak-anak muridnya masih tidak mengerti.

“Lihatlah anak-anak sekelian. Ini jurus yang handal sakti, bukan untuk kalian praktikkan dengan tangan, tapi untuk kalian hidupkan dan amalkan dengan jiwa.

Cuba bayangkan. Kalian yang dikurniakan dengan bakat dan otak yang cerdas adalah seperti parang yang tajam berkilat. Tapi kalau usaha sambil lewa, tidak sepenuh tenaga dan malas, maka hidup kalian tidak akan sampai ke tahap maksima. Bahkan tidak akan berhasil, kayu tidak akan patah. Sambil bercerita pasal budu, sambil memotong kayu? Mana mungkin hasilnya maksimum!

Lihat pula parang yang tumpul dan berkarat itu. Dengan kerja keras, berusaha dengan tekun, sabar dalam proses perjuangan dan tidak menyerah, maka halangan setinggi mana pun lambat laun akan berjaya diatasi. Aku sudah buktikan dengan parang yang tumpul pun, kayu itu tetap putus sekiranya dilakukan berkali-kali tanpa lelah."

Sempena musim peperiksaan, ingatlah teman usaha keras yang anda lakukan pasti akan dinilai oleh Allah. Kalau Allah tak makbulkan sekarang, jawabnya akan datang. Kalau tak kunjung tiba juga, Allah sebenarnya menggantikan permintaan dan usaha kita dengan buah yang lebih baik.

Teringat kepada pepatah arab yang tokwan saya ajarkan dalam subjek Mahfuzhat di sekolah fardhu ain dulu, man jadda wa jada dan man sabara zhafira. Maksudnya siapa bersungguh pasti akan dapat, dan siapa bersabar pasti beruntung. Itu hukum alam, pasti!

Budu kadang-kadang tak berguna


Untungnya ada cuti sempena pilihan raya. Selain menunaikan tanggungjawab kepada agama, saya manfaatkan cuti tersebut untuk hilangkan stress sebelum exam. Kali ni semua ahli keluarga balik tak kira yang mengundi ataupun tidak.

Kesempatan ini kami gunakan untuk bertukar-tukar pengalaman mengaji di perantauan. Masing-masing berebut untuk bercerita, sebagai abang yang ‘prihatin’ saya lebih banyak jadi pendengar yang setia sahaja. Antara yang menarik, pengalaman adik saya yang mengaji di Alor Setar.

Satu hari, gurunya Ustaz Rais masuk ke kelas dengan satu set induksi yang sangat mengundang perhatian. Kalau pun tidak lebih hebat dari student IPG, saya kira setaraf.

Dia masuk ke kelas dengan kedua belah tangan menghunus parang panjang yang biasanya tokwan kita simpan dibawah almari sahaja zaman sekarang. Tak cukup dengan itu, pinggangnya disisipkan dengan sepotong kayu yang agak tebal. Wah, memang suspens.

“Anak-anak, tengok sini. Di tanganku ada dua bilah parang, satu telah aku asah dengan sangat tajam sedangkan yang satu lagi tumpul dan berkarat,” sambil kayu yang tadinya diikat kemas dipinggangnya telah dilepaskan ke atas lantai.

Suasana khali. Senyap. Setiap anak mata dalam kelas tersebut tidak melepaskan setiap satu pun gerak geri yang dilakukan Ustaz Rais. Bahkan ada yang sampai ternganga luas begitu khusyuk menanti pertunjukan yang akan dilakukan ustaz berketurunan Pattani-Kelantan ini.

“Nah, sekarang cuba lihat.” Ustaz Rais mengambil parang tajam yang telah diasah sambil memegang tongkat kayu disebelah tangan kiri. Parang itu diangkat tinggi melepasi ubun kepalanya. Bila-bila masa kalau dihayun saja parang itu, pastilah akan putus kayu yang dipegangnya.

Semua orang menunggu jurus ustaz yang seterusnya. Tetapi, sedetik sebelum menyentuh kayu, parang itu terhenti diudara. Ustaz Rais sekonyong-konyong mengurungkan niat memperlihatkan jurusnya dan menyapu pandangan ke arah kelas.

Aneh, tiba-tiba beliau berbicara mengenai budu yang mereka makan pagi tadi sampai mengundang tawa. Dengan dialek Kelantan bercampur loghat Kedahnya yang melucukan, seisi kelas hampir terlupa episod parang panjang dan bongkah kayu tadi.

Namun, akhirnya beliau mencapai kembali parang tersebut dan mencantas kayu yang sudah tersedia, tanpa melihat ke arah kayu. Secara bersahaja. Sambil mulutnya terus bercerita tentang budu. Terdengar suara berderak ketika parang mencapai sasaran. Tapi kayu tersebut tidak juga putus-putus. Murid-murid terus menanti dengan sabar.

Bersambung...



Monday, May 6, 2013

5 Mei 2013

Hari ini kuingatkan bangsaku sudah merdeka 
rupanya mereka masih dijajah, 
ditindas oleh anak bangsanya sendiri 
yang bertopengkan parti politik terulung, 
pembela Melayu nombor wahid 
tapi merekalah petualang Melayu yang sebenarnya 
dan untuk lima tahun akan datang bersedialah 
untuk menjadi pengemis di negara tercinta ini.

Thursday, May 2, 2013

PRU-13: Jangan jadi khurafat


Bilakah anda selalu dengar perkataan khurafat?  Masa kenduri kahwin yang ada upacara bersanding, masa menyambut bayi lahir dengan aktiviti yang karut-marut, waktu mendirikan rumah baru dan sebagainya. Itu sahajakah aktiviti khurafat orang Melayu?  Itu sebahagiannya, tapi upacara seperti itu sudah berkurangan. Ramai yang tidak sedar kepercayaan khurafat orang Melayu semakin menjadi-jadi sewaktu musim pilihan raya.

Sebelum saya mengulas lanjut tahukah anda khurafat tu apa maknanya? Khurafat ialah kepercayaan yang karut dan dongeng. Termasuk juga dalam perkara-perkara khurafat ialah cerita-cerita rekaan atau khayalan, ajaran, pantang larang, pemujaan dan kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam.

Justru, khurafat jenis apakah yang saya maksudkan dalam musim pilihan raya ini? Ia adalah kepercayaan bahawa “hanya sekian-sekian orang yang boleh mentadbir negara”. Mereka percaya bahawa tanpa kerajaan tertentu, mereka tak dapat cari makan. Secara tidak sedar golongan ini sebenarnya ada rasa bahawa yang beri rezeki kepada mereka adalah kerajaan.

Mereka jadi terhutang budi dengan kerajaan. Tidak lagi terhutang budi dengan Allah. Padahal yang sebenarnya memberi gaji termasuk elaun para pelajar guru adalah Allah. Kerajaan cuma menguruskan sahaja. Tapi mereka tak nampak Allah, yang nampak adalah kerajaan. Tambah-tambah pula memang kerajaan mendidik sekelian orang Islam bahawa kerajaanlah yang berbudi memberikan itu dan ini.

Oleh sebab itu, ramai orang terhutang budi dengan kerajaan. Difahami bahawa rezeki mereka diperoleh daripada kerajaan. Jika tiada kerajaan ini tiadalah gaji pada hujung bulan, elaun pada setiap awal semester, peruntukan wang untuk program institut dan sebagainya. Jika pihak lain yang memerintah maka keistimewaan dan rezeki-rezeki itu tidak lagi boleh dinikmati. Begitulah khurafat yang ditanam selama ini ke dalam minda rakyat termasuk pelajar guru sekeliannya.

Inilah yang perlu diperbetulkan. Kita kena sedar bahawa rezeki yang kita peroleh tidak ada kena mengena dengan kerajaan. Allah tidak bergantung kepada kerajaan langsung untuk beri makanan kepada kita. Kalau Tuhan nak beri, macam-macam cara yang boleh digunakan dan cara melalui kerajaan adalah salah satunya. Itu sahaja.

Jangan dimomokkan dengan khurafat moden hanya pihak tertentu boleh memberi rezeki kepada kita. Mengundi bukan dengan sebab menentukan makan pakai kita terjamin semata-mata. Pelajar guru yang Islam, konon intelek dan profesional perlulah memangkah kertas undi dengan “sebab” yang lebih rasional. Dalam Islam, “sebab” itu dinamakan niat. “Sebab" itulah yang menentukan samada pangkah anda memberi pahala atau dosa.

Saya memilih mengundi untuk tertegaknya Islam di Malaysia.