Ini respon dari dakyah sebahagian orang bahawa demonstrasi jalanan bukan budaya kita. Saya membangkang dengan usul baru, demonstrasi jalanan memang budaya kita.
Baru-baru ni beberapa orang rakan saya telah dipaksa untuk meramaikan (bukan meraikan, baca dengan betul) satu majlis yang dihadiri oleh seorang menteri. Mereka akhirnya telah dibekalkan dengan beberapa keping poster sebelum meninggalkan majlis. Poster tersebut merupakan propaganda daripada pihak bertanggunggjawab yang tidak bertanggungjawab mengelirukan anak muda dengan sejarah yang salah.
Dakyah yang saya sebutkan diatas tadi. Mereka cuba membuat usul bahawa orang melayu sejak berabad lamanya tidak membudayakan aktiviti unjuk rasa di jalan-jalan raya. Mereka mengugut 'Haram sertai demonstrasi' dan mereka mencanangkan 'Demonstrasi jalanan bukan budaya kita'.
Ini lawak. Mereka berkempen macam anak muda bodoh macam mereka. Macamlah remaja siswa ini tidak ber'facebook' dan tidak ada networking yang luas. Bagi mereka yang berdalilkan sejarah daripada buku teks kementerian semata-mata, itu mungkin boleh diperdaya.
(apesal mukaddimah aku panjang sangat..heheh)
*sengaja tidak membuka fail sejarah parti-parti politik dll yg lebih awal lagi mengadakan unjuk rasa.
Saya bercadang untuk mempertahankan usul
demonstrasi jalanan budaya kita selepas mengikuti perarakan bersempena sambutan mawlidur rasul baru-baru ini.
Di merata tempat orang ramai telah mengadakan perarakan. Saya di Penang sahaja sekurang-kurangnya ada 3 perarakan skala besar telah dianjurkan.
Pertama anjuran kerajaan negeri yang meneruskan tradisi (sejak zaman Koh Tsu Koon jdi ketua menteri lagi), keduanya anjuran JASA yang berperanan sebagai agen pembangkang di P.Pinang, ketiga oleh komuniti India Muslim. Rakan-rakan facebook turut update status perarakan di Johor, Sabah dan lain-lain.
Pembaca wajib faham situasi perarakan ini adalah sama dengan mana-mana unjuk
rasa jalanan tidak kira namanya demonstrasi, himpunan, hari kebangkitan
dan sebagainya.
Waktu demonstrasi, peserta-peserta berjalan diatas jalan raya. Mereka membawa mesej, mereka menuntut sesuatu. Ada banner, poster, risalah dsb. Jalan menjadi sesak, ada beberapa orang ketua yang memegang microfon dan melaungkan sesuatu.
Ada polis yang menyerang, ada unit amal yang mempertahankan. (hehe tu gurau jer)
Biar saya ceritakan serba sedikit suasana perarakan itu. Lebih 50 agensi
kerajaan dan NGO berkumpul di Padang Kota Lama sejak jam 7.00 pagi. Tunggu jemputan utama termasuk TYT P.Pinang (kalau kat negeri2 melayu kira macam sultan la).
Kemudian, berarak diatas jalan raya memasuki bandar dan laluan utama sepanjang 1.8 km sambil mengalunkan selawat. Ada 4 speaker besar atas trak. Banyak jalan terpaksa ditutup. Yang tak ditutup maka berbaris panjanglah kenderaan memberi laluan kepada peserta perarakan. Pelancong sibuk mengambil gambar. Ok, itu gambarannya.
Maknanya perarakan ini diredhai oleh segenap lapisan masyarakat bermula dari
yang paling atas TYT, pembesar2 negeri, pentadbiran negeri, orang awam
bahkan pelancong asing.
Walaupun perarakan ini telah mengundang kesesakan jalan raya dan bunyi gema selawat yang turut didengari oleh non-muslim, ia tak jadi kontroversi.Unjuk rasa ini telah diterima oleh bukan sahaja masyarakat melayu muslim bahkan non-muslim juga menghormatinya.
Tradisi berarak ini telah dilakukan sejak sekian lama bahkan tahun lepas hampir ada pihak yang mengamuk kerana kononya kerajaan negeri tak bercadang untuk mengadakan perarakan mawlidur rasul.Itu tanda ia telah sebati, dah jadi budaya.
Maka saya merumuskan unjuk rasa termasuk demonstrasi memang sudah jadi amalan yang diterima dalam masyarakat.
Menurut mantan pengarah JAKIM, yang jadi antara VIP dalam majlis perarakan kami dalam ucapannya menyebutkan dua tujuan perarakan ini. 1 Berkumpul untuk menzahirkan rasa cinta kepada Nabi s.a.w. 2. Untuk memperingati arRasul s.a.w.
Demonstrasi, himpunan dsb pula ada tujuan lain. Saya tidak mahu membahaskan isu tujuan tersebut disini. Nanti demonstrasi itu akan nampak lebih relevan.
|
Gambar oleh Abdullah Bacho |