Tok Guru sudah berusia lanjut. Aku risau Allah menjemput beliau sebelum aku sempat bertemunya lagi. Atau Allah menjemput aku.. Jadi sempena kenduri dan cuti panjang, ini merupakan peluang terbaik. Tapi rupa-rupanya percaturan Allah berbeza. Tak sedar rupanya perancangan musafir tersebut bertindih dengan tarikh umrah aku. Sebelum menjadi tetamu Tok Guru, Allah jemput menjadi tetamuNya dulu.
Jadi secara automatik hasrat tersebut telah dibatalkan. Aku berazam sekembalinya dari umrah, aku tetap akan ke Kelantan walau apapun caranya dengan baki cuti selama seminggu. Jenuh aku mencari jalan, cari kawan, sedara mara atau sapa2 nak join. Takda. Plan nak naik bas minta member di kelantan ambik, naik kereta tumpang lori atau sebagainya. Takda keputusan gak.
Dalam percaturan Allah lagi, setelah puas memikirkan muslihat untuk kesana akhirnya betul-betul Allah melorongkan hasratku!
Last minute cuti, aku dikhabarkan PAS Kaw. Bagan Serai mengatur program lawatan ke Kelantan untuk petugas pilihan raya Muslimat. Pada mulanya ada 4 seat yg masih kosong, jadi aku tempah satu melalui mak aku. Pastu lagi 2 hari nak pi, mak aku cakap seat dah penuh. 2 pasangan suami isteri dah reserve dulu. Kena utamakan mereka.
Hmm..inshaallah ada peluang lagi. (hati aku berbisik). Aku pesan kat organizer Ustazah Naimah, Bendahari Muslimat Kaw. "Anjang, (kebetulan dia mak sedare aku) kalau ada kosong bas Selinsing pun takpalah, Naim naik kat sana" Sebenarnya PAS Kaw. sedia 3 biji bas, 1 untuk MTD Semanggol (kwsn aku la) 2 lagi untuk MTD Selinsing. "Takpa, kalau ada kosong anjang habaq."
Mak aku menawarkan tiket beliau untuk aku sebab dia tahu anak terunanya yang teringin sangat nak jumpa Tok Guru, "takpalah Naim, hang ganti mak pun takpa mak tak payah pi". "Haish, takpalah mak," aku menolak. dan menolak. Hari dan masa berlalu. Aku masih optimis dapat pergi. Tup tup...lagi beberapa jam sebelum bas bertolak, Ustzh Naimah mesej aku "Ok, naim boleh pi" Fuhhh....masa tu aku rasa Allah dengan mudah memakbulkan hasrat baik aku. Alhamdulillah bersyukur sangat!
Pack barang ala kadar, malam tu ayah menghantar kami ke Markaz Masjid Tinggi, bertolak disana. Aku duduk sebelah mak aku. Pergh, giler sweet! Aku dah plan, sepanjang kami di Kota Darul Naim nanti aku akan bawa mak jalan-jalan dan semua perbelanjaan makan, shopping dan apa-apa kat sana aku yang akan tanggung. (alaa strategi bodek mak, nak minta kawin..puii haha)
-suasana didalam bas; khali-
**bersambung**
**bersambung**
Ya teman, kalam sakti "man jadda wa jada" memang sakti. Betul-betul kalau berazam dalam hati nak buat sesuatu perkara, betulkan niat maka Allah akan lorongkan. Allah cuma nak tengok sedikit usaha kita sebelum Dia memakbulkan hajat kita.
Dalam kisah Firaun dan Nabi Musa a.s. Tuhan sengaja nak tengok sedikit usaha dari Musa a.s. supaya memukul tongkatnya dahulu sebelum laut terbelah dan barulah baginda serta pengikutnya yang beriman berjaya melarikan diri.
** dan (kenangkanlah) ketika Kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya. ( Al-Baqarah:50)
Boleh saja Tuhan dengan kekuasaanNya terus membuka laluan tanpa menyuruh baginda a.s. memukul tongkat tersebut ke arah laut, tapi lihatlah... Push sikit laa, baru Allah bagi hasil!