Thursday, October 20, 2011

Cetusan Pendapat

Penulis ingin melontarkan sedikit idea mengenai tajuk propaganda pada entri kali ini. Mengambil khibrah dan ibrah dari beberapa kajian kes, penulis mendapati bahawa propaganda menjadi alat yang efektif bagi kuasa-kuasa besar dunia menyampaikan idealisme politik mereka.

Mengambil contoh mudah dari beberapa siri sejarah dunia, Jepun yang berhasrat menawan negara-negara Asia Tenggara telah meniupkan slogan ‘Asia untuk Asia’ dalam melengkapkan misi mereka.

Inggeris membawa idea ‘Tanggungjawab orang putih adalah untuk mentamadunkan dunia’ (walhal hakikat bertamadun yang sebenar-benar adalah dengan mengikut garis panduan Islam) dan mereka telah menjajah ke banyak negara demi melestarikan idea itu.

Kerajaan UMNO-BN menyebarkan propaganda mereka tentang bahaya hudud dilaksanakan dalam masyarakat majmuk Malaysia. ‘Hudud tak sesuai dilaksanakan dalam masyarakat berbilang kaum’, Hudud akan menyebabkan ramai orang putus tangan’, Hudud tak perlu, memadai dengan hukum takzir’, Hudud itu dan Hudud ini…

Hasilnya kita mendapati bahawa setelah 50 tahun memerintah, bukan sahaja orang bukan Islam bahkan orang Melayu Islam pun! turut gagal memahami tuntutan hudud dari Allah. Sesungguhnya kebimbangan yang terbit dari suara-suara mereka adalah hasil propaganda negatif yang dimainkan oleh kerajaan.
 
Begitulah betapa berkesannya taktik propaganda.

Justeru, apa kata kita mengaplikasikan taktik propaganda tersebut untuk misi kita? Dalam menyampaikan idea Islam @ fikrah islamiah yang kita anuti, saya rasa tidak salah untuk kita mencuba taktik propaganda yang telah dibuktikan keberkesanannya oleh koloni-koloni lain di serata dunia.

Dan untuk itu, saya tertarik untuk merujuk kepada satu lontaran idea yang diberikan oleh Al-Fadhil Ustaz Yahya Abdullah dalam satu siri kuliahnya di Surau Al-Falah satu ketika dulu.

Bertaraf dunia

Beliau mengambil contoh Kentucky Fried Chiken (KFC). Fenomena ayam goreng yang dicetuskan oleh sebuah syarikat di barat ini telah meresap ke seluruh benua. Kehebatan dan kelazatan  KFC ini telah diakui oleh banyak orang dan banyak negara. Kalau tidak, masakan produk mereka boleh tersebar ke seluruh dunia.

Bahkan bagi sesetengah orang menjadikan ada atau tidak kedai KFC itu sebagai ukuran kemajuan sesebuah bandar atau pekan. Secara kesimpulannya, dunia telah mengiktiraf KFC. Justeru, ayam goreng mereka adalah dianggap produk yang bertaraf dunia.

Begitu juga dengan event yang lain, penganjuran konsert yang bertaraf dunia, kejayaan membikin filem ‘Hikayat Merong Mahawangsa’ yang bertaraf dunia, PROTON mencipta kereta bertaraf dunia, perlawanan tenis Malaysia Open yang berkelas dunia, pasukan Harimau Malaya menentang Manchester United yang dilabel pasukan bertaraf dunia dan sebagainya telah dianggap sebagai suatu kejayaan besar kepada kita.

Namun begitu sedarkah kita bahawa lama sebelumnya, Nabi Muhammad telah membawa umatnya untuk melakukan sesuatu yang  lebih hebat daripada itu! Ia adalah sesuatu yang melangkaui pencapaian bertaraf dunia. Rasulullah  telah mengajar kita bagaimana untuk mencapai sesuatu yang bertaraf akhirat.

***

Kita telah melihat bahawa sesuatu yang dilabel bertaraf dunia sebagai pencapaian terhebat. Merekod kejayaan bertaraf dunia dianggap sebagai pencapaian tertinggi bagi kita.
Namun begitu kita lupa bahawa sebenarnya terdapat satu lagi peringkat iaitu peringkat akhirat. Melakukan event yang bertaraf akhirat sebenarnya jauh lebih tinggi dari peringkat daerah, peringkat negeri, peringkat kebangsaan dan peringkat dunia.

Pada suatu hari Rasulullah telah berdiri di pinggir tempat pembuangan sampah sarap dan menyeru para sahabatnya dengan bersabda: “Kejarlah dunia”. Kemudian baginda mengambil seketul sampah yang telah busuk dan seketul tulang yang telah reput lantas bersabda: “Inilah dunia” (Hadis riwayat Ibn. Abi Dunya dan Baihaqi dalam “Shuab” secara mursal).

Gambaran taraf dunia


Nah, lihatlah bagaimana baginda Nabi Muhammad S.A.W. memberi perumpamaan kepada taraf dunia. Juga pada satu hadis yang lain

….“pada satu hari hari, Rasulullah S.A.W. melihat bangkai seekor anak kambing yang telah dibuang oleh tuannya, maka Rasulullah berpaling kepada para sahabat dan bersabda: “tidakkah kamu terfikir bagaimana tidak berharganya bangkai kambing ini bagi tuannya. Demi Allah, dunia lebih hina pada pandangan Allah daripada kambing ini menurut pandangan tuannya. Kalaulah dunia ini sama (nilainya) di sisi Allah dengan sehelai sayap nyamuk nescaya Allah tidak memberi minum kepada orang kafir walau seteguk air pun”

Fikirkan, bagaimana kita boleh mendabik dada dengan kejayaan bertaraf dunia sedangkan peringkat itu sebenarnya masih sangat rendah lagi.
Ia terlalu jauh untuk dibandingkan dengan Nabi Muhammad yang telah merekod kejayaan yang bertaraf akhirat.

Persepsi

Oleh itu, kita seharusnya boleh mencuba untuk mengubah persepsi masyarakat supaya melihat sesuatu yang jauh lebih kehadapan. Sasarkan apa-apa jua kerja buat kita, event, pertandingan, program dan sebagainya supaya ia bertaraf akhirat.

Disinilah propaganda menjadi alat yang berguna kepada kita. War-warkan slogan-slogan yang dapat mencetuskan idea baru kepada masyarakat. ‘World-class event to Akhirat-class Event’, Konsert Yang Lebih Hebat dari Bertaraf Dunia’, Pertandingan Futsal IPG: ‘Edisi yang Lebih Berprestij Dari Kelas Dunia’, atau apa-apa slogan lain yang sesuai dan kelihatan grand.

Pelbagai media baru seperti facebook, blog, poster, iklan, banner dan sebagainya dilihat mampu untuk menjadi mekanisme penting demi menyebarkan propaganda ini. Penulis ingin mengajak sekelian pembaca yang budiman untuk memperhalusi idea bodoh ini dan mencubanya di waqi' masing-masing.

*** Tips untuk mencapai sesuatu yang bertaraf akhirat adalah dengan meletakkan Allah sebagai matlamat akhir kerja kita dan ikut setiap guideline yang telah ditetapkan dalam syariat Islam. J

Saturday, October 15, 2011

Anak kecil

Mendapat taklifan baru...=.=
Beberapa perkara yg boleh diambil kira:
Tanggungjawab
Kafarah
Generator mesin pahala
Belajar
Pengalaman
Cabaran 

Bersama Presiden PAI 2 penggal, Sdr. Khairul Fahmi


Semoga beroleh kekuatan & keikhlasan.
"Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami untuk menegakkan agamaMu,
berilah kemenangan kepada agama Islam"